Pas terbuka dan bersedia menggunakan lambang parti Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sabah pada 26 September ini.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti berkenaan tiada masalah untuk berbuat demikian.
Menurut Abdul Hadi, Pas juga terbuka dengan sebarang keputusan yang dicapai oleh rakan sekutu dalam Perikatan Nasional (PN).
"Itu terpulang kepada keputusan yang dibuat kalau keputusan simbol (kata putus) masing-masing semua (parti politik) kerana saya difahamkan ada parti di Sabah nak buat simbol sendiri, terpulang (pada mereka), kita tiada masalah.. terbuka nak pakai simbol Perikatan Nasional pun boleh, sudah ada cadangan," katanya kepada wartawan selepas menyampaikan Kuliah Dhuha di Masjid Rusila, di sini pada Jumaat.
Ditanya kemungkinan simbol baharu juga akan digunakan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kelak, Ahli Parlimen Marang itu berkata, cadangan itu akan diperhalusi dan dinilai kewajarannya.
BACA: PRU15 mungkin tahun ini atau awal 2021, kata Presiden Pas
Menurut Abdul Hadi, penggunaan lambang lain tidak memberikan sebarang masalah kerana Pas pernah berbuat demikian pada 1974, ketika parti itu masih berada dalam BN.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan BN yang akan menggunakan lambang parti itu kerana pengundi sudah terbiasa dengannya, sebagai mana yang diumumkan Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa.
Menteri Wilayah Persekutuan itu yang juga Ketua Koordinator BN bagi PRN Sabah sebelum ini berkata, Biro Politik dan Dewan Tertinggi BN yang bermesyuarat sudah memaklumkan kepada parti-parti rakan komponen PN bahawa calon BN akan menggunakan lambang dacing.
Nur Fazlizai Ali
Fri Aug 28 2020
Abdul Hadi berkata, Pas tiada masalah untuk menggunakan simbol dacing Barisan Nasional pada Pilihan Raya Sabah nanti. - Gambar fail
#AWANIRingkas 23 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 November 2024
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
Pendekatan global PM Anwar perkukuh kedudukan diplomatik dan ekonomi Malaysia
Dasar luar Malaysia yang berpegang kepada sikap tidak berpihak kini semakin mendapat momentum apabila negara memperluas hubungan ekonomi dan diplomatiknya.
AWANI Ringkas: Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
1,200 peserta program Larian Rimba Kita
Memasuki tahun kedua, program Larian Rimba Kita berlangsung meriah pada pagi ini, menyaksikan Taman Wetland Putrajaya dibanjiri lebih 1,200 peserta mengambil bahagian.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Keputusan itu dianggap satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman Israel.
Penggunaan kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan, tingkat intergriti
Penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan selain mengelakkan salah tafsir dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Lebih 1,200 peserta menyertai larian Rimba Kita anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia di Taman Wetland Putrajaya.
Aubameyang buat Cristiano Ronaldo, Al-Nassr berputih mata
Keputusan itu menyaksikan Al-Qadsiah berkongsi 22 mata bersama Al-Nassr di tempat ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 November 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Banjir Melaka: 264 mangsa dipindah ke tiga PPS
Setakat jam 8 pagi ini, seramai 264 mangsa membabitkan 71 keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara.
Ibu mentua Presiden Pas meninggal dunia
Ibu mentua Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, Dayang Abdullah, 90, meninggal dunia tengah malam tadi.
"Marang satu minit pun tak pernah masuk penjara" - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution menegaskan dari aspek sejarah, Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak pernah dimasukkan ke penjara.
Keputusan PM Anwar tidak ambil gaji tidak bertentangan ajaran Islam - JPPA PKR
Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengambil gaji adalah tidak bertentangan dengan ajaran Islam sama ada dari sudut niat mahupun pelaksanaannya.
Abdul Hadi desak kerajaan tidak tutup pintu untuk diberi nasihat
Kerajaan didesak tidak menutup pintu untuk ditegur dan diberi nasihat bagi menjamin keadilan di negara ini dapat terus ditegakkan.
'Hassan Nasrallah kata perang akan berlaku bagi bebas Baitul Maqdis, Masjid al-Aqsa' - Abdul Hadi
Setiausaha Agung Hizbullah, Hassan Nasrallah pernah memberitahu bahawa peperangan akan berlaku bagi membebaskan Bait al-Maqdis dan Masjid al-Aqsa.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Muktamar Pas: "Biarlah dia cari dosa kering" - Ahmad Zahid
Beliau mengulas tindakan Pas didakwa menjadikan Muktamar Tahunan Ke-70 parti itu sebagai pentas memfitnah dan memaki hamun lawan mereka.
Cacian, kebencian dan angan-angan jadi hidangan Muktamar Pas ke-70 - Saifuddin Nasution
Hanya unsur cacian, kebencian dan angan-angan yang dihidangkan pemimpin Pas dalam ucapan serta resolusi sepanjang Muktamar Pas ke-70.
Pas tiada kaitan dengan GISB - Abdul Hadi
Pas menegaskan mereka tidak mempunyai sebarang kaitan dengan isu yang melibatkan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISB).
Muktamar Pas: SG4 bantu jayakan agenda nasional - Abdul Hadi
Fungsi penubuhan SG4 dalam kalangan empat negeri pimpinan Perikatan Nasional (PN) adalah untuk bersama menjayakan agenda nasional.