KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) digesa agar menjalankan siasatan secara adil terhadap laporan dua ahli UMNO yang mendakwa berlakunya pelanggaran Perlembagaan parti itu berhubung usul tiada pertandingan dua jawatan tertinggi dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.
Gesaan itu dibuat Aktivis Pemuda UMNO, Syed Mohd Syed Nasir dalam satu kenyataan pada Ahad.
Ujarnya, RoS perlu bebas daripada campur tangan mana-mana pihak demi keadilan dan demokrasi di negara ini.
"Rentetan dari Notis Bantahan yang dihantar oleh Saudara Fiqri kepada pihak ROS tempoh hari perlu diambil tindakan dengan seadilnya.
"Perkara ini akan menunjukkan bahawa ROS tidak berpihak kepada individu-individu yang mempunyai agenda tersembunyi untuk kekal berkuasa," jelasnya.
Tambah Syed Mohd, tindakan dua ahli UMNO dari Negeri Sembilan itu membuktikan bagaimana orang muda mahu menegakkan demokrasi dalam parti itu.
Usaha itu jelasnya, tidak perlu dihina mahupun disekat, sebaliknya perlu didukung oleh semua pihak demi demokrasi yang subur dalam parti keramat itu.
"Tindakan perundangan ini juga membuktikan keabsahan pandangan UMNO Johor, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkenaan dengan perlembagaan parti yang dilanggar secara terang-terangan.
"Adakah dengan tindakan RoS nanti akan terbongkar kebenaran perosak-perosak demokrasi dalam negara yang takut hilang kuasa?” ujarnya lagi.
Baru-baru ini Ahli UMNO Bahagian Kuala Nerus, Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir dan ahli UMNO Seremban, Muhammad Fiqri Firdaus Muhammad Rom membuat aduan kepada RoS agar semakan dibuat terhadap usul tambahan yang diluluskan semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 berkaitan jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang.
Dalam aduan itu, mereka mendakwa usul yang dibentangkan dalam PAU2022 melanggar Artikel 10 Perlembagaan parti itu.
Pada PAU2022, majoriti perwakilan yang hadir pada perhimpunan itu menyatakan sokongan terhadap usul tambahan dicadangkan wakil UMNO Negeri Sembilan, Mohd Shukri Shamsudin agar jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan dalam pemilihan UMNO akan datang.
Fareez Azman
Sun Jan 22 2023
![Aktivis Pemuda UMNO gesa RoS bebas daripada campur tangan mana-mana pihak Aktivis Pemuda UMNO gesa RoS bebas daripada campur tangan mana-mana pihak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41674388629_SyedMohdSyedNasir.jpg)
SYED MOHD: Adakah dengan tindakan RoS nanti akan terbongkar kebenaran perosak-perosak demokrasi dalam negara yang takut hilang kuasa? - Foto: Sinar Harian
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
![Usul tambahan PAU2022, Ahli MKT pula akan dipanggil RoS - Aizat Fikri Usul tambahan PAU2022, Ahli MKT pula akan dipanggil RoS - Aizat Fikri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61673593121_TBPAU.jpg)
Usul tambahan PAU2022, Ahli MKT pula akan dipanggil RoS - Aizat Fikri
Aizat Fikri telah dipanggil RoS untuk memberi keterangan lanjut berkenaan laporannya terhadap pelanggaran perlembagaan parti semasa PAU202.
![Mohamed Khaled kekal pertahan jawatan Naib Presiden UMNO Mohamed Khaled kekal pertahan jawatan Naib Presiden UMNO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71675059282_MohamedKhaledNordi.jpg)
Mohamed Khaled kekal pertahan jawatan Naib Presiden UMNO
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini mengesahkan akan mempertahankan jawatannya pada Pemilihan UMNO 2023.
![Langgar perlembagaan: Ahli UMNO terima surat maklum balas RoS Langgar perlembagaan: Ahli UMNO terima surat maklum balas RoS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51675399142_AizatFikri.jpg)
Langgar perlembagaan: Ahli UMNO terima surat maklum balas RoS
Menerusi surat bertarikh 26 Januari itu, RoS menyatakan sedang dalam proses semakan dan siasatan terperinci berkaitan aduan yang dibuat.
![UMNO jumpa RoS, jelas aduan jawatan presiden, timbalan tidak dipertanding UMNO jumpa RoS, jelas aduan jawatan presiden, timbalan tidak dipertanding](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81675176517_AhmadMaslan.jpg)
UMNO jumpa RoS, jelas aduan jawatan presiden, timbalan tidak dipertanding
UMNO memberi penjelasan kepada RoS berhubung usul tambahan yang diluluskan pada PAU2022 untuk jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertanding pada pemilihan parti tahun ini.
![PAU2022: UMNO serah kepada RoS - Zahid PAU2022: UMNO serah kepada RoS - Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51674473368_TBzahidhamidi.jpg)
PAU2022: UMNO serah kepada RoS - Zahid
UMNO menyerahkan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk menjelaskan mengenai keabsahan keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU).
![Aktivis Pemuda UMNO gesa RoS bebas daripada campur tangan mana-mana pihak Aktivis Pemuda UMNO gesa RoS bebas daripada campur tangan mana-mana pihak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41674388629_SyedMohdSyedNasir.jpg)
Aktivis Pemuda UMNO gesa RoS bebas daripada campur tangan mana-mana pihak
Ujar Syed Mohd, RoS perlu bebas daripada campur tangan mana-mana pihak demi keadilan dan demokrasi di negara ini.
![PAU2022: Ahmad Maslan akan bertemu RoS dalam masa terdekat PAU2022: Ahmad Maslan akan bertemu RoS dalam masa terdekat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81672739655_AhmadMaslan.jpg)
PAU2022: Ahmad Maslan akan bertemu RoS dalam masa terdekat
Beliau dan peguam parti akan menjelaskan kepada RoS bahawa proses pengundian dalam PAU 2022 dijalankan mengikut peraturan parti.
![UMNO Seremban nafi hantar notis bantahan UMNO Seremban nafi hantar notis bantahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81674277946_TBUMNO.jpg)
UMNO Seremban nafi hantar notis bantahan
UMNO Bahagian Seremban nafi terlibat dengan tindakan seorang ahlinya yang menghantar notis bantahan keputusan PAU2022 kepada RoS mengenai jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.
![Notis bantahan keputusan PAU 2022 tepat dan berani - KJ Notis bantahan keputusan PAU 2022 tepat dan berani - KJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71667308575_TBHKJjpg.jpg)
Notis bantahan keputusan PAU 2022 tepat dan berani - KJ
Khairy menyifatkan tindakan dua ahli UMNO menghantar notis bantahan kepada RoS susulan keputusan PAU2022 untuk tidak mempertandingkan dua jawatan tertingginya sebagai tepat dan berani.
![PAU2022: Dua ahli UMNO hantar aduan kepada RoS PAU2022: Dua ahli UMNO hantar aduan kepada RoS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81670258783_PAU.jpg)
PAU2022: Dua ahli UMNO hantar aduan kepada RoS
Aduan itu dikemukakan oleh ahli UMNO Bahagian Kuala Nerus, Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir dan ahli UMNO Seremban, Muhammad Fiqri Firdaus Muhammad Rom.