Mesyuarat pemilihan anggota jawatankuasa Gerakan Harapan Baru (GHB) Sarawak pada 20 Ogos lepas, sebulat suara memilih bekas Ketua Penerangan PAS Sarawak, Andri Zulkarnaen Hamden sebagai pengerusi negeri.
Andri berkata beliau akan menerajui GHB Sarawak dan akan dibantu anggota jawatankuasa (AJK) yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama serta latar belakang profesional berbeza.
"Dalam mesyuarat itu juga kami bersetuju sebulat suara GHB Sarawak akan meletakkan calon bagi bertanding dalam pilihan raya negeri akan datang.
"Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menjadi sasaran GHB bukan hanya kerusi pengundi Melayu, malah kerusi majoriti bukan Islam juga menjadi sasaran," katanya kepada Bernama.
Andri berkata GHB Sarawak menyasarkan kerusi antaranya DUN Lambir, Samalaju, Semariang, Muara Tuang, Kedup, Triboh, Batang Sadong, Sebuyau, Beting Maro, Belawai, Dalat, Demak Laut dan Dalat.
"Namun pembahagian kerusi ini hanya akan diputuskan selepas berunding dengan rakan-rakan daripada DAP dan PKR serta kelulusan GHB pusat untuk semakan.
"Kami sudah mempunyai calon yang berwibawa, berpotensi serta bersedia untuk diletakkan di kawasan fokus tersebut. Rata-rata adalah kalangan anak tempatan yang sudah tentu diberi keutamaan," katanya.
Menurut Andri yang juga bekas Yang Dipertua PAS Kawasan Santubong, GHB Sarawak akan mengadakan sidang media memperkenalkan AJK dan mempromosi program mereka pada 4 Sept ini.
"Pada 6 Sept, sidang media bersama Pengerusi GHB Mohamad Sabu yang juga bekas Timbalan Presiden PAS serta pemimpin GHB pusat seperti Dr Mohd Hatta Ramli, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad dan Anggota Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud bersama pimpinan Pakatan Rakyat Sarawak akan diadakan," katanya.
Bernama
Fri Aug 28 2015

Andri berkata beliau akan menerajui GHB Sarawak dan akan dibantu anggota jawatankuasa (AJK) yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama serta latar belakang profesional berbeza.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Bekas ketua penerangan PAS Sarawak dipilih pengerusi GHB negeri
Bekas Ketua Penerangan PAS Sarawak, Andri Zulkarnaen Hamden dipilih sebagai pengerusi negeri GHB.