KUALA LUMPUR: Seramai 11,282 calon bagi pemilihan PKR 2022 peringkat cabang dan jawatan tertinggi disahkan boleh bertanding setelah selesai proses bantahan serta rayuan bagi pendaftaran calon berakhir pada 19 April lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Dr Zaliha Mustafa berkata pencalonan itu terdiri daripada calon yang mencalonkan diri sendiri atau dicalonkan oleh ahli parti lain.
Beliau berkata secara keseluruhan, fasa pencalonan bagi pemilihan 2022 berjumlah 11,290 sudah disahkan sebelum melalui proses bantahan dan rayuan.
"Bantahan terhadap calon hanya diterima sekitar lapan orang atas sebab-sebab yang jelas seperti status kebankrapan dan senarai hitam seperti ditetapkan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia.
"Tahniah buat 11,282 calon yang melepasi saringan ini dan layak menyertai senarai akhir pencalonan termasuk 20 calon bagi barisan kepimpinan tertinggi," menurutnya dalam kenyataan semalam.
Pencalonan bagi pemilihan kali ini juga menyaksikan Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi calon tunggal bagi jawatan itu sekali gus kekal menyandang jawatan tersebut tanpa bertanding.
Senarai penuh calon boleh dilihat di laman sesawang https://pemilihankeadilan2022.com/.
Zaliha juga berkata seramai 96,983 ahli berjaya memuat turun aplikasi ADIL dan telah berdaftar sebagai Pengundi Atas Talian (PAT) selepas tarikh akhir berbuat demikian pada Khamis.
"Menariknya, seramai lebih 700 ahli yang kini menetap di luar negara termasuk Australia, Brunei dan Singapura juga tersenarai sebagai PAT.
"Meskipun permohonan baharu telah pun ditutup, kerja-kerja akan diteruskan sehingga kesemua yang memohon untuk menjadi PAT selesai ditentusahkan," katanya.
Beliau berkata JPP kini dalam persediaan menghadapi fasa pengundian secara fizikal dan dalam talian yang dijadualkan berlangsung dari 13 hingga 22 Mei ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 22 2022
![Pemilihan PKR: 11,282 calon disahkan boleh bertanding - Pengerusi JPP Pemilihan PKR: 11,282 calon disahkan boleh bertanding - Pengerusi JPP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41649590926_DrZalihaMustafa.jpg)
Zaliha berkata, seramai 96,983 ahli berjaya memuat turun aplikasi ADIL dan telah berdaftar sebagai Pengundi Atas Talian selepas tarikh akhir berbuat demikian pada Khamis. - Gambar fail/BERNAMA
![Ekonomi kukuh, tiada keperluan turunkan segera kadar dana - Pengerusi Fed AS Ekonomi kukuh, tiada keperluan turunkan segera kadar dana - Pengerusi Fed AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739355489_USA.jpg)
Ekonomi kukuh, tiada keperluan turunkan segera kadar dana - Pengerusi Fed AS
Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) tidak tergesa-gesa untuk menurunkan kadar dana persekutuan berikutan kekuatan ekonomi semasa.
![Tarif AS ke atas keluli, aluminium cetus tentangan hebat di seluruh Eropah Tarif AS ke atas keluli, aluminium cetus tentangan hebat di seluruh Eropah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739353010_tbDonaldTrump.jpg)
Tarif AS ke atas keluli, aluminium cetus tentangan hebat di seluruh Eropah
Keputusan Donald Trump untuk mengenakan tarif 25 peratus ke atas import keluli dan aluminium yang memasuki negara itu, telah mencetuskan tentangan hebat di seluruh Eropah, lapor Xinhua.
![Pelakon Fikry Ibrahim bergelar suami, pilih bekas pramugari Pelakon Fikry Ibrahim bergelar suami, pilih bekas pramugari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739353423_tbFikryIbrahimKha.jpg)
Pelakon Fikry Ibrahim bergelar suami, pilih bekas pramugari
Pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, yang dikenali sebagai Khalizah Alihan, pada Rabu.
![Hujan lebat, ribut petir di enam negeri sehingga 9 malam - MetMalaysia Hujan lebat, ribut petir di enam negeri sehingga 9 malam - MetMalaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356372_RIBUTPETIR.jpg)
Hujan lebat, ribut petir di enam negeri sehingga 9 malam - MetMalaysia
MetMalaysia hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda enam negeri sehingga 9 malam ini.
![Polis tidak tahan Pengarah Eksekutif Suaram, hanya rekod percakapan Polis tidak tahan Pengarah Eksekutif Suaram, hanya rekod percakapan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739356198_Suaram.jpg)
Polis tidak tahan Pengarah Eksekutif Suaram, hanya rekod percakapan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan menahan Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Sevan Doraisamy hari ini, seperti yang dilaporkan menerusi beberapa portal berita.
MotoGP musim baharu di Thailand dilancar
Bandar Bangkok bergema dengan bunyi hon dan deruan motosikal sebagai simbolik pelancaran MotoGP musim baharu di Thailand pada Ahad.
Penagih dadah: Singapura saksi peningkatan 30 peratus penagih bawah 20 tahun
Laporan Situasi Dadah Singapura 2024 yang dikeluarkan pada Rabu mendedahkan bahawa lebih separuh daripada penagih baharu yang ditahan dalam tempoh dua tahun lalu berusia bawah 30 tahun.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
![Kerajaan Johor seru semua IPIS di negeri itu didaftar Kerajaan Johor seru semua IPIS di negeri itu didaftar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704257934_TBMOHDFAREDMOHD.jpg)
Kerajaan Johor seru semua IPIS di negeri itu didaftar
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata, pendaftaran boleh dilakukan melalui mana-mana Pejabat Pendidikan Islam Daerah (PPID).
![Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739355908_tbrubbleofbuilding.jpg)
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir turut menekankan keperluan penyelesaian yang adil terhadap isu Palestin, dengan menghormati hak rakyat di rantau berkenaan.
![Jawatan Presiden, Timbalan Presiden PKR mungkin tak dipertandingkan - Shamsul Iskandar Jawatan Presiden, Timbalan Presiden PKR mungkin tak dipertandingkan - Shamsul Iskandar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738398016_TBSHAMSUL.jpg)
Jawatan Presiden, Timbalan Presiden PKR mungkin tak dipertandingkan - Shamsul Iskandar
PKR berkemungkinan tidak akan mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti Mei ini.
![Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734260574_AnwarIbrahim.jpg)
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
![Anwar mahu pemilihan PKR disegerakan, tidak perlu ditangguh Anwar mahu pemilihan PKR disegerakan, tidak perlu ditangguh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61730023785_AnwarIbrahim.jpg)
Anwar mahu pemilihan PKR disegerakan, tidak perlu ditangguh
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahukan supaya pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) disegerakan.
![Tiada keputusan tangguh pemilihan PKR selepas PRU16 - Fuziah Tiada keputusan tangguh pemilihan PKR selepas PRU16 - Fuziah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719733785_FuziahSalleh.jpg)
Tiada keputusan tangguh pemilihan PKR selepas PRU16 - Fuziah
Tiada sebarang keputusan berhubung penangguhan pemilihan PKR selepas PRU16 dibuat dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP), semalam.
!['Dakwaan pemilihan PKR untuk singkir kem Anwar cerita dongeng' 'Dakwaan pemilihan PKR untuk singkir kem Anwar cerita dongeng'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41658277965_PKR.jpg)
'Dakwaan pemilihan PKR untuk singkir kem Anwar cerita dongeng'
Puah berkata, sudah menjadi tradisi pemilihan, akan ada yang kalah atau menang dan semua pihak perlu terbuka menerima keputusan itu.
![Fokus isu semasa rakyat, henti kitar semula isu NFC - Penganalisis Fokus isu semasa rakyat, henti kitar semula isu NFC - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71652791164_TBNFCKESx.jpg)
Fokus isu semasa rakyat, henti kitar semula isu NFC - Penganalisis
NFC merupakan isu nasional namun pada waktu ini, kenaikan harga barang, kos sara hidup tinggi dan tiada kenaikan gaji lebih dilihat menjadi kebimbangan rakyat.
![Wan Azizah terkilan wujud musuh dalam selimut Wan Azizah terkilan wujud musuh dalam selimut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71657858882_TBWANAZIZAH.jpg)
Wan Azizah terkilan wujud musuh dalam selimut
Walaupun tidak memperincikan insiden yang berlaku namun kenyataan tersebut dipercayai melibatkan pertikaian berhubung keputusan pemilihan parti berkenaan.
![Pemilihan PKR: JPP sedia beri penjelasan kepada Hans Isaac Pemilihan PKR: JPP sedia beri penjelasan kepada Hans Isaac](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71649511545_DrZalihaMustafa.jpg)
Pemilihan PKR: JPP sedia beri penjelasan kepada Hans Isaac
Pihaknya tidak ada masalah untuk memberi jawapan dalam masa seminggu memandangkan kongres melibatkan parti berkenaan akan tamat tidak lama lagi.
![Ada pihak cuba godam keputusan pemilihan PKR - Dr Zaliha Ada pihak cuba godam keputusan pemilihan PKR - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41656939657_DrZalihaMustafa.jpg)
Ada pihak cuba godam keputusan pemilihan PKR - Dr Zaliha
Dr Zaliha Mustafa berkata, namun begitu, perkara tersebut telah dikenal pasti dan pakar audit telah memberi cadangan untuk mengemaskinikan rekod pengundian.
![Muka baharu terajui PKR, kehendak ahli inginkan pembaharuan - Aminuddin Muka baharu terajui PKR, kehendak ahli inginkan pembaharuan - Aminuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41641186191_AminuddinHarun.jpg)
Muka baharu terajui PKR, kehendak ahli inginkan pembaharuan - Aminuddin
Sebahagian besar pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kali ini diterajui muka baharu susulan kehendak ahli yang inginkan pembaharuan.