Menurut Penganalisis Politik USM, Prof Sivamurugan Pandian, pemimpin tersebut perlu meredakan keadaan walaupun wujudkan perbezaan politik dengan mencapai titik keseimbangan dalam gabungan tersebut.
“Itulah harapan masyarakat sekiranya penggabungan ini, maka dengan gencatan politik kita harus memastikan bahawa polirisasi dan radikalisme di dalam politik itu harus menurun.
“Pemimpin yang dilantik untuk mengemudi gabungan ini, beliau perlu meredakan keadaan, kerana ia bakal berikan impak dalam proses pembangunan negara, segala perselisahan faham perlu diterima dan perlu ada hormat-menghormati.
Perbezaan itu perlu dihormati untuk mencari titik imbang kerana perpaduan tidak boleh dikompromi hanya kerana disebabkan oleh perbezaan politik,” katanya menerusi program Malaysia Memilih pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Selasa.
Pada masa sama, Sivamurugan berpendapat, kerajaan minoriti boleh dilaksanakan, namun ia memerlukan keazaman politik yang sangat besar untuk bergerak ke arah gencatan politik.
Ia termasuk pengorbanan ke arah pembentukan masyarakat untuk memastikan negara tidak terpinggir dan terus maju ke hadapan.
“Kerajaan minoriti itu boleh dibuat tetapi ia perlukan satu perkara penting iaitu keazaman politik. Ia mampu dilaksanakan tetapi perlu ada keazaman politik yang besar untuk bergerak ke arah gencatan politik.
“Dengan kerajaan perpaduan, nilai kompromi pengorbanan ke arah pembentukan masyarakat perlu menjadi kepentingan mereka dengan melihat ke hadapan suara ini jelas adalah untuk pastikan negara tidak terpinggir kebelakang dan mampu ke hadapan bersama,” jelasnya.