Beliau yang menaiki kenderaan BMW berwarna hitam itu sempat melambai namun tidak mengeluarkan kenyataan.
Setakat ini, para pengamal media yang telah berkumpul di hadapan pejabatnya sejak pagi, tidak mendapat makluman sekiranya ada sidang media dilangsungkan di sini.
Bagaimanapun, pemimpin PH yang berada di pejabatnya masih belum meninggalkan lokasi ini.
Hasil daripada pertemuan bersama Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini, belum lagi ada mana-mana individu yang dinamakan sebagai Perdana Menteri Ke-10.