Muktamar Pemuda PAS Malaysia ke-55 malam ini kecoh apabila beberapa perwakilan membangkitkan isu pemilihan pimpinan tahun lalu tidak sah.
Bantahan tersebut dinyatakan apabila lima kawasan di Johor tidak diiktiraf dan perwakilannya dibenarkan mengambil bahagian dalam pengundian tahun lalu.
Antara kawasan yang dikatakan tidak diiktiraf adalah Sembrong, Pengerang, Labis, dan Kulai.
Kekecohan itu timbul ketika sesi pembentangan laporan tahunan dan kewangan Muktamar PAS ke-54 yang diadakan di Dewan Siviks Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Perwakilan Pemuda PAS Shah Alam yang membangkitkan perkara berkenaan dan menyatakan kebimbangan jika PAS berkemungkinan diharamkan pendaftaran mereka oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) kerana laporan yang tidak lengkap.
Kebimbangan perwakilan Pemuda PAS Shah Alam itu mendapat sokongan dari perwakilan Sabak Bernam.
"Setuju atau tidak pemilihan lepas adalah pemilihan tidak sah," kata Mohd Labib Abd Jalil, perwakilan pemuda PAS Sabak Bernam.
Disebabkan kekecohan itu, Pengerusi Tetap Perwakilan Pemuda PAS Kamal Ashaari menangguhkan sidang muktamar selama 10 minit untuk mendapatkan nasihat kepimpinan yang lebih tinggi.
"Saya memohon kepada semua untuk membawa kepada pihak atasan, malah bawa kepada Majlis Syura Ulama.
"Saya mohon beri mandat kepada saya untuk bawa ke peringkat atasan untuk menyiasat dakwaan yang dibangkitkan malam ini, mereka yang ada autoriti buat keputusan.
"Saya akan bawa malam ini kepada kepimpinan atasan, tidak tunggu esok, lusa. Kita tidak ada autoriti.
"Kalau diputuskan kita perlu untuk mengadakan pemilihan semula, kita akan adakan muktamar khas untuk mengadakan pemilihan semula.
"Saya juga sayangkan parti ini dan tidak mahu diharamkan," katanya dalam keadaan sebak.
Kamal kemudiannya dikejarkan ke hospital akibat sesak nafas selepas perwakilan bersetuju meneruskan agenda perbahasan ucapan dasar Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat.
Irwan Muhammad Zain
Tue Sep 16 2014

Disebabkan kekecohan itu, Pengerusi Tetap Perwakilan Pemuda PAS Kamal Ashaari menangguhkan sidang muktamar selama 10 minit. Astro AWANI /SHAHIR OMAR

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Muktamar Pemuda PAS kecoh, pengerusi tetap dikejar ke hospital
Muktamar Pemuda PAS Malaysia ke-55 malam ini kecoh apabila beberapa perwakilan membangkitkan isu pemilihan pimpinan tahun lalu tidak sah.