META hari ini memutuskan kandungan yang menggunakan perkataan zionis bagi tujuan menghina kesemua individu Yahudi dan Israel akan dipadam daripada Facebook dan Instagram.

Ini kerana perkataan zionis kini digunakan oleh kumpulan-kumpulan tertentu sebagai alasan untuk memukul rata kesemua individu Yahudi serta Israel.

Ia sekali gus melanggar terma laman yang tidak membenarkan kandungan berbentuk kebencian.


Menggunakan terma zionis sekiranya untuk mengkritik pergerakan politik masih lagi dibenarkan.

Tetapi muatan status seperti “semua zionis perlu dibunuh” walau bagaimanapun dilarang kerana jatuh ke dalam kategori menggalakkan keganasan.

Kandungan lain berkenaan zionis yang tidak dibenarkan pada platform milik Meta adalah seperti di bawah:

Hanya beberapa minggu lalu Meta membenarkan penggunaan terma syahid pada Facebook dan Instagram selepas mengambil saranan daripada Lembaga Pengawasan Facebook (Facebook Oversight Board).

Sebelum ini Meta mengharamkan penggunaan terma ini kerana didakwa digunakan untuk mengagungkan keganasan.

Penggunaan terma syahid meningkat selepas insiden 7 Oktober dan kandungan yang memperingati orang-orang awam yang syahid telah dipadam tanpa mengambil kira konteks. -Amanz