KUALA LUMPUR: Pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi menggalas tugas sebagai Perdana Menteri ke-9 dijangka menyuntik keyakinan pelabur asing terhadap ekonomi negara selain aspek peralihan kuasa yang berjalan secara lancar.
Pensyarah Putra Business School Universiti Putra Malaysia (UPM) Profesor Madya Dr Abu Sofian Yaacob berkata, Ismail Sabri yang sebelum ini menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri, juga dijangka tidak mengemukakan sebarang dasar baharu dan sebaliknya berkemungkinan besar mempertingkat dasar-dasar sedia ada.
"Senario politik juga dijangka lebih reda dan ini menjadi peluang terbaik bagi kalangan ahli politik untuk bekerjasama demi mengurangkan masalah sosioekonomi. Malah, ini lebih ketara ketika kita menghampiri sambutan Hari Kebangsaan beberapa hari lagi," katanya kepada Bernama.
Mengulas selanjutnya, Abu Sofian berkata keyakinan pelabur itu turut dipacu oleh perkembangan semasa apabila tahap penduduk yang menerima suntikan vaksin COVID-19 akan terus meningkat menjelang bulan depan dan mendorong pembukaan lebih banyak sektor-sektor ekonomi.
"Ini sudah pasti akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi kita dan seterusnya menambah keyakinan pelabur asing.
"Pembukaan lebih banyak sektor ekonomi akan membolehkan lebih ramai rakyat mencari kerja dan mengurangkan masalah sosial yang berbangkit," katanya.
Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Juwai IQI Shan Saeed pula menjangkakan Ismail Sabri akan meneruskan strategi libat urus dengan pihak berkepentingan tempatan dan antarabangsa bagi meningkatkan semula keyakinan selain melonjakkan momentum terbabit pada tahap lebih pantas.
Sambil menyifatkan pelantikan itu seiring dengan jangkaan pasaran, beliau berkata perdana menteri baharu itu berkemungkinan menumpukan strategi utama ekonomi untuk meraih kestabilan makroekonomi.
"Oleh itu, kita mungkin menyaksikan usaha rangsangan ekonomi terus diperkenalkan yang dilihat perlu untuk membolehkan ekonomi di peringkat makro berupaya meningkatkan sentimen secara meluas.
"Penggiat pasaran sememangnya meletakkan harapan tinggi terhadap perdana menteri baharu ini dan Juwai IQI turut mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau dalam menggalas tugas baharu ini," katanya.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Politik dan Pentadbiran Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata pelabur akan mengambil kira status politik negara berikutan ketidaktentuan politik boleh menyebabkan kerugian terutamanya semasa pandemik COVID-19 masih berleluasa.
"Saya melihat pelantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri mampu melonjak semula keyakinan pelabur yang sebelum ini gusar mengenai ketidakstabilan politik negara yang berlarutan.
"Saya yakin beliau akan memberi fokus yang khusus kepada pemulihan ekonomi dengan menambah baik dasar sedia ada kerana sektor ekonomi membentuk rantaian yang penting kepada seluruh kehidupan rakyat," katanya.
Mohammad Tawfik berkata faktor mengenai siapa yang akan menjadi Perdana Menteri yang baharu turut mempengaruhi arah dan penentuan pelabur di negara ini.
"Sudah pasti dengan pengumuman ini bukan sahaja akan meredakan pergolakan politik negara tetapi turut mengembalikan semula matlamat ke landasan asal untuk memulihkan ekonomi negara dan meneruskan dasar-dasar yang telah dilaksanakan agar tidak digugat oleh ketidakstabilan politik," katanya.
Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff dari Putra Business School, sebaliknya, berpendapat bahawa persoalan sama ada pelantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri Kesembilan akan memberi impak kepada keyakinan pelabur akan bergantung kepada langkah beliau yang selanjutnya.
"(Ini) terutamanya memberi tumpuan kepada pelantikan anggota Kabinet Malaysia yang baharu serta hala tuju yang akan diambil oleh beliau dalam menyediakan Rancangan Malaysia Ke-12 dan Belanjawan 2022. Ini amat penting dalam mewujudkan keyakinan pelabur, terutamanya pelabur antarabangsa," katanya.
Ismail Sabri, yang juga Naib Presiden UMNO, telah dilantik sebagai Perdana Menteri Kesembilan dan pelantikan itu diperkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, selepas mendapat sokongan majoriti daripada Ahli Parlimen.
Menurut kenyataan Istana Negara hari ini, proses seterusnya ialah Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri yang dijadualkan pada Sabtu, 21 Ogos pukul 2.30 petang di lstana Negara.
Ismail Sabri, 61, yang sebelum ini merupakan timbalan perdana menteri dilantik ke jawatan itu selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peletakan jawatan perdana menteri pada 16 Ogos, susulan kehilangan sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Al-Sultan Abdullah menzahirkan pandangan dengan pelantikan Perdana Menteri baharu itu, maka kerajaan perlu meneruskan usaha-usaha memerangi pandemik COVID-19 dengan segera demi kemaslahatan dan keselamatan rakyat serta kesejahteraan negara yang amat terkesan akibat krisis dan ancaman pandemik COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 20 2021
Pelantikan Ismail Sabri dijangka akan menyuntik keyakinan pelabur asing terhadap ekonomi negara selain aspek peralihan kuasa yang berjalan secara lancar. - Foto BERNAMA
Kes IPIC: Najib, Mohd Irwan lepas tanpa bebas pertuduhan pecah amanah RM6.6 bilion
Hakim membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Datuk Seri K.Kumaraendran.
Ciri Recents di Spotify diperkenal, simpan sejarah dengar lagu selama 90 hari
Recents akan mengintegrasikan sejarah mendengar lagu, podcast, dan buku audio.
Pulau Pinang akan tubuh jawatankuasa, garis panduan khusus tangani gelandangan
Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam proses untuk menubuhkan jawatankuasa dan mengembangkan garis panduan khusus bagi menangani serta membantu populasi gelandangan di negeri ini.
Bencana banjir: Jambatan Teladas Lama penanda aras untuk Kemaman
Bagi meninjau situasi banjir di Kemaman, Terengganu, kita bersama dengan wartawan Firdaus Azil.
Kerajaan sasar tingkat pengecas DC hingga 1500 unit
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri telah meningkatkan sasaran untuk pengecas arus terus (DC) kenderaan elektrik (EV) dari 1000 ke 1500 unit.
Menurut Timbalan Menterinya i Liew Chin Tong, perkara itu disasar kerajaan untuk dicapai menjelang 2025.
Menurut Timbalan Menterinya i Liew Chin Tong, perkara itu disasar kerajaan untuk dicapai menjelang 2025.
Bencana banjir: Mangsa di Kelantan meningkat mendadak, negeri lain terkawal
Mangsa banjir di empat negeri meningkat kepada 1,332 daripada 387 keluarga, setakat jam 6 pagi, pada Rabu.
[TERKINI] Kes buli UPNM: Lima pegawai kadet dibuang, diarah bayar ganti rugi
Lima Pegawai Kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang terlibat dalam tiga kes buli diambil tindakan oleh Kementerian Pertahanan.
Polis tahan 361 terlibat kegiatan 'ah long' dalam operasi khas seluruh negara
Polis menahan 361 individu disyaki terlibat dalam kegiatan ah long atau pemberi pinjaman wang tanpa lesen menerusi operasi khas serentak di seluruh negara selama sembilan hari bermula 4 Nov lepas.
Arahan jalan kaki Google Maps kini papar kewujudan tangga
Arahan Selok-Belok Jalan Kaki Google Maps Kini Boleh Memaparkan Kewujudan Tangga
“Kita memang tidak iktiraf Nine-Dash Line” - Mohamad
Timbalan Menteri Luar Negeri berkata Malaysia tidak mengiktiraf Nine-Dash Line yang telah dikeluarkan oleh China. “Kita akan sentiasa mengunakan platform yang bersesuain untuk menyuarakan hak kita”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
1500 unit pengecas EV jenis DC menjelang 2025
Liew berkata, langkah itu dilakukan memandangkan pengecas DC mampu mengecas kenderaan EV dengan pantas.
Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Khoo Poay Tiong bertanya kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berhubung kenderaan elektrik dalam sesi soal jawab lisan.
Lebih 120,000 ekspatriat berada di Malaysia, sumbang 4.8 peratus daripada KDNK
Sebanyak 120,183 pegawai ekspatriat berada di Malaysia setakat 31 Okt lepas.
Mansuh peperiksaan di sekolah untuk kurangkan tekanan murid - Fadhlina
Keputusan Kementerian Pendidikan memansuhkan pembelajaran berorientasikan peperiksaan bertujuan mengurangkan tekanan murid sekolah.
Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
MIMOS akan terus pacu inovasi tenaga lestari
MIMOS Berhad akan terus memacu inovasi dalam bidang tenaga lestari bagi menjadikan Malaysia sebagai peneraju teknologi hijau.
Perlu pinda akta sebelum MLFF dilaksanakan - Ahmad Maslan
Kerajaan perlu meminda akta tertentu sebelum sistem pembayaran tol aliran pantas pelbagai lorong atau Multi Lane Fast Flow (MLFF) dilaksanakan.
Undang-undang maklumat palsu, ketidakcekapan sistem RFID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Ahli Parlimen Permatang Pauh mahu Menteri Kerja Raya menyatakan usaha bagi menyelesaikan ketidakcekapan sistem RFID di lebuh raya.
Sembilan kementerian selesai gulung Belanjawan 2025 peringkat jawatankuasa, PM Anwar hadir MQT
Sidang minggu ini juga menyaksikan kehadiran Anwar pada sesi MQT bagi menjawab beberapa isu selepas beliau pulang daripada lawatan luar negara.
Pemain industri gig minta kerajaan tangguhkan pembentangan RUU Pekerja Gig
Pemain industri gig meminta kerajaan menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig pada bulan Disember depan.