KUALA LUMPUR: Undang-undang berkaitan Perkhidmatan Parlimen akan dibentang dan diluluskan selepas perbincangan, libat urus dan mendapat persetujuan Speaker Dewan Rakyat serta Dewan Negara.
Menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang diterbitkan hari ini, persetujuan bersama itu hendaklah dicapai bagi mewujudkan semula kebebasan kewangan dan pentadbiran Parlimen.
Selain itu, klausa berkenaan, yang diletak di bawah 'Pembaharuan Parlimen' MoU berkenaan, hendaklah dilaksanakan dalam tempoh tidak lewat dari Mesyuarat Kedua Penggal Ke-5 Parlimen (Tahun 2022).
Enam perkara yang dipersetujui kerajaan dan pembangkang selain Pembaharuan Parlimen ialah - Pemerkasaan Pelan COVID-19; Kebebasan Institusi Kehakiman; Perjanjian Malaysia 1963 (MA63); dan penubuhan Jawatankuasa Pemandu.
BACA: BACA: MoU Transformasi: Keahlian MPN seimbang untuk kerajaan dan pembangkang
MoU bersejarah itu telah ditandatangani Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, manakala pembangkang diwakili Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang), Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP), Mohamad Sabu (Presiden Amanah) dan Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (Presiden UPKO).
Dalam pada itu, MoU berkenaan turut menggariskan agar penstrukturan semula Jawatankuasa Pilihan Khas sedia ada, serta menambah lagi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengikut keperluan.
Selain itu, keanggotaan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang dalam Jawatankuasa Khas berkenaan perlu seimbang berdasarkan kadar parti masing-masing di dalam Majlis Mesyuarat, selaras dengan Perkara 82(1) Peraturan Mesyuarat.
“Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen perlu dipengerusikan secara sama rata oleh Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.
“Sejajar dengan jangkaan bebanan tugas yang akan bertambah dalam melaksanakan fungsi semak dan imbang dengan lebih efektif, Kerajaan Persekutuan akan menyediakan kakitangan sokongan dan elaun yang berpatutan kepada semua Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen,” menurut dokumen itu lagi.
MoU berkenaan turut menetapkan peruntukan sama rata kepada semua Ahli Dewan Rakyat yang terlibat dalam persefahaman ini, bagi menjamin khidmat berkesan dan manfaat akhir dinikmati rakyat.
Selain itu, Ketua Pembangkang Dewan Rakyat akan diberi hak dan kemudahan yang sewajarnya supaya beliau dapat melaksanakan tanggungjawab dengan lebih efektif.
Kesemua perkara ini, menurut MoU berkenaan, akan dilaksanakan serta-merta.
Bagi Kebebasan Institusi Kehakiman pula, badan berkenaan akan diberi kebebasan sepanjang masa, supaya keadaan yang lebih kondusif untuk rakyat dan negara.
Selain itu, kedua-dua pihak akan memperkukuh usaha ke arah pelaksanaan perkara-perkara termaktub dalam MA63.
Keenam-enam perkara yang digariskan dalam MoU, termasuk perjanjian lain yang terkandung di dalamnya, akan dikelola oleh sebuah Jawatankuasa Pemandu, dengan keanggotaan kerajaan dan pembangkang masing-masing seramai lima orang.
“Status ini Jawatankuasa Pemandu ini akan berkuat kuasa sepanjang tempoh Memorandum Persefahaman ini berkuat kuasa dengan terma rujukan yang dipersetujui kedua-dua pihak.
“Jawatankuasa Pemandu ini hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya dua minggu sekali, atau mengikut jadual yang dipersetujui kedua-dua pihak,” menurut MoU itu lagi.
Firdaus Azil
Tue Sep 14 2021

MoU berkenaan turut menetapkan peruntukan sama rata kepada semua Ahli Dewan Rakyat yang terlibat dalam persefahaman ini, bagi menjamin khidmat berkesan dan manfaat akhir dinikmati rakyat.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

MoU Transformasi: Pejuang, Warisan, Muda diminta pertimbang semula keputusan - Mahdzir
Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata proses semak dan imbang akan tetap dilaksanakan selain tidak bermakna mereka menjadi sebahagian daripada kerajaan jika menandatangani MoU itu.

MoU Transformasi: Pejuang enggan terlibat perjanjian dengan kerajaan - Tun M
Menandatangani MoU bertentangan dengan pendirian parti itu untuk tidak memihak kepada mana-mana gabungan, tegas Tun Dr Mahathir.

MoU Transformasi: Persefahaman kerajaan dan PH banyak manfaat kepada negara, rakyat - Dr Adham
Datuk Seri Dr Adham Baba menjelaskan usaha membantu rakyat merupakan asas kepada persetujuan menandatangani MoU tersebut.

Anwar tegaskan PH tidak pernah setuju henti usul undi percaya walaupun meterai MoU
Tegas Ahli Parlimen Port Dickson daripada PKR itu, usaha untuk menghentikan undi percaya tidak pernah menjadi sebahagian daripada rundingan yang membawa kepada pemeteraian MoU tersebut.

MoU Transformasi: Akta Perkhidmatan Parlimen, elaun sama rata Ahli Dewan antara kandungan perjanjian
Undang-undang berkaitan Perkhidmatan Parlimen akan dibentang dan diluluskan selepas perbincangan, libat urus dan mendapat persetujuan Speaker Dewan Rakyat serta Dewan Negara.

MoU Transformasi: RUU Anti-Lompat Parti, had tempoh Perdana Menteri antara dipersetujui
Kesemua RUU ini, menurut dokumen terbabit, perlu dilaksanakan dalam tempoh tidak lewat dari Mesyuarat Pertama Penggal Ke-5 (Tahun 2022)

MoU Transformasi: Keahlian MPN seimbang untuk kerajaan dan pembangkang
Kerajaan setuju tingkatkan dana had COVID-19 kepada RM100 bilion iaitu penambahan sebanyak RM45 bilion seperti diminta oleh pembangkang.