KUALA LUMPUR: Rang Undang-undang berkenaan Anti-Lompat Parti akan dibentangkan serta diluluskan di Parlimen mengikut Perlembagaan Persekutuan atau mana-mana undang-undang berkaitan.
Menerusi Memorandu Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang diterbitkan hari ini, ia merupakan antara perkara yang digariskan dalam Transformasi Kedua iaitu Transformasi Pentadbiran.
Selain itu, MoU berkenaan akan memastikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempercepatkan tindakan untuk pelaksanaan pendaftaran umur minima pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilihan.
“...ini termasuk memperhalusi pengecualian kepada Raja Memerintah, Waris Takhta, dan Tuan Yang Di-Pertua Negeri termasuk pasangan masing-masing,” menurut MoU itu lagi.
BACA: MoU Transformasi: Keahlian MPN seimbang untuk kerajaan dan pembangkang
Enam perkara yang dipersetujui kerajaan dan pembangkang selain Transformasi Pentadbiran ialah - Pemerkasaan Pelan COVID-19; Pembaharuan Parlimen; Kebebasan Institusi Kehakiman; Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan penubuhan Jawatankuasa Pemandu.
MoU bersejarah itu telah ditandatangani Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, manakala Pembangkang diwakili Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang), Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP), Mohamad Sabu (Presiden Amanah) dan Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (Presiden UPKO.
MoU berkenaan turut menyatakan persetujuan kedua-dua pihak untuk membentang dan meluluskan RUU Pindaan Perlembagaan, khusus bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri untuk tidak melebihi 10 tahun.
Kesemua RUU ini, menurut dokumen terbabit, perlu dilaksanakan dalam tempoh tidak lewat dari Mesyuarat Pertama Penggal Ke-5 (Tahun 2022).
Firdaus Azil
Tue Sep 14 2021

Kesemua RUU ini, menurut dokumen terbabit, perlu dilaksanakan dalam tempoh tidak lewat dari Mesyuarat Pertama Penggal Ke-5 (Tahun 2022).

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

MoU Transformasi: Pejuang, Warisan, Muda diminta pertimbang semula keputusan - Mahdzir
Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata proses semak dan imbang akan tetap dilaksanakan selain tidak bermakna mereka menjadi sebahagian daripada kerajaan jika menandatangani MoU itu.

MoU Transformasi: Pejuang enggan terlibat perjanjian dengan kerajaan - Tun M
Menandatangani MoU bertentangan dengan pendirian parti itu untuk tidak memihak kepada mana-mana gabungan, tegas Tun Dr Mahathir.

MoU Transformasi: Persefahaman kerajaan dan PH banyak manfaat kepada negara, rakyat - Dr Adham
Datuk Seri Dr Adham Baba menjelaskan usaha membantu rakyat merupakan asas kepada persetujuan menandatangani MoU tersebut.

Anwar tegaskan PH tidak pernah setuju henti usul undi percaya walaupun meterai MoU
Tegas Ahli Parlimen Port Dickson daripada PKR itu, usaha untuk menghentikan undi percaya tidak pernah menjadi sebahagian daripada rundingan yang membawa kepada pemeteraian MoU tersebut.

MoU Transformasi: Akta Perkhidmatan Parlimen, elaun sama rata Ahli Dewan antara kandungan perjanjian
Undang-undang berkaitan Perkhidmatan Parlimen akan dibentang dan diluluskan selepas perbincangan, libat urus dan mendapat persetujuan Speaker Dewan Rakyat serta Dewan Negara.

MoU Transformasi: RUU Anti-Lompat Parti, had tempoh Perdana Menteri antara dipersetujui
Kesemua RUU ini, menurut dokumen terbabit, perlu dilaksanakan dalam tempoh tidak lewat dari Mesyuarat Pertama Penggal Ke-5 (Tahun 2022)

MoU Transformasi: Keahlian MPN seimbang untuk kerajaan dan pembangkang
Kerajaan setuju tingkatkan dana had COVID-19 kepada RM100 bilion iaitu penambahan sebanyak RM45 bilion seperti diminta oleh pembangkang.