PAS mengakui telah menjangkakan kekalahan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor ekoran penurunan peratus keluar mengundi hari ini berbanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Pengarah Operasi Induk PAS PRK Pengkalan Kubor Tuan Ibrahim Tuan Man berkata peratus mengundi pada PRK itu ialah 72.8 peratus berbanding 78.9 peratus pada PRU-13.
"Sebagaimana yang kita jangkakan, ia (penurunan peratusan) akan meninggalkan kesan kepada PRK ini dan kami menerima (kekalahan) dengan hati terbuka," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata faktor hari pengundian pada hari bekerja menyebabkan pengundi berdaftar DUN itu yang berada di luar kawasan tidak balik mengundi dan ia menyumbang kepada penurunan peratusan mengundi.
"Kami juga ucapkan tahniah kepada calon BN (Barisan Nasional) dan pikul amanah yang telah diberikan oleh rakyat sebaik mungkin," katanya.
Sementara itu, calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary, yang hilang wang pertaruhan pada PRK itu apabila hanya meraih 38 undi, berkata beliau tidak kecewa dengan kekalahan keduanya.
Beliau berkata rakyat Pengkalan Kubor sebenarnya terpengaruh dengan janji-janji pilihan raya.
"Saya tidak kecewapun kalah buat kali kedua ini tetapi saya khuatirkan nasib penduduk di Pengkalan Kubor yang lalai akan janji-janji yang ditaburkan itu," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.
Pada PRK itu, calon BN Mat Razi Mat Ail memperoleh undi sebanyak 9,981 manakala calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim mendapat 7,326 undi.
BN menang dengan majoriti 2,635 undi berbanding kemenangan parti itu pada PRU-13, iaitu 1,736 undi.
Pada PRU lalu, Izat Bukhary memperoleh 65 undi dan ketika ditanya undi yang terus merosot pada PRK ini, beliau berkata pengundi telahpun membuat pilihan.
"Saya tidak mahu ulas sangat perkara ini, biarlah. Pada masa yang sama juga, saya reda dengan keputusan itu," katanya.
Bernama
Thu Sep 25 2014
PAS memang jangka kalah PRK Pengkalan Kubor. -Gambar fail
Apa yang kita perlu tahu tentang Electoral College?
Mari kita lihat keunikan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat.
Ada dua proses atau langkah iaitu:
Pertama, orang awam yang membuang undi.
Kedua adalah Electors yang memilih presiden di Kongres melalui proses yang dipanggil sebagai Electoral College.
Ada dua proses atau langkah iaitu:
Pertama, orang awam yang membuang undi.
Kedua adalah Electors yang memilih presiden di Kongres melalui proses yang dipanggil sebagai Electoral College.
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS menjelang keputusan OPR
Ringgit terus mencatatkan kenaikan berbanding dolar AS didorong oleh sentimen yang baik menjelang pengumuman mengenai OPR oleh BNM.
Milwaukee di AS proses semula 30,000 undi pos akibat isu pengiraan
Masalah mesin itu berpunca daripada kesilapan manusia dan menegaskan bahawa tiada bukti berlaku sebarang campur tangan.
Lebih 30 ancaman bom palsu sasar lokasi berkaitan pilihan raya di seluruh AS
Hampir 30 ancaman bom palsu menyasarkan lokasi berkaitan pilihan raya di seluruh Amerika Syarikat.
Sejumlah 89 orang masih dilaporkan hilang susulan banjir di Sepanyol
Berkemungkinan terdapat lebih banyak kes orang hilang yang butirannya belum didaftarkan.
AWANI Pagi: Konvensyen Kebangsaan Bahasa Kolokial
Ikuti diskusi siaran luar 8.30 pagi Rabu dari Hotel Tenera, Bangi bersama Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, Datuk Jaafar Sidek Abdul Rahman membincangkan mengenai signifikan Arkib Negara Malaysia menganjurkan Konvensyen Kebangsaan Bahasa Kolokial: Melestarikan Keberdayaan Bahasa Komuniti.
PM Anwar jumpa pelabur berpotensi pada hari ketiga lawatan kerja ke China
PM Anwar dijangka bertemu beberapa syarikat dan mengadakan sesi meja bulat dengan 23 kapten industri.
AWANI Pagi : AS Memilih | Perebutan ke White House
Saksikan analisis eksklusif #AWANIpagi bersama Saqib Sheikh, Felo Pelawat Institut Kepimpinan dan Strategi ASEAN , dan Dr. Oh Ei Sun, Felo Kanan di Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, yang akan membincangkan mengapa Pilihan Raya Presiden AS ini penting untuk seluruh dunia serta implikasi besar yang mungkin tercetus selepas keputusan diumumkan.
Pasaran saham AS pamer tanda positif di tengah pilihan raya presiden
Pasaran saham Amerika Syarikat mencatatkan keuntungan pada Selasa ketika pilihan raya presiden AS sedang berlangsung.
Tinjauan CNN: Panarafan kelulusan Biden merosot ketika pengundi luahkan ketidakpuasan
Penarafan kelulusan Presiden AS, Joe Biden yang bakal berundur menunjukkan penurunan di seluruh negara.
Ratusan peguam berhimpun, serah memorandum tuntut badan kehakiman bebas
Ratusan peguam berhimpun menyertai Perhimpunan Untuk Kebebasan Badan Kehakiman anjuran Badan Peguam Malaysia pada Jumaat.
PRN Sarawak: Keanggotaan tiga ahli Bersatu tanding atas tiket bebas gugur secara automatik
Mereka ialah Siki Balarik di kerusi DUN Belaga, Ricky Enteri (DUN Bawang Assan) dan Ismawi Muhammad (DUN Muara Tuang).
"Saya bersama Pakatan Harapan" - Maszlee Malik
Maszlee berkata, beliau masih Ahli Parlimen Bebas, biarpun tular gambarnya menyertai sidang mesyuarat video bersama Ahli-ahli Parlimen PKR.
Perairan Laut China Selatan perlu kekal bebas untuk tujuan komersial - Ismail Sabri
Perairan Laut China Selatan perlu kekal bebas dan selamat untuk tujuan komersial tanpa sebarang aktiviti ketenteraan atau dijadikan sebagai medan konflik persaingan kuasa-kuasa besar.
Maszlee Malik umum tarik diri daripada Pejuang
Maszlee Malik umum tarik diri daripada parti Pejuang, ikrar teruskan usaha dalam gerakan perubahan pendidikan melalui kapasitinya sebagai Ahli Parlimen Bebas.
Osman Sapian masih ahli Bersatu - Setiausaha Agung
Osman hanya akan dipanggil untuk menjawab tuduhan berhubung dakwaan membantu kempen calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim baru-baru ini.
13 banduan penjara seumur hidup dikurnia pengampunan Yang di-Pertuan Agong
Hari Kemerdekaan ke-63 amat bermakna buat 13 banduan yang dipenjarakan seumur hidup pada 2001 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur apabila dibebaskan atas pengampunan Yang Di-pertuan Agong
Slim Memilih: Tun M pesan calon jangan 'lompat' kerana duit
Bekas Perdana Menteri itu menitipkan pesanan kepada Amir Khusyairi agar tidak 'menjual diri' kerana wang.
Slim Memilih: Penduduk Orang Asli harap jambatan 'usang' dibaik pulih
Jambatan yang menghubungkan kampung Changkat Ramu dan Buloh Seruas itu digunakan penduduk setempat sejak tahun 1980-an lagi.
Chini Memilih: SPR keluarkan 156 kertas undi pos - Pengerusi SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan 156 kertas undi pos bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N23 Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini pada Ahad.