GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang akan melantik 'Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) angkat' susulan pengosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Jaya, Sungai Acheh, Bertam, dan Teluk Bahang.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata tindakan diambil supaya kesemua 'ADUN angkat' itu menguruskan keempat-empat kawasan berkenaan dalam tempoh kekosongan.
"Ekoran pengosongan ini, kerajaan negeri telah mengambil tindakan untuk membolehkan pelantikan ADUN angkat yang terdiri daripada beberapa ADUN untuk mengurus kawasan berkenaan.
"Tindakan juga diambil supaya rakyat dan pengundi tidak berasa terpinggir serta mendapat pembelaan dan dijaga oleh kerajaan negeri dengan peruntukan yang sama di kawasan masing-masing," katanya pada persidangan DUN Pulau Pinang hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Lim Guan Eng (PH-Air Putih) berkenaan tindakan kerajaan Pulau Pinang untuk menjaga empat kawasan DUN terlibat.
Sementara itu, menjawab soalan tambahan Lim berkenaan dakwaan ketua pembangkang Parlimen dan Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin bahawa tindakan meluluskan usul mengosongkan kerusi empat ADUN adalah penyalahgunaan kuasa, Chow berkata kenyataan berkenaan adalah penghinaan kepada Mahkamah Persekutuan dan Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.
DUN Pulau Pinang semalam telah membahaskan dan meluluskan usul bagi mengisytiharkan pengosongan empat kerusi ADUN yang terdiri daripada ahli Bersatu iaitu Dr Afif Bahardin (Seberang Jaya); Zulkfili Ibrahim (Sungai Acheh); Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bertam) dan Zolkifly Md Lazim (Teluk Bahang).
Keempat-empat mereka meninggalkan bangunan DUN kira-kira pukul 1 tengah hari selepas diarahkan berbuat demikian oleh Speaker DUN Datuk Law Choo Kiang sebaik sahaja usul itu mendapat sokongan majoriti ADUN.
Law turut memaklumkan bahawa sesuatu kekosongan luar jangka tidak boleh diisi memandangkan DUN akan terbubar kurang daripada dua tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 07 2023
![P.Pinang akan lantik 'ADUN angkat' susulan pengosongan kerusi empat ADUN P.Pinang akan lantik 'ADUN angkat' susulan pengosongan kerusi empat ADUN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71672662625_TBCHOW.jpg)
Chow Kon Yeow berkata tindakan diambil supaya kesemua 'ADUN angkat' itu menguruskan keempat-empat kawasan berkenaan dalam tempoh kekosongan. -Gambar fail/Bernama
Olimpik: Misi tersendiri atlet Palestin
Vallerie Tarazi menegaskan matlamat utamanya adalah mewakili jutaan rakyat Palestin yang tidak dapat bersuara.
Ikan paus jarang ditemui terdampar di New Zealand
Ia dipercayai ikan paus yang dikenali dengan nama spade-toothed whale.
Parti pimpinan Imran Khan diharamkan di Pakistan
Tehreek E-Insaf (PTI) iaitu parti yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri Pakistan yang dipenjara, Imran Khan diharamkan oleh kerajaan negara itu. Keputusan itu seperti yang dinyatakan oleh Menteri Komunikasi dan Maklumat, Ataullah Tarar pada isnin.
KP Sharma Oli angkat sumpah sebagai PM Nepal
Khadga Prasad Sharma Oli, pengerusi Parti Komunis Nepal (Unified Marxist Leninist) (CPN-UML), mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Nepal yang baharu pada Isnin. Beliau yang berusia 72 tahun melaksanakan ikrar di hadapan Presiden Ram Chandra Poudel, sekali gus menjadikan beliau empat kali memegang jawatan itu sepanjang penglibatannya dalam politik Nepal.
Keputusan Speaker: Kuasa speaker tidak diperjelas - Penganalisis
Kelompangan yang sangat jelas ketika ini ialah akta tersebut tidak menjelaskan dengan jelas bahawa kuasa speaker adalah secara pentadbiran sahaja dan bukan bertindak sebagai hakim.
![Pembersihan runtuhan di Gaza akibat serangan Israel makan masa 15 tahun - Agensi PBB Pembersihan runtuhan di Gaza akibat serangan Israel makan masa 15 tahun - Agensi PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713584546_KhanYounis.jpg)
Pembersihan runtuhan di Gaza akibat serangan Israel makan masa 15 tahun - Agensi PBB
UNRWA berkata pemindahan sisa perang di Gaza akan memerlukan lebih daripada 100 lori dan kos melebihi AS$500 juta.
Keputusan Speaker: Parlimen perlu dipertanggungjawabkan - Penganalisis
Parlimen perlu dipertanggungjawabkan kerana menggubal satu undang-undang yang lompang dan lemah untuk dicabar mana-mana pihak.
Pameran WIPO promosi industri kreatif dan produk harta intelek ASEAN
Malaysia amat komited untuk terus mengembangkan potensi harta intelek sebagai pemangkin dan enjin utama pertumbuhan negara.
39,019 warganegara didaftar automatik pemilih baharu
Seramai 39,019 orang warganegara berumur 18 tahun dan ke atas didaftarkan automatik sebagai pemilih baharu dalam daftar pemilih tambahan bulan Mei tahun 2024 (DPT BLN5/2024) dalam tempoh 1 hingga 31 Mei lepas.
Bursa, PRIBUMI lancar indeks zakat pertama di dunia
Bursa Malaysia dan PRIBUMI melancarkan PRIBUMI Bursa Malaysia Zakat Index (PBMZI) untuk mengiktiraf syarikat tersenarai yang membayar zakat. Indeks ini mengandungi 27 konstituen dari pelbagai sektor. PBMZI bertujuan menggalakkan lebih banyak sumbangan zakat daripada syarikat tersenarai.
![Kon Yeow akui tidak tahu senarai darjah kebesaran Pulau Pinang bocor Kon Yeow akui tidak tahu senarai darjah kebesaran Pulau Pinang bocor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720942784_ChowKonYeowKetua.jpg)
Kon Yeow akui tidak tahu senarai darjah kebesaran Pulau Pinang bocor
Chow Kon Yeow berkata, beliau hanya mengetahui perkara itu setelah diajukan soalan oleh wartawan pada Ahad.
![PRK Sungai Bakap: Chow harap peratusan keluar mengundi melebihi 65 peratus PRK Sungai Bakap: Chow harap peratusan keluar mengundi melebihi 65 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720239804_tbChowKonYeow.jpg)
PRK Sungai Bakap: Chow harap peratusan keluar mengundi melebihi 65 peratus
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berharap peratusan keluar mengundi bagi PRK Sungai Bakap hari ini melebihi 65 peratus.
![Kerajaan Pulau Pinang mohon maaf masalah air di Sungai Bakap Kerajaan Pulau Pinang mohon maaf masalah air di Sungai Bakap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719724186_ChowKonYeow.jpg)
Kerajaan Pulau Pinang mohon maaf masalah air di Sungai Bakap
Chow Kon Yeow menegaskan kerajaan negeri tidak menganaktirikan sesiapapun dan memohon maaf kepada penduduk Sungai Bakap yang berdepan masalah air sejak lebih enam tahun lalu.
![PM harap pembangunan berteknologi tinggi tidak lupa aspek alam sekitar, budaya PM harap pembangunan berteknologi tinggi tidak lupa aspek alam sekitar, budaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719638601_tbAnwarIbrahim.jpg)
PM harap pembangunan berteknologi tinggi tidak lupa aspek alam sekitar, budaya
Perdana Menteri Dberharap pembangunan baharu yang berteknologi tinggi seperti projek Kereta Kabel Bukit Bendera, tidak melupakan soal alam sekitar dan budaya setempat dalam seni benanya.
![Kerajaan Pulau Pinang pilih jajaran LRT terbaik Kerajaan Pulau Pinang pilih jajaran LRT terbaik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718018430_ChowKonYeowKetua.jpg)
Kerajaan Pulau Pinang pilih jajaran LRT terbaik
Chow Kon Yeow berkata, kerajaan negeri telah menghantar surat kepada Kementerian Pengangkutan dua minggu lalu untuk mengesahkan persetujuan terhadap jajaran yang dicadangkan.
![Chow jumpa Anwar esok bincang Projek Air Perak-Pulau Pinang Chow jumpa Anwar esok bincang Projek Air Perak-Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718274803_ChowKonYeowKetua.jpg)
Chow jumpa Anwar esok bincang Projek Air Perak-Pulau Pinang
Ketua Menteri Chow Kon Yeow akan mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan Projek Air Perak-Pulau Pinang.
![Dakwaan Sanusi Pulau Pinang pilih kasih agih air ‘mirip hasutan, perkauman’ - Fahmi Dakwaan Sanusi Pulau Pinang pilih kasih agih air ‘mirip hasutan, perkauman’ - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713884221_TBFAHMISANUSI.jpg)
Dakwaan Sanusi Pulau Pinang pilih kasih agih air ‘mirip hasutan, perkauman’ - Fahmi
Menteri Komunikasi membidas kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mendakwa wujud diskriminasi dalam agihan bekalan air kepada penduduk Pulau Pinang.
![Pemulangan cukai: Pulau Pinang akan hantar permohonan rasmi kepada Anwar Pemulangan cukai: Pulau Pinang akan hantar permohonan rasmi kepada Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718018430_ChowKonYeowKetua.jpg)
Pemulangan cukai: Pulau Pinang akan hantar permohonan rasmi kepada Anwar
Pulau Pinang akan menghantar surat permohonan rasmi kepada Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai cadangan mengembalikan 20 peratus hasil kutipan cukai kepada negeri.
![Pulau Pinang tolak tawaran Muhammad Sanusi Pulau Pinang tolak tawaran Muhammad Sanusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717975521_tbisuair.jpg)
Pulau Pinang tolak tawaran Muhammad Sanusi
Sebaliknya, Chow mengingatkan Muhammad Sanusi agar terlebih dahulu menjaga negerinya yang masih banyak kawasan berdepan masalah bekalan air.
![PRK: PKR kekal bertanding di DUN Sungai Bakap PRK: PKR kekal bertanding di DUN Sungai Bakap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717411531_PKRSungaiBakap.jpg)
PRK: PKR kekal bertanding di DUN Sungai Bakap
PRK: PKR kekal bertanding di DUN Sungai Bakap