Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) menguatkuasakan undang-undang dengan lebih tegas terhadap mana-mana bangunan atau premis yang beroperasi secara haram, khususnya institusi pendidikan.
Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan MTUC negeri, N. Balakrishnan berkata, PBT di seluruh negara juga wajib membuat pemeriksaan secara berkala terhadap semua bangunan yang ada di negeri masing-masing, terutamanya yang dijadikan asrama atau tempat penginapan.
Katanya, laporan berita sebelum ini mendedahkan kebanyakan bangunan persendiran yang digunakan untuk pendidikan agama tidak mempunyai sijil kelayakan menduduki.
Tegasnya, langkah itu perlu bagi mengelak tragedi yang meragut nyawa pelajar dan guru Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah berulang.
“Kita tak boleh tunggu sehingga orang buat laporan, kita perlu buat pemantauan demi keselamatan.
“Di sekolah, perlu diberi keutamaan terutamanya laluan menyelamatkan diri. Mereka perlu diberi latihan bagaimana untuk melepaskan diri, di mana untuk berhimpun. Latihan kecemasan harus diberi,” kata Balakrishnan.
Katanya lagi, pihaknya dimaklumkan bangunan-bangunan yang dibina kebanyakannya sudah beroperasi terlalu lama dan di antaranya beroperasi secara haram berikutan masih tidak mempunyai sijil kelayakan menduduki.
Namun pihaknya hairan mengapa tiada sebarang tindakan diambil terhadap pemilik yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan PBT.
Tambahnya, Seksyen 70 (1), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 jelas menyatakan tiada seorang pun boleh mendirikan sesuatu bangunan tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pihak berkuasa tempatan.
Justeru, pihaknya mahu perihal keselamatan bangunan yang menempatkan pelajar diberi keutamaan dan berharap pihak PBT mengambil langkah proaktif untuk mengatasinya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di pejabat MTUC di Taman Inderawasih di sini, pada Isnin.
Dalam kejadian awal pagi Khamis lalu, 21 pelajar dan dua guru Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah maut dalam kebakaran ekoran gagal menyelamatkan diri berikutan struktur bangunan yang hanya mempunyai satu pintu.
Difahamkan, dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, hampir 29 kes kebakaran membabitkan sekolah tahfiz berlaku di seluruh negara dan kebanyakannya tidak mempunyai sijil layak menduduki.
Astro Awani
Mon Sep 18 2017

BALAKRISHNAN: Kita tak boleh tunggu sehingga orang buat laporan, kita perlu buat pemantauan demi keselamatan. -Astro AWANI

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri bantuan khas kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.

Premis haram: PBT digesa perketat undang-undang
Langkah itu perlu bagi mengelak tragedi yang meragut nyawa pelajar dan guru Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah berulang.

Palanivel bersiap sedia hadapi pemilihan presiden pada Mei
Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel berkata beliau sedang bersiap sedia menghadapi pemilihan presiden parti yang akan diadakan pada Mei depan.