KUALA TERENGGANU: PAS perlu memberi peluang dan menampilkan lebih ramai calon wanita dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Dr Rosni Adam.
Beliau berkata cadangan itu bukan sahaja untuk meraih perhatian dan sokongan pengundi wanita yang hampir 50 peratus, tetapi juga membolehkan golongan itu berjuang dengan cara tersendiri.
"Kita lihat calon wanita dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hanya seorang daripada lapan calon, hanya 12.5 peratus.
"Saya yakin insya-Allah, dalam PRU15 nanti peratus ini akan bertambah. Berilah kami peluang untuk membantu memperjuangkan agama Allah ini melalui gerakan wanita, sebab kita tahu hampir 50 peratus pengundi di luar sana adalah wanita tidak kira umur," katanya ketika berucap dalam sesi penggulungan di Muktamar Tahunan PAS Kali ke-67 di sini, hari ini.
Dr Rosni berkata sekiranya PAS mahu meletakkan calon wanita muda, pihaknya sedia bekerjasama dan akan menampilkannya mengikut kriteria yang ditetapkan.
"Nak calon wanita muda, kita boleh bagi calon wanita muda. Kita yang berumur ini boleh berundur jika nak muka-muka segar...kerana tangan yang menghayun buaian mampu mempertahankan Malaysia," katanya yang kemudiannya mendapat tepukan gemuruh daripada perwakilan lain.
Muktamar PAS bertemakan Islam Menyatukan Ummah berlangsung dua hari bermula semalam, dan diadakan secara hibrid dengan 694 daripada 1,546 perwakilan hadir secara fizikal, manakala selebihnya secara maya.
Perwakilan negeri berada di negeri masing-masing kecuali perwakilan dari Terengganu, Kelantan dan Pahang, serta kesemua 197 Yang Dipertua PAS kawasan yang hadir secara fizikal.
Sementara itu, dalam sesi sama Ketua Dewan Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari berkata semua pihak tidak seharusnya mempertikaikan hala tuju hubungan PAS bersama Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN), yang telah diputuskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Keadaan hari ini bukan masanya untuk berteka teki dengan hala tuju. Kita dalam lautan bergelombang. Bagi mandat kepada Presiden. Tidak perlu ramai bercakap tentang hala tuju parti. Bagi kepercayaan kepada satu nahkoda untuk kemudi, sebab beliau tahu di manakah ikan jerung dan taufan.
"Kalau semua nak jadi jururunding. Bimbang ada yang akan jual nama parti kepada pihak lain. Bagi mandat pada Majlis Syura dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat," katanya.
Ahmad Fadhli berkata ketika negara dilanda gelombang politik, PAS menjadi satu-satunya parti yang menonjolkan integriti tinggi, dengan tidak melompat ke parti lain.
Disebabkan itu beliau mencadangkan supaya perwakilan dan pemimpin PAS terus mempertahan serta 'turun padang' di kawasan masing-masing, terutama dalam mendekati golongan muda.
"Kita mesti terima hakikat pada PRU15 bermula dari umur 18 tahun. Kita akan beri fokus untuk mereka dan perlu ada agenda sesuai, sama ada lelaki atau perempuan. Kita mesti rancang program yang jelas untuk tarik mereka," katanya.
Sementara itu Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Senator N. Bala Subramaniam mengingatkan pemimpin dan ahli, supaya terus berwaspada dengan maklumat yang diperolehi bagi mengelak salah faham.
"Maklumat yang diperoleh perlu diselidik kesahihannya terlebih dahulu sebelum disebarkan kepada pihak lain, perlu berhati-hati. Tujuan saya membawa perkara ini adalah kerana kepesatan dunia media sosial yang memungkinkan berlaku salah faham dan membawa keruntuhan parti PAS, pada masa akan datang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 07 2021
![Muktamar Pas: Perlu beri peluang lebih ramai muslimat jadi calon PRU Muktamar Pas: Perlu beri peluang lebih ramai muslimat jadi calon PRU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81636261168_MuktamarTahunanPAS.jpg)
Muktamar Pas berlangsung dua hari bermula semalam dan diadakan secara hibrid dengan 694 daripada 1,546 perwakilan hadir secara fizikal, manakala selebihnya secara maya. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Abdul Hadi kekal Presiden Pas Abdul Hadi kekal Presiden Pas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71697954745_TanSriAbdulHadiA.jpg)
Abdul Hadi kekal Presiden Pas
Ahli Parlimen Marang Tan Sri Abdul Hadi Awang kekal sebagai Presiden Pas selepas diumumkan menang tanpa bertanding dalam pemilihan jawatankuasa tertinggi parti itu bagi sesi 2023-2025.
!['Sanusi memang cerdik', Mursyidul Am Pas puji Menteri Besar Kedah 'Sanusi memang cerdik', Mursyidul Am Pas puji Menteri Besar Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-03/71551884376_TBHashimJasin.jpg)
'Sanusi memang cerdik', Mursyidul Am Pas puji Menteri Besar Kedah
Sebelum ini, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin menegur dan meminta Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor agar menjaga percakapan.
![Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71669763046_PerikatanNasional.jpg)
Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.
![Ahli Pas tidak pernah diajar minta bayaran, habuan - Ketua Pemuda Pas Ahli Pas tidak pernah diajar minta bayaran, habuan - Ketua Pemuda Pas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51697945470_AfnanHamimi.jpg)
Ahli Pas tidak pernah diajar minta bayaran, habuan - Ketua Pemuda Pas
Ahli Pas tidak pernah diajar meminta bayaran atau mendapat habuan daripada perjuangan.
![Mahu atau tidak, kerajaan ini mesti ditumbangkan - Sanusi Mahu atau tidak, kerajaan ini mesti ditumbangkan - Sanusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71697945270_sanusi.jpg)
Mahu atau tidak, kerajaan ini mesti ditumbangkan - Sanusi
Katanya, persempadanan semula kawasan pilihan raya tidak boleh memberikan kelebihan kepada parti di bawah Kerajaan Perpaduan.
![Nahas Muslimat Pas: Ibu bangga Nurul Najihah berbakti sehingga akhir hayat Nahas Muslimat Pas: Ibu bangga Nurul Najihah berbakti sehingga akhir hayat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61697863203_Ibu.jpg)
Nahas Muslimat Pas: Ibu bangga Nurul Najihah berbakti sehingga akhir hayat
Mashitah Shafie reda terima pemergian anak sulung dalam nahas jalan raya ketika sedang membantu mangsa kemalangan lain.
![Nahas tiga Muslimat Pas: Pemandu kereta ditahan Nahas tiga Muslimat Pas: Pemandu kereta ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51697861397_Kemalangan.jpg)
Nahas tiga Muslimat Pas: Pemandu kereta ditahan
Lelaki berusia 30 tahun itu ditahan ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mualim bagi memberi keterangan.
![Tiga ahli Muslimat Pas maut nahas dalam perjalanan pulang dari muktamar Tiga ahli Muslimat Pas maut nahas dalam perjalanan pulang dari muktamar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41697801856_Kemalangan.jpg)
Tiga ahli Muslimat Pas maut nahas dalam perjalanan pulang dari muktamar
Tiga ahli Muslimat Pas yang dalam perjalanan pulang selepas menghadiri Muktamar Pas meninggal dunia selepas terlibat dalam nahas di Tanjung Malim.
![Tun Mahathir calon PRK Kemaman? Tidak, kata Abdul Hadi Tun Mahathir calon PRK Kemaman? Tidak, kata Abdul Hadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51697783074_TunM.jpg)
Tun Mahathir calon PRK Kemaman? Tidak, kata Abdul Hadi
Bagaimanapun, Abdul Hadi berkata Pas masih dalam perbincangan untuk memuktamadkan calon bagi PRK Kemaman.
![Muktamar Pas: Penyatuan ummah tak jejas hak bukan Melayu - Abdul Hadi Muktamar Pas: Penyatuan ummah tak jejas hak bukan Melayu - Abdul Hadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51693134884_HadiAwang.jpg)
Muktamar Pas: Penyatuan ummah tak jejas hak bukan Melayu - Abdul Hadi
Ini termasuk, katanya mengajak orang bukan Islam yang tidak ekstrem mengikut acuan Sirah Nabawiyah.