Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 yang bermula dari 5 sehingga 9 Disember ini bukan tempat untuk longgokan isu-isu retorik.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mengingatkan, PAU kali ini adalah gelanggang untuk merumus dan menguatkan formula perjuangan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"Kita tidak rela UMNO kecundang, kerana itu isu-isu retorik yang tidak memberi kekuatan kepada UMNO dan menyantuni kehidupan orang Melayu dikhuatiri akan menyebabkan parti menjadi cemuhan.
"Jangan biarkan rakyat terutama orang Melayu kecewa dengan isu-isu retorik, mereka sedang memerhati (UMNO) di luar sana.
"Sebaliknya para perwakilan dan seluruh ahli-ahli UMNO perlu menjadikan ucapan dasar presiden sebagai sandaran untuk memperkukuhkan parti terutama di peringkat akar umbi," katanya dalam catatan terbaharu di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.
BACA: PAU17: UMNO Kelantan ketengah usaha rancakkan prasarana luar bandar
BACA: 826 usul dibawa ke Perhimpunan Agung UMNO 2017
Menurut beliau, perhimpunan kali ini berbeza dengan tahun sebelumnya kerana inilah perhimpunan agung parti yang terakhir sebelum berlangsungnya PRU14.
Oleh sebab itu, kata Syed Ali, PAU kali ini akan menjadi fokus seluruh rakyat untuk melihat sejauh mana kekuatan parti itu berdepan dengan pakatan pembangkang.
Menurutnya, rakyat terutama orang Melayu akan menilai sejauh mana kekuatan dan persediaan UMNO meneruskan kelangsungan perjuangannya membela nasib mereka.
Malah, kata beliau, perwakilan kali ini juga menunggu apakah mesej yang bakal dijelaskan Datuk Seri Najib Razak menerusi ucapan dasar presiden pada perhimpunan tersebut.
"Mesej daripada inti pati ucapan dasar presiden akan menjadi kunci untuk para perwakilan dan seluruh ahli-ahli UMNO bersiap-siaga menghadapi PRU ke-14.
"Ucapan Najib kali ini akan memberi mesej dan peringatan yang lebih terbuka kepada seluruh ahli-ahli parti untuk menentang asakan pihak pembangkang," ujarnya.
Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan percaya Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) akan memberi perhatian khusus mengenai persiapan parti di semua peringkat.
Oleh sebab itu katanya, para perwakilan diyakini tidak akan membangkitkan sebarang isu yang menyentuh mengenai pertandingan jawatan dalam parti.
"Isu perebutan jawatan dalam parti tidak timbul buat masa ini, yang penting bagaimana untuk UMNO menumbangkan blok pembangkang pada PRU akan datang.
"Sekarang kita tumpukan kepada pilihan raya, soal pemilihan dalam parti cerita lain," katanya.
Tegasnya lagi, UMNO pimpinan Najib mempunyai agenda untuk terus memperkasakan orang Melayu.
Tambah beliau lagi, tidak ada manfaatnya untuk berebut jawatan dalam parti jika UMNO kalah pada PRU ke-14 kerana untuk bangkit semula bukanlah sesuatu yang mudah.
"Najib selaku Presiden UMNO selalu mengingatkan supaya kita mempertahankan parti waima apa pun yang terjadi, kerana tidak rela parti kita menjadi belasahan pihak lawan.
"Dalam masa yang sama, ahli-ahli UMNO perlu menyokong penuh kepimpinan Najib selaku Perdana Menteri," jelasnya.
Justeru tegas Syed Ali, PAU kali ini merupakan medan terbaik kepada perwakilan dan barisan kepimpinan parti untuk bermuhasabah mencari dan menilai semula kekuatan UMNO.
Pemimpin dan ahli UMNO jelas beliau, memegang amanah dan memikul tanggungjawab mempertahankan parti selaku tonggak kepada pemerintahan kerajaan BN.
Menurut beliau, para perwakilan juga mempunyai suara untuk melontarkan saranan, cadangan dan pandangan bagaimana UMNO mampu mencapai kemenangan pada PRU kali ini.
"Mereka (perwakilan) ada hak untuk bersuara, terutama membabitkan kriteria calon dan persiapan jentera parti yang perlu diperhalusi.
"UMNO perlu memenangi PRU ke-14 akan datang dengan kejayaan besar melebihi majoriti dua pertiga bagi membolehkan pembentukan kerajaan yang stabil dan kukuh," ujarnya.
Mengenai pembentangan usul, beliau percaya penekanan sudah semestinya akan diberikan kepada persiapan parti untuk menghadapi tentangan pembangkang.
Katanya, Jawatankuasa Usul yang dipengerusikan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pasti akan melakukan yang terbaik bagi melancarkan perhimpunan kali ini.
Astro Awani
Wed Nov 22 2017

Perwakilan dan seluruh ahli-ahli UMNO perlu menjadikan ucapan dasar presiden sebagai sandaran untuk memperkukuhkan parti terutama di peringkat akar umbi, kata Syed Ali. - Gambar fail

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Warisan nafi wujud persefahaman bahagi kerusi dengan BN - Darell Leiking
Datuk Darell Leiking berkata dakwaan sebuah portal berita mengenai persefahaman antara Warisan dan BN Sabah itu hanyalah andaian dan spekulasi semata-mata.

Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Azalina menjelaskan kenyataan Ahmad Zahid merujuk kepada pendirian Ahli Parlimen blok BN berhubung isu gag order, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 36(2).

Cadangan keluarkan MCA seperti 'bermimpi di siang hari' - Ahmad Zahid
Pengerusi BNDatuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan gabungan itu tidak pernah membincangkan untuk mengeluarkan MCA sebaliknya komited untuk mengekalkan semangat jitu setiap parti komponen.

Ahmad Zahid yakin BN akan terus utuh dan relevan
Pengerusi BN percaya perkara itu mampu dicapai dengan kesepakatan dan semangat perjuangan yang tidak pernah luntur gabungan berkenaan.

'Tak mustahil BN singkir MCA berlaku' - Penganalisis
Menurut Ariff Aizuddin, situasi sedemikian mampu menjarakkan lagi BN dengan penyokong bukan Melayu terutamanya pengundi Cina.

BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.

BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.

50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.

Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.