KECERDASAN buatan (AI) bukan sahaja telah dicapai tetapi digunakan secara meluas di dunia sejak dua setahun kebelakangan ini.
Samsung pula baru sahaja melancarkan telefon pintar AI pertama dengan ciri yang dahulunya dianggap sains fiksyen.
Oleh kerana AI sudah dianggap biasa, cabaran seterusnya ialah membangunkan kecerdasan buatan am (AGI) dengan kemampuan melangkaui manusia.
Mark Zuckerberg telah mengumumkan menerusi video di Threads bahawa Meta ingin membina AGI yang menggunakan sumber terbuka bagi memberikan kebaikan kepada semua.
Ini menurut Zuckerberg adalah kerana, produk yang ingin dibangunkan Meta di masa hadapan memerlukan kemampuan AGI yang baik.
Ia perlu mempunyai keupayaan memahami, berfikir dan menerima arahan dari pengguna pada tahap lebih tinggi berbanding yang wujud sekarang.
Langkah pertama untuk menghasilkan AGI ialah menggiatkan kerjasama antara pasukan Fundamental AI Research (FAIR) dan pasukan yang sedang membangunkan AI generatif di Meta.
Turut diumumkan ialah model Llama 3 sedang dilatih di Meta.
Menjelang penghujung 2024, Meta akan mempunyai sekitar 350,000 cip NVIDIA H100 yang kini menjadi buruan pembangun AI seluruh dunia.
Secara keseluruhan Meta kelak akan mempunyai kemampuan pemprosesan bersamaan dengan 600,000 H100 jika kesemua kemampuan perkomputeran mereka digabungkan.
Zuckerberg masih percaya terdapat masa depan untuk metamesta jika dibangunkan dengan AI.
Beliau turut merasakan penggunaan cermin mata pintar akan meningkat dengan bantuan AI.
Sebarang persoalan boleh ditanya terus kepada cermin mata seperti Ray-Ban X Meta yang boleh memahami apa yang dilihat menerusi kamera.
Kelas pertama AGI iaitu emerging sudahpun dicapai menerusi ChatGPT dan Bard tahu lalu.
Tahap AGI yang lebih tinggi iaitu competent (kompeten), expert (pakar), virtuoso (virtuoso) dan superhuman (adimanusia) menjadi sasarannya dalam masa beberapa tahun daripada sekarang.
SUMBER @Zuck
Amanz
Fri Jan 19 2024
![Meta ingin bangunkan AGI sumber terbuka untuk semua Meta ingin bangunkan AGI sumber terbuka untuk semua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705632413_TBAGIjpg.jpg)
Oleh kerana AI sudah dianggap biasa, cabaran seterusnya ialah membangunkan AGI dengan kemampuan melangkaui manusia. - Gambar hiasan/Amanz
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Guna teknologi AI perkukuh kawalan sempadan negara Guna teknologi AI perkukuh kawalan sempadan negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Guna teknologi AI perkukuh kawalan sempadan negara
Cadangan itu adalah langkah strategik KDN bagi meningkatkan kawalan sempadan di Malaysia menggunakan teknologi terkini, selari dengan perkembangan semasa dunia.
![Softbank ambil alih pembangun cip Graphcore Softbank ambil alih pembangun cip Graphcore](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721020219_SoftbankCipGraph.jpg)
Softbank ambil alih pembangun cip Graphcore
Dengan adanya Softbank, masalah dana mungkin selesai dan membolehkan Graphcore bergerak ke fasa seterusnya.
![Tenaga kerja perbankan tempatan harus kuasai AI, kemahiran berkaitan untuk kekal berdaya saing - AICB Tenaga kerja perbankan tempatan harus kuasai AI, kemahiran berkaitan untuk kekal berdaya saing - AICB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720744873_AICB.jpg)
Tenaga kerja perbankan tempatan harus kuasai AI, kemahiran berkaitan untuk kekal berdaya saing - AICB
Ling berkata, adalah penting untuk tenaga kerja memberi tumpuan kepada pembelajaran berterusan, peningkatan kemahiran dan memupuk kemahiran semula.
![Ancaman keganasan di Asia Tenggara bersifat sederhana rendah - Ahmad Zahid Ancaman keganasan di Asia Tenggara bersifat sederhana rendah - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720707023_TBZahidHamidi.jpg)
Ancaman keganasan di Asia Tenggara bersifat sederhana rendah - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ancaman keganasan masih wujud di rantau Asia Tenggara namun ia bersifat sederhana rendah.
![Apple sasar permintaan iPhone 16 lebih tinggi tahun ini, selari pengenalan integrasi AI Apple sasar permintaan iPhone 16 lebih tinggi tahun ini, selari pengenalan integrasi AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719026701_tbAppleIntelligence.jpg)
Apple sasar permintaan iPhone 16 lebih tinggi tahun ini, selari pengenalan integrasi AI
Apple turut menyasarkan pendapatan tahunan 2024 yang lebih tinggi, selari pengenalan ciri kecerdasan buatan pada sistem operasi mereka.
![Kementerian, agensi perlu teroka dan manfaat AI - Fahmi Kementerian, agensi perlu teroka dan manfaat AI - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709879380_TBartificialintelli.jpg)
Kementerian, agensi perlu teroka dan manfaat AI - Fahmi
Menteri Komunikasi seru kementerian dan agensi kerajaan untuk meneroka dan memanfaatkan teknologi AI bagi meningkatkan lagi kecekapan perkhidmatan kepada rakyat.
![UMPSA guna HCI untuk jadi kampus pintar UMPSA guna HCI untuk jadi kampus pintar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720147695_UMPUMPSA.jpg)
UMPSA guna HCI untuk jadi kampus pintar
HCI adalah produk digital yang menggabungkan storan, pengkomputeran, rangkaian dan pengurusan di bawah satu bumbung.
![Kunjungan Sheikh Al-Azhar ke Malaysia penghormatan besar untuk negara - PM Kunjungan Sheikh Al-Azhar ke Malaysia penghormatan besar untuk negara - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720020193_AnwarIbrahim.jpg)
Kunjungan Sheikh Al-Azhar ke Malaysia penghormatan besar untuk negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan lawatan khas Sheikh Al-Azhar Al-Sharif Profesor Dr Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb ke Malaysia sebagai penghormatan besar kepada negara.
![Garis panduan tadbir urus, etika AI diedarkan dalam masa terdekat - Gobind Garis panduan tadbir urus, etika AI diedarkan dalam masa terdekat - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719478739_GobindSinghDeo.jpg)
Garis panduan tadbir urus, etika AI diedarkan dalam masa terdekat - Gobind
Kerajaan akan mengedarkan Garis Panduan Tadbir Urus dan Etika Kecerdasan Buatan (AI) Negara kepada masyarakat umum dalam masa terdekat.
![JAKIM saran institusi masjid teroka teknologi AI JAKIM saran institusi masjid teroka teknologi AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719671452_TBSirajuddinSuhaime.jpg)
JAKIM saran institusi masjid teroka teknologi AI
JAKIM menyarankan institusi masjid di negara ini memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) sejajar dengan hasrat kerajaan dalam pendigitalan penyampaian perkhidmatan.