Senator Tan Sri S. Nallakaruppan merasakan dirinya dikhianati dan kecewa selepas bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memintanya menarik diri daripada bertanding jawatan naib presiden PKR dan dalam pilihan raya kecil Ijok pada 2007, Mahkamah Tinggi diberitahu pada Khamis.
"Dalam pilihan raya kecil pada 28 April, 2007 di Ijok, saya sepatutnya bertanding mewakili PKR. Bagaimanapun, saya dipinggirkan secara tidak adil untuk memberi laluan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai calon," katanya semasa disoal peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
Nallakaruppan memberi keterangan sebagai saksi kelima pihak pendakwaan pada hari ketiga perbicaraan kes saman fitnah RM100 juta difailkan Anwar, terhadap Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
Nallakaruppan, 69, yang juga pengasas dan presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) berkata sebelum itu, Anwar menyokongnya untuk menjadi calon pilihan raya kecil Ijok tetapi pada saat-saat akhir sebelum hari penamaan calon, Anwar telah memintanya menarik diri.
Kepada soalan lain Muhammad Shafee, katanya beliau menduduki ranking kedua tertinggi sebelum Anwar memberitahunya supaya tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Ijok.
Nallakaruppan berkata sebelum beliau keluar parti, dirinya telah diminta oleh Anwar untuk tidak bertanding jawatan naib presiden parti pada 26 Mei, 2007, untuk memberi laluan kepada "calon pilihannya" yang juga "pilihan pertama", Azmin Ali.
Katanya beliau tiada pilihan selain mematuhi arahan Anwar.
"Oleh itu, saya menyerahkan surat penarikan diri saya pada 18 Mei, 2007. Susulan itu, saya keluar parti," katanya dan menurutnya beliau merasakan dirinya telah dikhianati dan kecewa pada waktu itu.
Nallakaruppan berkata beliau telah berkawan dengan Anwar selama lebih 34 tahun, sehingga hari ini.
"Saya diperkenalkan kepada plaintif (Anwar) oleh seorang daripada pemimpin MIC pada 1980, mendiang Datuk K. Pathmanaban dan Datuk Gurdial Singh dan kami (plaintif dan saya) selalu bermain tenis bersama-sama.
"Semasa saya menyertai PKR pada 2006, saya percaya dengan keupayaan plaintif untuk menerajui negara dan ia mengambil masa setahun untuk saya menyedari impian PKR hanya untuk memenuhi kepentingan peribadi penasihat dan pemimpinnya, iaitu plaintif," katanya.
Nallakaruppan berkata beliau kenal Khairy secara peribadi menerusi kalangan orang politik dan mereka bertemu selepas dirinya (Nallakaruppan) meninggalkan PKR.
Pada 7 Mac, 2008, Anwar memfailkan saman terhadap Khairy dan menuntut RM100 juta sebagai ganti rugi, mendakwa Khairy yang ketika itu ialah naib ketua Pemuda UMNO telah mengeluarkan perkataan memfitnah terhadapnya dalam ceramah di Lembah Pantai di sini pada 20 Feb, 2008.
Anwar mendakwa perkataan memfitnah dan klip video bertajuk 'Anwar and kin no threat' telah dimuat naik dalam beberapa laman web termasuk Malaysiakini.
Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Azizul Azmi Adnan bersambung Jumaat.
Bernama
Thu Sep 22 2016
Nallakaruppan merasakan dirinya dikhianati - Gambar fail
Empat lelaki ditahan disyaki terbabit sindiket sebar SMS palsu guna BTS
Polis percaya berjaya melumpuhkan sindiket penipuan dalam talian yang aktif menyebarkan mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu menggunakan teknologi Base Transceiver Station (BTS).
Penjawat awam perlu bersatu hati, sama-sama angkat martabat perkhidmatan - KSN
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mahu semua penjawat awam bersatu hati dan bersama-sama mengangkat martabat perkhidmatan awam.
Ringgit susut selepas Trump umum tarif baharu kepada Mexico, Kanada
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS hari ini selepas presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bercadang mengenakan tarif baharu ke atas import dari Mexico dan Kanada.
Pelajar tahfiz ditemukan lemas di tali air di Bachok
Muhammad Syamil Saniran, 14, ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira tiga meter.
Ancaman siber semakin kompleks, perlu tindakan bersama - Gobind
Ancaman yang sering kali kompleks dan berkembang dengan pantas memerlukan tindakan kolektif antara pihak industri dan kerajaan.
AWANI 7:45 [26/11/2024] – Risiko banjir besar hujung tahun | Ramai tak bayar bil elektrik | Bunuh, simpan mayat ibu | Tak cukup syarat nikah
- Luruan monsun hingga hujung bulan, hujan sangat lebat, angin kencang, kaut bergelora
- Tunggakan bil elektrik seluruh negara cecah RM1 bilion, lebih 600,00 akaun dipotong
- Pastor didakwa bunuhm simpan mayat ibu dalam peti sejuk sejak tiga tahun lalu
- Perkahwinan bintang sensasi Indonesia, Rizky-Mahalini tidak sah
- Tunggakan bil elektrik seluruh negara cecah RM1 bilion, lebih 600,00 akaun dipotong
- Pastor didakwa bunuhm simpan mayat ibu dalam peti sejuk sejak tiga tahun lalu
- Perkahwinan bintang sensasi Indonesia, Rizky-Mahalini tidak sah
APM Kelantan tangkap ular sawa batik seberat 50 kg
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan menangkap seekor ular sawa batik seberat 50 kilogram di Kampung Baru Star, di sini semalam.
AWANI Ringkas: PAGS | Pemilikan Rumah | Pelaburan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agenda AWANI: Selangor dinamik | Cita sempurna Malaysia MADANI
Apakah fokus dan strategi Kerajaan Negeri Selangor dalam mengurus dan meneruskan pembangunan memacu agenda ekonomi negeri serta meningkat kesejahteraan rakyat? Ikuti temubual mengenai Belanjawan Negeri Selangor 2025 bersama Datuk Seri Amirudun Shari, Menteri Besar Selangor dalam Agenda AWANI 9.00 malam ini.
#AWANIRingkas 26 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 26 November 2024
1️⃣ Fasiliti terbaharu pastikan keselamatan penumpang
2️⃣ Pelaksanaan skim RTO diteruskan - Kor Ming
3️⃣ Lawatan PM ke Korea raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
#awaniringkas
1️⃣ Fasiliti terbaharu pastikan keselamatan penumpang
2️⃣ Pelaksanaan skim RTO diteruskan - Kor Ming
3️⃣ Lawatan PM ke Korea raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
#awaniringkas
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM Anwar
Malaysia telah meminta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatkan.
Sanusi kata ada komplot gagalkan pelaburan, saya tetap sokong Hyundai masuk ke Kedah – PM
Perdana Menteri menegaskan adalah keputusannya untuk membawa masuk pelaburan syarikat permotoran gergasi Korea Selatan, Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Malaysia kutuk ujian peluru berpandu Korea Utara – PM Anwar
Malaysia mengutuk ujian peluru berpandu balistik yang dijalankan oleh Korea Utara pada 31 Oktober lalu.
Lawatan kerja ke Korea Selatan berjaya raih potensi pelaburan RM32.8 bilion - PM Anwar
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Perdana Menteri sampai sumbangan khas kepada mangsa banjir di Melaka
Sumbangan disampaikan oleh Setiausaha Politik Kanan beliau, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada satu majlis di Tanjung Minyak.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
Anwar bertemu pemimpin perniagaan terkemuka Korea Selatan hari ini
Perbincangan berkenaan selaras dengan strategi Malaysia untuk mendapatkan pelaburan 'bernilai tinggi, pertumbuhan tinggi' daripada Republik Korea.
Lawatan kerja PM: Malaysia dalam misi yakinkan Hyundai, OCI tingkatkan pelaburan
Perdana Menteri mengadakan pertemuan tertutup bersama konglomerat Korea yang terdiri daripada syarikat Hyundai Motor dan OCI Holdings.
FTA Malaysia-Korea akan dimuktamadkan tahun depan - PM
Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia-Korea akan dimuktamadkan pada tahun depan, dengan komitmen daripada kedua-dua negara untuk menyegerakan sebarang rundingan tertangguh.