META merupakan salah satu syarikat yang melakukan pelaburan tinggi dalam arena kecerdasan buatan, dan turut menawarkan model bahasa raya mereka dalam bentuk sumber terbuka.
Meta sendiri turut telah mula mengintegrasikan sokongan kecerdasan buatan janaan pada Facebook, Instagram dan WhatsApp – dan menawarkan ia kepada pengguna di beberapa buah negara secara terhad.
Selain daripada itu, kini hadir laporan mengatakan Meta merancang untuk memperkenalkan caj bayaran tambahan untuk beberapa ciri kecerdasan buatan melalui produk mereka.
Buat masa ini, ia masih di peringkat perancangan – dan tidak diketahui akan diperkenalkan awal atau menantikan Meta memperkenalkan Meta AI secara meluas seluruh dunia sebelum mengumumkannya.
Untuk makluman, sejumlah perkhidmatan kecerdasan buatan mengenakan caj perkhidmatan – dan tidak ketinggalan juga adalah Google, Microsoft, X dan lain-lain yang turut mengenakan bayaran tambahan untuk mengakses ciri AI pada platform masing-masing.
Dengan langkah ini, ia mungkin mengurangkan sedikit kos operasi untuk menjalankan kecerdasan buatan yang selalunya memerlukan kuasa pemprosesan tinggi. -Amanz
Amanz
Mon May 27 2024
Meta merancang untuk memperkenalkan caj bayaran tambahan untuk beberapa ciri kecerdasan buatan melalui produk mereka. -Reuters
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari telefon, rantai Nur Farah Kartini hari ini
Proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Meta luaskan polisi untuk memadam posting menghina 'Zionis'
Meta, syarikat induk Facebook dan Instagram, mengumumkan peluasan polisi ucapan benci pada Selasa untuk memadam hantaran yang menyasarkan "Zionis" dengan cara menghina.
Meta akan padam kandungan hina zionis di Facebook, Instagram
Ini kerana perkataan zionis kini digunakan oleh kumpulan-kumpulan tertentu sebagai alasan untuk memukul rata kesemua individu Yahudi serta Israel.
Apple, Meta bincang kerjasama penawaran kecerdasan buatan
Antara perkara yang dibincangkan adalah mengintegrasikan model kecerdasan buatan yang dibangunkan Meta terus ke sistem Apple Intelligence.
Meta tangguh pelancaran perisian kecerdasan buatan di Eropah
Gergasi media sosial Meta menangguhkan pelancaran perisian kecerdasan buatan (AI) terbarunya di Eropah berikutan kebimbangan daripada agensi perlindungan data.
Meta, MCMC jalin kerjasama laksana Kempen Kesedaran Amalan Keselamatan Dalam Talian
Kerjasama itu termasuk Kempen Keselamatan Dalam Talian untuk Kanak-Kanak dan Keluarga yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
Meta rancang perkenal perkhidmatan pembantu AI berbayar
Dengan langkah ini, ia mungkin mengurangkan sedikit kos operasi untuk menjalankan kecerdasan buatan yang selalunya memerlukan kuasa pemprosesan tinggi.
Meta uji paparan web untuk Threads dengan rekaan umpama Tweetdeck
Dengan langkah ini, pengguna boleh menyusun pelbagai lajur-lajur berbeza dan memantaunya dengan mudah melalui hanya satu paparan.
Harap insiden Meta turunkan berita pertemuan PM, pemimpin Hamas tidak berulang - Fahmi
Fahmi harap insiden pengendali platform media sosial Meta menurunkan laporan berita pertemuan Perdana Menteri dengan pemimpin Hamas tidak berulang.
Fahmi kecam tindakan Meta turunkan hantaran Anwar bertemu Hamas
Kementerian Komunikasi mengecam tindakan syarikat induk Facebook, Meta Platforms yang menurunkan posting syarikat media berkaitan pertemuan PM, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan sayap politik, Hamas.
Meta janjikan capaian lebih tinggi untuk pelanggan berbayar Meta Verified
Meta turut mengumumkan dua ciri tambahan untuk para pelanggan perniagaan yang melanggan Meta Verified.