PADANG TERAP: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Parti Ikatan Demokratik (Muda) diminta mempertimbangkan semula keputusan tidak memeterai memorandum persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik, demi kebaikan rakyat.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata proses semak dan imbang akan tetap dilaksanakan selain tidak bermakna mereka menjadi sebahagian daripada kerajaan jika menandatangani MoU itu.
"Kita berharap bahawa parti-parti lain yang belum lagi membuat (menandatangani) MoU ini dapat mencari jalan supaya bersetuju dengan kerajaan untuk bersama dalam urusan berkaitan dengan COVID-19 dan juga pembangunan ekonomi semula.
"Dengan MoU ini, mereka tetap pembangkang... bukan maknanya bila dia tanda tangan tu dia jadi sebahagian daripada kerajaan... dia tidak jadi sebahagian daripada kerajaan sebab ini bukan 'unity government'," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan tiga parti yang menolak untuk menandatangani MoU Transformasi dan Kestabilan Politik.
Isnin lalu, kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) memeterai MoU Transformasi dan Kestabilan Politik bagi membentuk satu kerjasama dwipartisan yang ampuh dan mantap selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah.
MoU itu merangkumi enam aspek iaitu Pemerkasaan Pelan COVID-19, Transformasi Pentadbiran, Pembaharuan Parlimen, Kebebasan Institusi Kehakiman, Perjanjian Malaysia MA63 dan Pembentukan Jawatankuasa Pemandu.
Mengulas lanjut, Mahdzir yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar, berkata tiga parti terbabit turut diharap dapat mencari jalan agar dapat bersama kerajaan dalam menangani pandemik COVID-19 dan membangunkan ekonomi.
Katanya, ahli politik tidak perlu sibuk bermain politik ketika krisis kesihatan sebaiknya memberi tumpuan terhadap kesusahan rakyat.
Mahdzir ditemui selepas menerima taklimat mengenai program tanam semula di Dewan Mesyuarat Pusat Pentadbiran Komuniti Felda Lubuk Merbau, di sini, hari ini.
Adie Sufian Zulkefli
Sat Sep 18 2021
![MoU Transformasi: Pejuang, Warisan, Muda diminta pertimbang semula keputusan - Mahdzir MoU Transformasi: Pejuang, Warisan, Muda diminta pertimbang semula keputusan - Mahdzir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/51631959975_MahdzirKhalid.jpg)
Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata proses semak dan imbang akan tetap dilaksanakan selain tidak bermakna mereka menjadi sebahagian daripada kerajaan jika menandatangani MoU itu. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![MoU Transformasi: Pejuang, Warisan, Muda diminta pertimbang semula keputusan - Mahdzir MoU Transformasi: Pejuang, Warisan, Muda diminta pertimbang semula keputusan - Mahdzir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/51631959975_MahdzirKhalid.jpg)
MoU Transformasi: Pejuang, Warisan, Muda diminta pertimbang semula keputusan - Mahdzir
Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata proses semak dan imbang akan tetap dilaksanakan selain tidak bermakna mereka menjadi sebahagian daripada kerajaan jika menandatangani MoU itu.
![MoU Transformasi: Pejuang enggan terlibat perjanjian dengan kerajaan - Tun M MoU Transformasi: Pejuang enggan terlibat perjanjian dengan kerajaan - Tun M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/81631946305_TBtunm.jpg)
MoU Transformasi: Pejuang enggan terlibat perjanjian dengan kerajaan - Tun M
Menandatangani MoU bertentangan dengan pendirian parti itu untuk tidak memihak kepada mana-mana gabungan, tegas Tun Dr Mahathir.
![MoU Transformasi: Persefahaman kerajaan dan PH banyak manfaat kepada negara, rakyat - Dr Adham MoU Transformasi: Persefahaman kerajaan dan PH banyak manfaat kepada negara, rakyat - Dr Adham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/51631363126_AdhamBaba.jpg)
MoU Transformasi: Persefahaman kerajaan dan PH banyak manfaat kepada negara, rakyat - Dr Adham
Datuk Seri Dr Adham Baba menjelaskan usaha membantu rakyat merupakan asas kepada persetujuan menandatangani MoU tersebut.
![Anwar tegaskan PH tidak pernah setuju henti usul undi percaya walaupun meterai MoU Anwar tegaskan PH tidak pernah setuju henti usul undi percaya walaupun meterai MoU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81629994389_DatukSeriAnwarIbr.jpg)
Anwar tegaskan PH tidak pernah setuju henti usul undi percaya walaupun meterai MoU
Tegas Ahli Parlimen Port Dickson daripada PKR itu, usaha untuk menghentikan undi percaya tidak pernah menjadi sebahagian daripada rundingan yang membawa kepada pemeteraian MoU tersebut.
![MoU Transformasi: Akta Perkhidmatan Parlimen, elaun sama rata Ahli Dewan antara kandungan perjanjian MoU Transformasi: Akta Perkhidmatan Parlimen, elaun sama rata Ahli Dewan antara kandungan perjanjian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41631526870_MoUmemorandumpers.jpg)
MoU Transformasi: Akta Perkhidmatan Parlimen, elaun sama rata Ahli Dewan antara kandungan perjanjian
Undang-undang berkaitan Perkhidmatan Parlimen akan dibentang dan diluluskan selepas perbincangan, libat urus dan mendapat persetujuan Speaker Dewan Rakyat serta Dewan Negara.
![MoU Transformasi: RUU Anti-Lompat Parti, had tempoh Perdana Menteri antara dipersetujui MoU Transformasi: RUU Anti-Lompat Parti, had tempoh Perdana Menteri antara dipersetujui](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/51631503666_TBBUKAPARLIMEN.jpg)
MoU Transformasi: RUU Anti-Lompat Parti, had tempoh Perdana Menteri antara dipersetujui
Kesemua RUU ini, menurut dokumen terbabit, perlu dilaksanakan dalam tempoh tidak lewat dari Mesyuarat Pertama Penggal Ke-5 (Tahun 2022)
![MoU Transformasi: Keahlian MPN seimbang untuk kerajaan dan pembangkang MoU Transformasi: Keahlian MPN seimbang untuk kerajaan dan pembangkang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41631532902_MoUmemorandumpers.jpg)
MoU Transformasi: Keahlian MPN seimbang untuk kerajaan dan pembangkang
Kerajaan setuju tingkatkan dana had COVID-19 kepada RM100 bilion iaitu penambahan sebanyak RM45 bilion seperti diminta oleh pembangkang.