PETALING JAYA: Pemilihan cabang Lembah Pantai bagi Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2022-2025 telah menang tanpa bertanding.
Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga calon Ketua Cabang, Fahmi Fadzil, proses pemilihan yang berlangsung hari ini hanya melibatkan jawatan di peringkat pusat.
Ia sekali gus menyaksikan Ketua Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berjaya mempertahankan kerusi Ketua Cabang Lembah Pantai yang dimenanginya pada Pemilihan PKR 2018.
“Di Lembah Pantai tak ada pertandingan... Secara teknikal, saya dan barisan Ahli Jawatankuasa di peringkat Lembah Pantai sudah menang tanpa bertanding.
“Tetapi diteruskan bagi pemilihan peringkat pusat iaitu bagi jawatan Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Ketua Wanita dan Ketua AMK, dan timbalan dan naib-naib (Ketua Wanita dan AMK),” katanya ketika ditemui selepas hadir meninjau proses pemilihan di Dewan Serbaguna Gasing Indah, di sini pada Ahad.
Untuk rekod, seramai 8,058 ahli yang layak untuk menjalankan pemilihan secara fizikal di peringkat cabang Lembah Pantai, sementara 291 adalah pengundi dalam talian.
Selain Fahmi, turut mempertahankan kerusi masing-masing ialah Abdullah Izhar Mohamed Yusof bagi jawatan Timbalan Ketua Cabang; dan Chan Phooi Lai (Naib Ketua Cabang).
Selain Lembah Pantai, 11 cabang lagi di Wilayah Persekutuan turut terlibat dalam pemilihan secara fizikal hari ini.
Ia masing-masing adalah cabang Bandar Tun Razak; Wangsa Maju; Batu; Setiawangsa; Putrajaya; Segambut; Kepong; Titiwangsa; Seputeh; Bukit Bintang; serta Cheras.
Seramai 11,282 calon bagi pemilihan PKR 2022 telah disahkan bertanding di peringkat cabang dan jawatan tertinggi.
Pemilihan PKR yang diadakan secara hibrid buat julung kalinya, menyaksikan jawatan nombor dua parti itu menjadi tumpuan apabila Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan bekas Naib Presiden dilantik Rafizi Ramli, bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.
Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berjaya mempertahankan kerusi Presiden PKR bagi tempoh 2022-2025 apabila menang tanpa bertanding jawatan itu.
Hasimi Muhamad
Sun May 15 2022
Fahmi Fadzil menang jawatan Ketua Cabang Lembah Pantai pada Pemilihan PKR 2018 dengan 627 undi, mengalahkan Md Zaman Md Tasi. - Astro AWANI
Kepakaran menghasilkan vaksin ada pada universiti, bukan KKM - Pakar
KKM perlu kerjasama dengan universiti untuk bangunkan vaksin bagi mengelakkan pembaziran dana serta kebergantungan kepada vaksin import.
Perak teroka pasaran halal global - Menteri Besar
Perjanjian dimeterai antara Leiner Gelatine dan Ladang Lekir dalam usaha menjadikan Perak pemain utama pengeluaran produk halal.
8 terbunuh, 2,750 cedera akibat letupan di seluruh Lubnan
Hospital di Beirut, Saida dan Tyre dipenuhi dengan individu yang cedera.
Tindak balas antarabangsa bantu mangsa Taufan Yagi di Myanmar diperlukan
Taufan Yagi melanda utara Myanmar pada 10 September, menyebabkan banjir teruk, tanah runtuh dan kemusnahan meluas di seluruh negara.
Populasi warga emas berusia 100 tahun di Jepun melebihi 95,000
Bilangan penduduk berusia sekurang-kurangnya 100 tahun di Jepun dianggarkan mencecah 95,119 orang pada September.
Pantai Port Dickson tumpuan pengunjung musim cuti sekolah
Pantai peranginan di Port Dickson menjadi tumpuan pengunjung dari seluruh pelosok negeri untuk berkelah bersama keluarga sempena musim cuti persekolahan ini.
Malaysia melihat kemampanan industri nadir bumi dengan potensi semakan perundangan
Ia untuk menilai keperluan pelarasan bagi pengawasan cekap sektor unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE).
23 projek rumah mampu milik akan dibina menerusi RMK-12
Kesemua projek berkenaan akan menyediakan lebih 7,000 unit RMM, yang dibina khusus untuk membantu golongan berpendapatan rendah (B40).
Rusia, Malaysia jalin kerjasama dalam pelancongan mesra Muslim
Rusia dan Malaysia sedia utingkatkan pelancongan mesra Muslim menerusi kerjasama baharu antara badan pensijilan halal Rusia, Roskachestvo dan Pusat Pelancongan Islam Malaysia.
IShowSpeed tiba di KL, terima baju batik daripada peminat
Speed menerima hadiah daripada beberapa orang peminat Malaysia ketika kenderaannya berhenti di lampu isyarat di ibu negara pada Selasa,
Pemilihan PKR 2022: Hans Isaac dakwa ada kaitan dengan 'orang keliling' Altimet
Hans turut mengesahkan hubungannya dengan pelantun lagu 'Kalau Aku Kaya' itu tidak mempunyai sebarang masalah.
Pemilihan PKR: Hans Isaac tuntut jawapan daripada JPP, akur jika proses adil
Hans turut menceritakan semula kronologi proses pengiraan pada pemilihan kali kedua, yang didakwa menyaksikan beliau telah memenangi jawatan Ketua Cabang Ampang.
Senarai keputusan Pemilihan PKR 2022
Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai Presiden bagi tempoh 2022/2025 selepas menang tanpa bertanding.
Pemilihan PKR 2022: "Ini kemenangan untuk Ampang, parti" - Hans Isaac
Kata Hans, bukan populariti jadi kayu ukur kemenangannya.
Pemilihan PKR: Hans Isaac pecah tradisi, menang Ketua Cabang Ampang
Hans Isaac memperolehi 748 undi sementara Altimet memperoleh 746 undi.
Pemilihan PKR 2022: Kemenangan Rafizi beri harapan baharu generasi muda
Kemenangan bekas Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli sebagai Timbalan Presiden dalam Pemilihan PKR 2022 memberi satu harapan kepada generasi muda untuk menerajui parti-parti politik di tanah air.
'Saya selalu katakan anda ahli politik paling berbakat' - KJ alukan kehadiran semula Rafizi
Khairy, yang juga Menteri Kesihatan berkata, turut mengalu-alukan penglibatan semula bekas Ahli Parlimen Pandan itu dalam arena politik.
Pemilihan PKR 2022: Farhash bantah, gesa audit forensik, Amirudin ucap terima kasih
Farhash berkata, bantahan rasmi akan dikemukakan untuk menyiasat ketelusan keputusan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) pada Ahad.
Pemilihan PKR 2022: Saifuddin ucap tahniah kepada Rafizi
Dalam coretannya di Facebook pada Ahad, Saifuddin menyatakan beliau menghormati keputusan anggota parti itu.
Pemilihan PKR 2022: Rafizi jauh dahului Saifuddin
Setakat pukul 8.30 malam, semakan di laman sesawang keputusan pemilihan PKR 2022 di 13 negeri melibatkan 190 cabang menyaksikan Mohd Rafizi memperolehi 64,423 undi.