PAS Johor akur terhadap sebarang keputusan Majlis Syura Ulama (MSU) berhubung kerjasama masa hadapan parti itu dengan DAP di negeri ini.
Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata majlis itu yang dijangka bermesyuarat tidak lama lagi, menjangkakan keputusan dari mesyuarat tersebut bakal diperolehi dalam masa sebulan.
"Pimpinan PAS Johor nak teruskan dalam Pakatan Rakyat dan kita akan perbaiki kerjasama pimpinan ini.
"Sebelum sebarang keputusan dibuat, kita akan teruskan kerjasama dengan DAP Johor seperti biasa," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Johor yang pertama di ibu pejabatnya di sini petang tadi selepas Muktamar PAS.
Pada 6 Jun, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan sebagai berkata MSU akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan usul Dewan Ulama Pas Pusat untuk memutuskan hubungan dengan DAP dalam masa terdekat.
Abdul Hadi berkata walaupun Muktamar Pas Pusat menerima usul tersebut tanpa dibahas, namun tiada keputusan dibuat dan perkara itu akan diserahkan kepada MSU untuk dibuat penelitian.
Mahfodz, pada masa sama turut menyatakan hasrat untuk bertemu dengan kepimpinan DAP di negeri itu bagi "mengeratkan kembali" hubungan serta membawa kembali keharmonian antara parti-parti dalam pakatan pembangkang itu.
Berhubung dengan kenyataan Pengerusi DAP negeri Liew Chin Tong yang PAS tidak boleh hidup tanpa DAP sekiranya kerjasama antara mereka ditamatkan, Mahfodz berkata kedua-dua parti itu saling bergantung.
"(Tiada kerjasama) dua-dua pun susah. Kita tidak boleh buat keputusan sendiri ikut parti masing-masing.
"Kita (masih) ada Majlis Presiden Pakatan Rakyat dan merekalah yang akan memutuskan (berhubung kerjasama)," kata beliau.
Rabu lepas, Liew berkata parti itu bersedia bekerjasama dengan mana-mana parti sekiranya PAS memilih untuk bersendirian hasil keputusan kepimpinan tertinggi parti itu.
Terdahulu, Mahfodz turut mengumumkan antara barisan kepimpinan baru PAS Johor bagi sesi 2015-2017.
Mahfodz, yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Pusat itu, kembali memimpin barisan PAS negeri selepas kali terakhir memegang Pesuruhjaya PAS Johor dari tempoh 2005 sehingga 2013.
Beliau kembali mengambil alih kepimpinan dari Pesuruhjaya PAS sebelum ini Aminolhuda Hassan yang memimpin bagi sesi 2013-2015.
Bernama
Sun Jun 14 2015
PAS Johor akan teruskan kerjasama dengan DAP Johor seperti biasa sebelum sebarang keputusan dibuat. -Gambar fail
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua DAPSY 2024-2027
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) bagi tempoh 2024-2027.
Perselisihan tidak gambarkan seluruh situasi gabungan dalam Kerajaan - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata dalam mana-mana gabungan dan kerjasama politik, pasti wujud perselisihan antara individu.
SPRM nafi keluar kenyataan penemuan RM94 juta di kediaman bekas menteri
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan membuat kenyataan yang mendakwa bahawa RM94 juta ditemui di kediaman bekas menteri.
'Serangan politik kotor, mahu lagakan kami dalam DAP' - Young Syefura
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menafikan rakaman suara yang tersebar dalam menerusi satu video di laman sosial Facebook seorang pemimpin parti pembangkang adalah diri beliau.
DAP tidak pernah cadang Kerajaan Perpaduan, selesa sebagai pengimbang di Johor - Loke
DAP tidak pernah mencadangkan agar Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di Johor, sebaliknya parti itu selesa memainkan peranan sebagai pengimbang di negeri itu.
Dr Akmal tampil beri keterangan kepada polis, tidak gentar diheret ke mahkamah
Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh hari ini tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin berkaitan laporan polis yang dibuat DAP Sarawak pada 12 Sept.
Steven Sim Pengerusi DAP Pulau Pinang baharu
Bekas Naib Pengerusi DAP, Steven Sim Chee Keong menepati ramalan apabila dipilih menjadi Pengerusi DAP Pulau Pinang baharu pada pemilihan parti itu hari ini.
Kon Yeow seru kepimpinan baharu DAP P.Pinang kekal bersatu, utama kepentingan parti dan rakyat
Beliau mengucapkan terima kasih kepada parti dan perwakilan atas sokongan selama 25 tahun, serta menekankan kejayaan DAP dalam meningkatkan jumlah cawangan dan sokongan rakyat.
PRK Mahkota: PH giat kempen tingkat kesedaran pengundi tunai kewajipan
Terdapat segelintir kecil penduduk tidak sedar PRK sedang berlangsung, menyebabkan jentera mereka membantu pengundi membuat semakan pusat mengundi.
Steven Sim, Lim Hui Ying antara 32 calon jawatankuasa DAP Pulau Pinang
Seramai 32 individu akan bertanding untuk merebut 15 jawatan ahli Jawatankuasa DAP Pulau Pinang bagi penggal 2024/2027 pada Konvensyen Biasa DAP Pulau Pinang, 22 Sept ini.