Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel berkata beliau sedang bersiap sedia menghadapi pemilihan presiden parti yang akan diadakan pada Mei depan.
Bagaimanapun, katanya, beliau juga menunggu keputusan semakan kehakiman esok bagi memutuskan tindakan selanjutnya.
"Ya, saya bersiap sedia untuk pemilihan itu. Semakan kehakiman itu adalah ke atas Pendaftar Pertubuhan (RoS). Ia bukan tindakan ke atas cawangan atau bahagian," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Perhubungan MIC Negeri di sini hari ini.
Palanivel dan tiga yang lain memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi membatalkan arahan RoS supaya pemilihan semula beberapa jawatan utama parti diadakan.
Palanivel, bekas setiausaha agung MIC A. Pakas Rao dan dua naib presiden MIC Datuk S. Sothinanthan dan Datuk S. Balakrishnan memfailkan permohonan itu pada 24 Feb di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) melalui Tetuan Arbain & Co.
Mahkamah Tinggi menetapkan 9 Mac untuk mendengar permohonan itu di hadapan Hakim Datuk Asmabi Mohamad.
Palanivel menjelaskan pemilihan parti pada 2013 disokong Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) dalam dua mesyuarat pada 2014, namun pihak-pihak tertentu menimbulkan masalah pada Ogos kerana mendakwa tidak berpuas hati.
"Malah mesyuarat CWC yang berlangsung di ibu pejabat dianggap menyalahi undang-undang. Malah lebih teruk lagi RoS menghadiri mesyuarat itu dan ini tidak sepatutnya berlaku," katanya.
Mengenai kempennya, Palanivel berharap beliau akan mendapat kemenangan besar dan berjanji untuk meneruskan usaha meningkatkan mutu pendidikan, peluang niaga, dan politik bagi masyarakat India.
Lebih daripada 500 ketua cawangan menghadiri perjumpaan tiga jam itu.
Krisis dalaman MIC bermula selepas pemilihan bagi tiga jawatan naib presiden dan 23 kerusi anggota CWC semasa Perhimpunan Agung parti pada November 2013 dan diisytiharkan sebagai tidak sah dan terbatal oleh RoS, berikutan dakwaan penyelewengan.
RoS juga mengarahkan pemilihan semula diadakan bagi jawatan-jawatan itu dalam tempoh 90 hari.
Pada 14 Feb, Palanivel meminta RoS menarik balik semua arahan terhadap MIC kerana mendakwa ia bertentangan dengan Akta Pertubuhan dan perlembagaan parti itu dan mengancam untuk mengheret RoS ke mahkamah.
Bernama
Mon Mar 09 2015

Palanivel (gambar) berkata beliau bersiap sedia menghadapi pemilihan presiden parti yang akan diadakan pada Mei depan. -Gambar fail

Touch n Go eWallet perkenal Parkir LPR, bayar parkir automatik melalui pengecaman nombor plat
Ia memudahkan pengguna untuk memasuki kawasan parkir kenderaan dan keluar dengan mudah, tanpa perlu menyentuh kad pada terminal.
[TERKINI] Ismail Sabri sambung beri keterangan kepada SPRM hari ini
Kita ikuti dahulu perkembangan dari Putrajaya bersama rakan setugas, Faida Rahim di mana bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini akan menyambung sesi memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sebahagian daripada proses siasatan yang sedang berlangsung.

'Hasrat Tengku Zafrul bersifat peribadi, bukan petanda perpecahan UMNO'
Ahmad Marthada berkata, langkah itu juga tidak menjejaskan kestabilan parti kerana Tengku Zafrul bukan antara pemimpin berpengaruh dalam UMNO.

Seluruh England: Pasangan Korea Selatan sekat kemaraan Sze Fei-Nur Izzuddin ke suku akhir
Pasangan profesional yang juga pilihan kedua itu gagal ke suku akhir selepas tewas kepada Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [14 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad dan Afiezy Azaman
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini

Zelenskyy kecam kenyataan ‘manipulatif’ Putin mengenai gencatan senjata
Putin sebetulnya sedang "bersedia untuk menolak" tetapi takut untuk menyatakannya kepada Presiden Trump bahawa beliau mahu meneruskan perang, dakwa Zelenskyy.

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.

Premis haram: PBT digesa perketat undang-undang
Langkah itu perlu bagi mengelak tragedi yang meragut nyawa pelajar dan guru Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah berulang.

Palanivel bersiap sedia hadapi pemilihan presiden pada Mei
Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel berkata beliau sedang bersiap sedia menghadapi pemilihan presiden parti yang akan diadakan pada Mei depan.