Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan 156 kertas undi pos bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N23 Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini pada Ahad.
Pengerusinya, Datuk Azhar Azizan Harun memaklumkan, pengeluaran kertas undi pos itu bermula pada jam 2.30 petang dan dijalankan oleh petugas Pilihan Raya di Dewan Komuniti, Majlis Daerah Pekan.
"Kesemua 156 permohonan undi pos tersebut terdiri daripada kategori Borang 1A (petugas pilihan raya).
"Tiada Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara dan permohonan undi pos bagi kategori Borang 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara) dan kategori Borang 1C (anggota petugas kesihatan dan
keselamatan yang dibenarkan)," katanya dalam satu kenyataan.
Tambah beliau, proses pengeluaran kertas undi pos itu dijalankan dengan kehadiran wakil calon daripada parti Barisan Nasional (BN).
SPR juga, jelasnya, telah menjemput seorang wakil pemerhati yang dipilih dari kalangan pemerhati yang telah dilantik untuk menyaksikan proses itu dijalankan.
Proses terbabit, kata Azhar, turut disiarkan secara live streaming di Facebook SPR bagi tujuan meningkatkan kefahaman masyarakat awam mengenai proses pilihan raya.
"Sebanyak 155 sampul keutamaan telah diserahkan kepada pihak Pos Malaysia untuk dihantar kepada pengundi-pengundi terbabit manakala satu (1) lagi sampul keutamaan telah diserahkan oleh Pegawai Pengurus kepada pengundi melalui serahan tangan pada hari yang sama," jelas Pengerusi SPR.
SPR juga mengingatkan kepada semua pengundi pos agar membuat penandaan pada kertas undi, mengisi dengan lengkap dan betul borang pengisytiharan identiti yang disertakan.
Kertas undi pos itu perlu dikembalikan semula kepada Pegawai Pengurus PRK DUN N.23 Chini, Pahang sebelum jam 5.00 petang pada Hari Mengundi pada 4 Julai 2020 (Sabtu).
Sebarang tindakan merakam gambar kertas undi pos adalah dilarang dan akan dikenakan tindakan undang-undang jika disabitkan kesalahan.
Fareez Azman
Mon Jun 22 2020

Menurut Azhar, sebanyak 156 kertas undi pos bagi Pilihan Raya Kecil N23 Dewan Undangan Negeri Chini telah dikeluarkan pada Ahad. - Gambar fail

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Speaker ada 21 hari isytihar kekosongan kerusi selepas terima notis - Azhar
Tempoh 21 hari itu bermula apabila Speker menerima notis berhubung pengguguran keahlian parti terhadap mana-mana Ahli Parlimen.

Johari Abdul dari kerusi Parlimen ke Speaker
Johari bukan sahaja berpengalaman dalam bidang politik tetapi juga mahir dalam selok-belok pentadbiran kerajaan.

Wan Junaidi nafi isi jawatan Speaker Dewan Rakyat
Wan Junaidi menafikan dirinya akan dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi menggantikan Tan Sri Azhar Azizan Harun.

Azhar sah kosongkan kerusi Speaker
Setiausaha Dewan Rakyat akan terlebih dahulu memanggil Ahli Parlimen untuk bersidang sebelum proses pemilihan Speaker baharu dibuat.

PRU15: Ketua parti diminta serah SD sokong calon Perdana Menteri - Azhar
Dokumen tersebut perlu diserahkan ke Istana Negara selewat-lewatnya esok (21 November) sebelum pukul 2 petang.

Saya pernah dipanggil 'barua', tapi saya tak ambil secara peribadi - Azhar Harun
Pengalaman tiga dekad sebagai peguam memudahkan beliau menggalas tugas sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Azhar tidak hasrat tanding PRU15
Penyandang Speaker Dewan Rakyat menegaskan, tidak mempunyai apa-apa kepentingan politik.

Persidangan Dewan Rakyat batal selaras pembubaran parlimen - Azhar Azizan
Persidangan Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke-14 yang sebelum ini dijadual bersidang selama 32 hari, dibatalkan selaras dengan pembubaran Parlimen.

Speaker Parlimen Turkiye lakukan kunjungan hormat ke Parlimen
Speaker Parlimen Turkiye Prof Dr Mustafa Sentop mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun.

Laporan Parlimen perlu lebih adil, tepat, elak disensasi - Azhar Azizan
Media perlu lebih memahami peraturan dan perjalanan persidangan Parlimen bagi membolehkan laporan dibuat secara lebih menyeluruh sekali gus menyampaikan mesej yang tepat kepada masyarakat.