KUALA LUMPUR: Pembukaan persidangan Parlimen adalah bagi memudahkan proses semak dan imbang yang merupakan sebahagian tanggungjawab Ahli Parlimen.
Menurut penganalisis politik, Mujibu Abd Muis langkah berkenaan itu turut diambil untuk memudahkan urusan kerajaan perundangan dalam negara.
Walaubagaimanapun, isu majoriti kerajaan Perikatan Nasional (PN) antara perkara yang dijangka akan dibangkitkan sekiranya Dewan Rakyat dibenarkan bersidang kelak.
Mujibu turut berkata isu tersebut menjadi perkara asas kepada mana-mana negara yang melaksanakan demokrasi berparlimen.
"Namun, dalam konteks demokrasi berparlimen juga, hal yang berkaitan dengan majoriti ini perlu diselesaikan kerana ia adalah asas kepada 'rule of the game' kepada demokrasi berparlimen," katanya kepada Astro AWANI pada Rabu.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Istana Negara pada Rabu yang menyatakan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai atas nasihat Perdana Menteri.
Mengulas lanjut, Mujibu berkata soal sokongan majoriti kerajaan PN perlu diselesaikan dengan cara yang baik menerusi Parlimen, atau ia mungkin mengheret negara ke Pilihan Raya Umum (PRU).
"Sudah tentu bukan sahaja Ahli Parlimen mahu menyelesaikan perkara ini, kita sebagai rakyat juga mahu melihat ini boleh diselesaikan dengan cepat dan baik sekiranya memerlukan penyelesaian di Parlimen.
"Terdapat kemungkinan juga isu ini akan dibawa kepada PRU yang baharu.
"Ini persoalan-persoalan yang mungkin dilihat selepas Parlimen dibenarkan bersidang kelak," katanya.
BACA: Tindakan BN tarik balik sokongan pada PN ibarat gali kubur sendiri - Penganalisis
Pada Januari lalu, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub menarik balik sokongan ke atas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sementara, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang kekal dalam blok Barisan Nasional (BN) tidak pernah memberi sokongan kepada Muhyiddin selaku Perdana Menteri.
Harits Asyraf Hasnan
Wed Feb 24 2021
Isu majoriti kerajaan Perikatan Nasional antara perkara yang dijangka akan dibangkitkan sekiranya Dewan Rakyat dibenarkan bersidang kelak. - fotoBERNAMA
Kerajaan MADANI: Tiada rakyat dipinggirkan, kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM Anwar
Beliau berkata, ketika ini, kerajaan telah merangka usaha yang jitu untuk memastikan tidak ada rakyat dipinggirkan sama.
Pergaduhan di stesen LRT: enam lagi individu ditahan
Suspek berumur lingkungan 20 hingga 24 tahun ditahan pada petang Selasa di sekitar ibu negara, dan direman selama sehari bermula semalam.
Kotak hitam kedua ditemukan di lokasi nahas pesawat Azerbaijan Airlines
Dua perakam penerbangan telah ditemukan dan akan diserahkan kepada Bahagian Penyiasatan Kemalangan dan Insiden Penerbangan untuk dianalisis.
Vietnam tundukkan Singapura dengan dua gol di lewat masa permainan
Dua gol pasukan pelawat hadir di masa kecederaan separuh masa kedua menerusi penalti Nguyen Tien Linh dan penyudah bijak Nguyen Xuan Son.
TNB komited pastikan bekalan elektrik terjamin dan berterusan menerusi pelaksanaan RP4
TNB memberitahu, sebarang perbezaan dari Januari hingga Jun 2025 akan dibiayai melalui Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE).
Kurang garis panduan jelas berkaitan etika cetus kebimbangan privasi - Pakar
Kebimbangan semakin meningkat terhadap privasi, akauntabiliti dan potensi penyalahgunaan AI.
WHO salur 50 tan bantuan perubatan untuk Syria
Sebuah pesawat kargo yang membawa kit pembedahan trauma dan ubat-ubatan penting tiba di Lapangan Terbang Istanbul pada 4.30 pagi (0130 GMT).
GMS penting untuk pemusatan ASEAN, kata ahli akademik
GMS yang dimulakan oleh Bank Pembangunan Asia pada 1992, terdiri daripada Kemboja, Laos, Myanmar, Thailand, Vietnam serta wilayah Yunnan dan Guangxi di China.
MYMBN gantung sementara eksport sarang burung ke China atas arahan DVS
Penggantungan itu susulan Virus Penyakit Newcastle di Malaysia yang dilaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia.
65 peratus syarikat di Jepun gaji pekerja asing, atasi kekurangan buruh
Pekerja asing diambil bekerja dengan jangkaan mereka akan menunjukkan prestasi yang baik atau lebih baik berbanding kakitangan Jepun.
Saman fitnah terhadap Muhyiddin: Guan Eng fail rayuan, mahu faedah lima peratus
Lim tidak berpuas hati apabila tiada perintah mengenai kadar faedah lima peratus setahun ke atas jumlah pampasan dalam keputusan Hakim Roz Mawar Rozain.
Muhyiddin dapat penangguhan bersyarat, perlu bayar RM400,000 sebelum 31 Dis
Mahkamah Tinggi mengarahkan Muhyiddin membayar sebahagian jumlah penghakiman, iaitu RM400,000 kepada Lim sebelum 31 Dis ini.
Muhyiddin kaya, tiada justifikasi tangguh bayar RM1.402 juta - Guan Eng
Guan Eng memfailkan bantahan di Mahkamah Tinggi berhubung permohonan Muhyiddin untuk menangguhkan bayaran RM1.402 juta kerana memfitnah.
Projek Jana Wibawa: PMO syor lima syarikat termasuk Nepturis - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu PMO telah mengesyorkan lima syarikat termasuk Nepturis Sdn Bhd untuk dinilai bagi pelaksanaan projek di bawah Program Jana Wibawa.
Batu Puteh: Tidak timbul soal PM perlu tanggungjawab secara peribadi atas keputusan Kabinet - Muhyiddin
Muhyiddin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet.
Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM telah dirujuk kepada AGC - Saifuddin Nasution
PDRM telah menjalankan siasatan sebagaimana laporan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Muhyiddin peroleh pasport jumpa pakar kanser pankreas di UK
Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan anak guamnya memohon untuk mendapatkan pasport bermula hari ini hingga 14 Januari depan.
‘Saya akan ketuai Bersatu hingga berjaya tawan Putrajaya pada PRU16’ - Muhyiddin
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau akan kekal mengetuai parti berkenaan sehingga berjaya menawan Putrajaya pada PRU16.
Muhyiddin akui bukan Melayu masih ragu-ragu sokong Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui masyarakat bukan Melayu masih ragu-ragu untuk menyokong parti itu.
Tiada draf kedua MoU peruntukan pembangkang, kalau ikhlas luluskan sahaja - Muhyiddin
Tiada draf memorandum persefahaman (MoU) mengenai peruntukan pembangkang dikemukakan oleh kerajaan setakat ini.