KUALA LUMPUR: UMNO mungkin berdepan kesukaran untuk menarik golongan muda selepas usul dua jawatan tertinggi dalam parti tidak dipertandingkan dalam pemilihan akan datang diluluskan pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU2022).
Menyuarakan kebimbangan tersebut, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan tersebut jelas bertentang dengan hasrat dan aspirasi golongan berkenaan yang memperjuangkan demokrasi dan kebebasan termasuk dalam isu memilih pemimpin.
“Apa yang membimbangkan saya adalah dari segi (persepsi) orang muda. Dalam perbahasan, kita banyak bercakap soal hendak kembalikan kepercayaan orang muda kepada kita kerana idealisme mereka bercakap tentang soal demokrasi dan sebagainya.
“Tentu sahaja melihat apa yang kita lakukan bertentangan dengan idealisme mereka. Mereka hendak sebuah parti yang terbuka, beri kebebasan, hak untuk bertanding sebagai contoh, tetapi tidak dipertandingkan.
“(Jadi), saya takut ia akan mengurangkan lagi kepercayaan orang muda terhadap keterbukaan UMNO yang merasakan akan menyekat (kebebasan) mereka,” katanya dalam sidang akhbar di Laman Media PAU2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Sabtu.
BACA SEMUA BERHUBUNG PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2022
Ditanya jika beliau tidak berpuas hati atau kecewa dengan kelulusan usul berkenaan, Naib Presiden UMNO itu berkata, soal tidak berpuas hati dengan Presiden dan Timbalan Presiden tidak timbul kerana parti sudah membuat keputusannya.
Mengenai persoalan apakah beliau akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti akan datang, bekas Perdana Menteri itu berkata: "Setakat ini saya tak pernah umum saya bertanding atau tak nak bertanding.
"Jadi bagi saya biarlaah keadaan tenang dulu, adakan perhimpunan dulu kerana yang penting adalah parti itu perlu dikukuhkan," katanya.
Terdahulu, PAU2022 meluluskan usul tambahan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan akan datang.
Menurut Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil, usul tambahan itu lulus selepas disokong oleh hampir kesemua perwakilan yang mengambil bahagian.
Hasimi Muhamad
Sat Jan 14 2023

Ismail Sabri berkata, soal tidak berpuas hati dengan Presiden dan Timbalan Presiden tidak timbul kerana parti sudah membuat keputusannya. - Gambar/ Bernama
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Usul tambahan PAU2022, Ahli MKT pula akan dipanggil RoS - Aizat Fikri
Aizat Fikri telah dipanggil RoS untuk memberi keterangan lanjut berkenaan laporannya terhadap pelanggaran perlembagaan parti semasa PAU202.

Mohamed Khaled kekal pertahan jawatan Naib Presiden UMNO
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini mengesahkan akan mempertahankan jawatannya pada Pemilihan UMNO 2023.

Langgar perlembagaan: Ahli UMNO terima surat maklum balas RoS
Menerusi surat bertarikh 26 Januari itu, RoS menyatakan sedang dalam proses semakan dan siasatan terperinci berkaitan aduan yang dibuat.

UMNO jumpa RoS, jelas aduan jawatan presiden, timbalan tidak dipertanding
UMNO memberi penjelasan kepada RoS berhubung usul tambahan yang diluluskan pada PAU2022 untuk jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertanding pada pemilihan parti tahun ini.

PAU2022: UMNO serah kepada RoS - Zahid
UMNO menyerahkan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk menjelaskan mengenai keabsahan keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU).

Aktivis Pemuda UMNO gesa RoS bebas daripada campur tangan mana-mana pihak
Ujar Syed Mohd, RoS perlu bebas daripada campur tangan mana-mana pihak demi keadilan dan demokrasi di negara ini.

PAU2022: Ahmad Maslan akan bertemu RoS dalam masa terdekat
Beliau dan peguam parti akan menjelaskan kepada RoS bahawa proses pengundian dalam PAU 2022 dijalankan mengikut peraturan parti.

UMNO Seremban nafi hantar notis bantahan
UMNO Bahagian Seremban nafi terlibat dengan tindakan seorang ahlinya yang menghantar notis bantahan keputusan PAU2022 kepada RoS mengenai jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.

Notis bantahan keputusan PAU 2022 tepat dan berani - KJ
Khairy menyifatkan tindakan dua ahli UMNO menghantar notis bantahan kepada RoS susulan keputusan PAU2022 untuk tidak mempertandingkan dua jawatan tertingginya sebagai tepat dan berani.

PAU2022: Dua ahli UMNO hantar aduan kepada RoS
Aduan itu dikemukakan oleh ahli UMNO Bahagian Kuala Nerus, Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir dan ahli UMNO Seremban, Muhammad Fiqri Firdaus Muhammad Rom.