Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili telah diamanahkan oleh majlis tertinggi parti untuk menjalankan tugas presiden parti berkuatkuasa serta-merta.
Setiausaha Agung PBS Datuk Johnny Mositun dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata keputusan itu dibuat atas permintaan presiden parti Tan Sri Joseph Pairin Kitingan ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi parti di sini.
Bagaimanapun, Mositun berkata Pairin akan kekal sebagai Presiden PBS sehingga tempoh penggal parlimen dan dewan undangan negeri sekarang berakhir.
"Beliau akan terus menjalankan tugasnya (sebagai Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah) dan tugasan berkaitan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain sehingga tempoh penggal berakhir," kata Mositun.
Beliau berkata, Ongkili, yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, akan menyelia semua perkara parti termasuk hal ehwal dan pengurusan bahagian, cawangan dan ibu pejabat parti.
"Ini adalah sebahagian daripada langkah persediaan dalam rancangan penggantian kepimpinan parti.
"Dalam ucapannya, presiden Parti (Pairin) menggesa pemimpin parti di semua peringkat untuk bekerjasama, terus bersatu dan berusaha keras untuk mengukuhkan parti dan memastikan kemenangan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.
Bernama
Fri Jul 29 2016

Ongkili, yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, akan menyelia semua perkara parti termasuk hal ehwal dan pengurusan bahagian, cawangan dan ibu pejabat parti. - Gambar fail

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Program Outreach Vaksinasi di pedalaman Kota Marudu berjalan lancar
Kumpulan doktor, jururawat dan sukarelawan di bawah pengawasan Jabatan Kesihatan Negeri turun padang ke kampung-kampung di pedalaman termasuk di kawasan Sonsogon di daerah Kota Marudu.

PBS mahu pertahan semua kerusi tradisionalnya dalam PRU-14
Parti Bersatu Sabah (PBS) akan mempertahankan semua kerusi tradisionalnya yang diperuntukkan, dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

Ongkili jalankan tugas presiden PBS berkuatkuasa serta-merta
Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili akan menjalankan tugas presiden parti berkuatkuasa serta-merta.

Penstrukturan semula air Selangor akan dimuktamad pada Selasa
Majlis itu akan diadakan di Shah Alam di antara Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) dan 0Air Selangor bagi memetrai empat perjanjian.

Perjanjian Induk urusan penstrukturan semula industri air dihidupkan kembali
Kerajaan bersetuju menyelesaikan urusan penstrukturan semula industri bekalan air Selangor dengan menghidupkan kembali Perjanjian Induk.