PAS sedang membina kes melalui pengumpulan bukti dan maklumat lengkap terhadap anggotanya yang menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Gerakan Harapan Baharu (GHB).
Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata pengumpulan itu dikendalikan oleh Setiausaha Agung parti Datuk Takiyuddin Hassan bagi menyediakan laporan lengkap dan membentangkannya kepada PAS pusat.
"Daripada situ baharu kita boleh buat keputusan apa tindakan yang perlu kita ambil," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Kutipan Dana Dewan Pemuda PAS Kelantan di sini, hari ini.
Timbalan Menteri Besar Kelantan itu berkata hanya Jawatankuasa PAS Pusat ataupun Jawatankuasa Disiplin parti yang berhak menentukan nasib anggota-anggota parti yang menyertai GHB.
"Jawatankuasa PAS Pusat mempunyai kuasa untuk memecat terus mana-mana anggota parti yang didapati bersalah, namun jika dibawa ke Jawatankuasa Disiplin parti, ada empat bentuk hukuman yang boleh dikenakan," katanya.
Beliau berkata hukuman tersebut adalah surat tunjuk sebab, amaran, gantung keanggotaan dan akhir sekali dipecat daripada parti.
Bernama
Thu Aug 13 2015

MOHD AMAR: PAS sedang membina kes melalui pengumpulan bukti dan maklumat lengkap terhadap anggotanya yang menyertai GHB. -Gambar fail

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

Ketiadaan PAS mudahkan pembentukan Pakatan Rakyat baharu- Salahuddin
Salahuddin turut mengulangi komitmen Amanah untuk terus bersedia menubuhkan muafakat pembangkang yang baharu.

Keanggotaan 22 ahli PAS sertai parti baharu gugur secara automatik - Takiyuddin
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, surat pengguguran keahlian itu akan dikeluarkan kepada mereka dalam tempoh terdekat.

Parti Amanah Negara jadi wadah politik GHB
GHB mengambil alih dan menjenamakan semula Parti Pekerja -Pekerja Malaysia selepas permohonan untuk meletakkan nama Parti Progresif Islam (PPI) ditolak Kementerian Dalam Negeri.

Bersih 4: Kehadiran Dr Mahathir amat mengejutkan - Mohamad Sabu
Mohamad turut menyifatkan kehadiran Dr Mahathir disebabkan, bekas perdana menteri itu risau berkenaan situasi politik semasa negara.

Bekas ketua penerangan PAS Sarawak dipilih pengerusi GHB negeri
Bekas Ketua Penerangan PAS Sarawak, Andri Zulkarnaen Hamden dipilih sebagai pengerusi negeri GHB.

Tiada paksaan sertai GHB - Dr Mujahid
Tiada paksa untuk mana-mana individu menyertai Gerakan Harapan Baharu (GHB), kata Pengerusi Jawatankuasa Interim GHB Pulau Pinang, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa.

PAS tentukan nasib anggotanya terlibat GHB 11 Sept ini
Nasib anggota dan pemimpin PAS yang dipercayai terlibat dengan Gerakan Harapan Baru (GHB) akan ditentukan dalam mesyuarat parti itu 11 Sept ini.

Apapun tindak-tanduk pembangkang tidak merisaukan BN - Abdul Rahman
GHB tidak akan mampu menarik anggota PAS dan UMNO untuk menyertai perjuangan mereka kerana anggota kedua-dua parti itu sangat berdisiplin dan berprinsip.

GHB sedia kerjasama dengan PAS jika ada keperluan - Salahuddin
Gerakan Harapan Baru sedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik termasuk PAS jika wujudnya keperluan di dalam Pakatan Rakyat 2.0 nanti.

GHB: Mohamad Sabu enggan sahkan penyertaan Nik Omar Nik Aziz
Pengerusi parti baharu itu berkata beliau akan menyemak semula dan akan membuat pengesahan berhubung penyertaan anak Allahyarham Nik Aziz itu.