KUALA LUMPUR: Dua jawatan tertinggi UMNO melibatkan Presiden dan Timbalan sah tidak dipertandingkan pada Pemilihan UMNO akan datang.
Ketua Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata perkara itu dicapai dan mendapat persetujuan majoriti daripada perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU2022).
Katanya, keputusan dimuktamadkan selepas perwakilan bangun dan mengangkat tangan pada sesi pengundian agar dua jawatan berkenaan tidak dipertandingkan.
“Bahagian UMNO lebih 90 peratus sokong kepada usul ini supaya tidak diadakan ada pemilihan dan solidariti untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang,” beliau berkata demikian dalam sidang media di Laman Media.
Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil dalam kemas kini di laman Facebook turut mengesahkan perkara sama.
“Alhamdulillah setelah dicadang dan dibahas, semua usul yang dibawa oleh perwakilan-perwakilan UMNO dari negeri-negeri di seluruh Malaysia termasuk usul tambahan (supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dikekalkan dan tidak dicabar pada pemilihan tahun ini) telah diterima dan disokong oleh hampir semua perwakilan dalam Dewan Merdeka petang ini,” katanya dalam kenyataan berkenaan.
Isu pemilihan UMNO menjadi tumpuan ramai selepas wujud cadangan agar dua jawatan tertinggi dalam parti Melayu terbesar itu tidak dicabar.
Ahmad Zahid menang jawatan Presiden untuk tempoh 2018-2021 pada Pemilihan UMNO 2018.
Beliau menewaskan pencabarnya termasuk Khairy Jamaluddin dan bekas Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.
Ahmad Zahid memperoleh 93 undi, Khairy (51 undi), manakala Tengku Razaleigh ataupun Ku Li mendapat 23 undi.
Mohamad yang merupakan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan pula menang dengan 75 undi menewaskan bekas Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa bagi saingan jawatan Timbalan Presiden.
Hasimi Muhamad
Sat Jan 14 2023
![PAU2022: Dua jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan PAU2022: Dua jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51673616012_PerhimpunanAgungUM.jpg)
Ahmad Said berkata perkara itu dicapai dan mendapat persetujuan majoriti daripada perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO 2022. - Bernama
![Tarif AS ke atas keluli, aluminium cetus tentangan hebat di seluruh Eropah Tarif AS ke atas keluli, aluminium cetus tentangan hebat di seluruh Eropah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739353010_tbDonaldTrump.jpg)
Tarif AS ke atas keluli, aluminium cetus tentangan hebat di seluruh Eropah
Keputusan Donald Trump untuk mengenakan tarif 25 peratus ke atas import keluli dan aluminium yang memasuki negara itu, telah mencetuskan tentangan hebat di seluruh Eropah, lapor Xinhua.
![Pelakon Fikry Ibrahim bergelar suami, pilih bekas pramugari Pelakon Fikry Ibrahim bergelar suami, pilih bekas pramugari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739353423_tbFikryIbrahimKha.jpg)
Pelakon Fikry Ibrahim bergelar suami, pilih bekas pramugari
Pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, yang dikenali sebagai Khalizah Alihan, pada Rabu.
![Hujan lebat, ribut petir di enam negeri sehingga 9 malam - MetMalaysia Hujan lebat, ribut petir di enam negeri sehingga 9 malam - MetMalaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356372_RIBUTPETIR.jpg)
Hujan lebat, ribut petir di enam negeri sehingga 9 malam - MetMalaysia
MetMalaysia hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda enam negeri sehingga 9 malam ini.
![Polis tidak tahan Pengarah Eksekutif Suaram, hanya rekod percakapan Polis tidak tahan Pengarah Eksekutif Suaram, hanya rekod percakapan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739356198_Suaram.jpg)
Polis tidak tahan Pengarah Eksekutif Suaram, hanya rekod percakapan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan menahan Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Sevan Doraisamy hari ini, seperti yang dilaporkan menerusi beberapa portal berita.
MotoGP musim baharu di Thailand dilancar
Bandar Bangkok bergema dengan bunyi hon dan deruan motosikal sebagai simbolik pelancaran MotoGP musim baharu di Thailand pada Ahad.
Penagih dadah: Singapura saksi peningkatan 30 peratus penagih bawah 20 tahun
Laporan Situasi Dadah Singapura 2024 yang dikeluarkan pada Rabu mendedahkan bahawa lebih separuh daripada penagih baharu yang ditahan dalam tempoh dua tahun lalu berusia bawah 30 tahun.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
![Kerajaan Johor seru semua IPIS di negeri itu didaftar Kerajaan Johor seru semua IPIS di negeri itu didaftar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704257934_TBMOHDFAREDMOHD.jpg)
Kerajaan Johor seru semua IPIS di negeri itu didaftar
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata, pendaftaran boleh dilakukan melalui mana-mana Pejabat Pendidikan Islam Daerah (PPID).
![Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739355908_tbrubbleofbuilding.jpg)
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir turut menekankan keperluan penyelesaian yang adil terhadap isu Palestin, dengan menghormati hak rakyat di rantau berkenaan.
66 wilayah Thailand menghadapi kualiti udara berbahaya
Sebanyak 66 daripada 76 wilayah di Thailand diselubungi dengan tahap pencemaran habuk yang tidak selamat pada pagi Rabu, dengan jerebu terburuk menyelubungi Greater Bangkok.
![Al-Sultan Abdullah zahir rasa syukur atas sokongan keluarga Al-Sultan Abdullah zahir rasa syukur atas sokongan keluarga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41700729725_TBSultanjpg.jpg)
Al-Sultan Abdullah zahir rasa syukur atas sokongan keluarga
Al-Sultan Abdullah hari ini menzahirkan rasa syukur dan ucapan terima kasih atas sokongan yang diberikan keluarganya sepanjang lima tahun menjawat jawatan tertinggi negara itu.
![Pegang jawatan tertinggi FAM hanya tiga penggal Pegang jawatan tertinggi FAM hanya tiga penggal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61688205270_TBMohdYusoffMahadi.jpg)
Pegang jawatan tertinggi FAM hanya tiga penggal
FAM melakukan pindaan statut yang menyaksikan jawatan tertinggi dalam badan induk bola sepak itu hanya boleh dipegang selama tiga penggal sahaja.
![PAU2022: Dua jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan PAU2022: Dua jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51673616012_PerhimpunanAgungUM.jpg)
PAU2022: Dua jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan
Ahmad Said berkata perkara itu dicapai dan mendapat persetujuan majoriti daripada perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO 2022.
![Pemilihan PKR: 11,282 calon disahkan boleh bertanding - Pengerusi JPP Pemilihan PKR: 11,282 calon disahkan boleh bertanding - Pengerusi JPP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41649590926_DrZalihaMustafa.jpg)
Pemilihan PKR: 11,282 calon disahkan boleh bertanding - Pengerusi JPP
Pencalonan itu terdiri daripada calon yang mencalonkan diri sendiri atau dicalonkan oleh ahli parti lain.
![Jawatan dalam UMNO perlu dipertandingkan - Khairy Jawatan dalam UMNO perlu dipertandingkan - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/41524733839_KhairyJamaluddin.jpg)
Jawatan dalam UMNO perlu dipertandingkan - Khairy
Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin tidak bersetuju jawatan tertinggi parti itu tidak dipertandingkan pada pemilihan akan datang.