KUALA LUMPUR: Pembangkang harus memberi nilai tambah kepada perdebatan dalam Dewan Rakyat dengan mengangkat isu dasar dengan lebih berstruktur yang akan membawa kepada penyelesaian masalah, bukan mengulangi isu politik sahaja.
Penyelidik Kanan Merdeka Center, Fakrurrazi Rashid berkata, pembangkang tidak wajar hanya mencabar keabsahan sokongan kepada Perdana Menteri berkali-kali serta mengkritik kerajaan semata-mata.
“Pembangkang itu bukan kerjanya hanya mengkritik kerajaan dan hanya pergi ke Parlimen untuk menguji undi percaya kepada Perdana Menteri. Kerana pada hari ini jika saya lihat, perdebatan antara kerajaan dan pembangkang itu seperti tiada perdebatan yang struktural.
“Tidak ada polisi yang konkrit bagaimana kita hendak menyelesaikan isu pekerja, ekonomi gig, aspirasi anak muda yang mempunyai keluarga dan mempunyai masalah ekonomi dan sebagainya.
“Kerana perdebatan hanyalah tentang pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Kerajaan dan pembangkang perlu berjiwa besar. Debat dengan dasar dan polisi yang lebih baik untuk masyarakat,” katanya dalam program Agenda AWANI.
Fakrurrazi berpendirian pemahaman tentang peranan pembangkang hari ini tidak boleh disamakan dengan pemahaman zaman sebelumnya.
Katanya, tugas pembangkang sebagai semak dan imbang yang berkesan kepada kerajaan perlu diterapkan demi membentuk demokrasi yang lebih matang dalam negara.
“Kalau kita lihat definisi pembangkang dalam konteks pembangkang berwibawa, kalau pada tahun 1960-an dan 70-an, kita melihat pembangkang sebagai musuh ketat kerajaan. Perkara ini sebenarnya perlu berubah. Kerana pembangkang ini adalah government-in-waiting, sekiranya berlaku peralihan kuasa dalam pilihan raya,” jelasnya lagi.
Irfan Faruqi
Tue May 09 2023
Tugas pembangkang sebagai semak dan imbang yang berkesan kepada kerajaan perlu diterapkan demi membentuk demokrasi yang lebih matang dalam negara. - foto Sinar
Tiada rakyat dipinggirkan, kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
Kerajaan MADANI akan terus bekerja untuk membina masa depan Malaysia yang lebih terangkum dan gemilang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kastam rampas rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia berjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta dalam tiga serbuan berasingan di Johor dan Selangor.
Lebih 50,000 pelarian Syria pulang dari negara jiran dalam tempoh 3 minggu - PBB
Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian berkata, bilangan pelarian Syria yang kembali ke kediaman mereka meningkat perlahan-lahan.
Sita, lucut hak kenderaan perdagangan gagal patuhi peraturan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menyita dan lucut hak kenderaan yang gagal mematuhi peraturan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan kaedah-kaedah di bawahnya menerusi operasi khas ‘Gempur Teknikal’ di seluruh negara.
Kimchi, Yogurt buatan Malaysia jadi sumber pendapatan ibu tunggal
Naib Presiden Kanan Bahagian sokongan Industri Bioeconomy Corporation Sdn Bhd (Bioeconomy Corporation), Nora Mohamed berkata, setakat ini, seramai 35 ibu tunggal telah diberi tunjuk ajar menghasilkan dua produk makanan itu.
Bapa dakwa bayi jatuh akibat kecuaian hospital
Seorang bapa mendakwa kakitangan sebuah hospital di Kuala Terengganu cuai sehingga mengakibatkan bayi sulungnya yang baru berusia dua hari jatuh dari atas katil bayi.
Mohd Syarifuddin Manan mendakwa, susulan kejadian itu, anaknya sering diserang sawan.
Mohd Syarifuddin Manan mendakwa, susulan kejadian itu, anaknya sering diserang sawan.
Majlis peguam gesa Terengganu, kerajaan pusat pertimbang semula amalan
Majlis Peguam Malaysia hari ini menggesa kerajaan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan untuk mempertimbangkan semula amalan sebat di khalayak ramai dengan menyemak dan meminda undang-undang yang membenarkan hukuman itu bagi memastikan ia berkadar, rehabilitatif dan menghormati maruah manusia.
Ibu terkilan hajat bertemu tidak kesampaian
Ibu kepada salah seorang pelajar institusi pengajian tinggi yang maut dalam nahas jalan raya di Melaka awal pagi Khamis, terkilan tidak dapat bertemu anak sulungnya pada cuti persekolahan akan datang.
Pensyarah, penuntut UM antara tujuh individu dirakam keterangan kes kematian kucing
Sebelum ini, Kelab Kucing Malaysia meminta siasatan terhadap kes kematian kucing di UM dijalankan secara terperinci.
Tumpuan Jumaat – 27 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Sudah merdeka 67 tahun, masih ada kekurangan penguasaan bahasa kebangsaan - DBP
Walaupun negara sudah merdeka selama 67 tahun, isu penguasaan bahasa kebangsaan masih menjadi antara isu utama dalam kalangan masyarakat.
MyDigital ID hanya kunci digital, tidak simpan data, tak perlu risau isu keselamatan
Sistem itu sudah dibangunkan sejak 2016 dan segala kajian, teknologi dan pembangunan dilaksanakan rakyat Malaysia, malah teknologi juga adalah teknologi tempatan.
Wajibkan penyediaan maklumat pelan utiliti lebih lengkap, faham risiko guna tanah - Pakar
Kerajaan perlu mewajibkan penyediaan maklumat pelan utiliti lebih lengkap untuk tujuan pembangunan.
IPMa buka peluang untuk pelajar teroka TVET seluas-luasnya - Asyraf Wajdi
Dengan 270 institusi TVET di bawah MARA, Asyraf berkata, bidang kemahiran yang diliputi bukan meluas, malah menepati kehendak industri.
Bumiputera berjaya bukan lagi terbatas kepada menjadi CEO - Yayasan Peneraju
Takrifan berjaya perlu ditakrifkan semula dengan memecahkan stigma bahawa kejayaan itu terbatas kepada menjadi Ketua Pegawai Eksekutif semata-mata.
Arboris tempatan terlalu sedikit daripada jumlah diperlukan - Pakar
Arboris tempatan yang ada ketika ini adalah jauh lebih rendah berbanding jumlah bakat yang diperlukan untuk memantau kesihatan pokok di bandar-bandar.
Satya Nadella kongsi visi Microsoft dalam pembangunan AI bersama Agenda AWANI
Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail berpeluang bertemu CEO Microsoft, Satya Nadella bagi memahami dengan lebih mendalam tentang agenda AI.
Waspada taktik Israel nafi operasi pengintipan di negara asing - Penganalisis
Malaysia perlu sentiasa berwaspada dengan taktik penafian yang digunakan Israel untuk menjalankan operasi pengintipan di negara asing.
Stoking tertera kalimah Allah: Masyarakat perlu waras, Islam larang ambil tindakan sendiri - KP IKIM
Masyarakat perlu berfikir secara waras dalam menanggapi isu stoking tertera kalimah Allah.
'Tidak ada cara lain atasi kos sara hidup melainkan gaji dinaikkan' - Penganalisis
Tidak ada cara lain untuk atasi kos sara hidup melainkan dengan menaikkan kadar gaji.