KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengedarkan Garis Panduan Tadbir Urus dan Etika Kecerdasan Buatan (AI) Negara kepada masyarakat umum dalam masa terdekat.
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata garis panduan itu sedang dibangunkan dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bagi menggalakkan penggunaan AI secara selamat, dipercayai dan beretika di Malaysia.
Beliau berkata demikian pada Sesi Kamar Khas di Dewan Rakyat hari ini bagi menjawab soalan Young Syefura Othman (PH-Bentong) yang ingin tahu perancangan kerajaan dalam merangka undang-undang bagi mengawal selia penggunaan AI secara meluas dalam negara.
Mengulas lanjut, Gobind berkata melihat kepada perkembangan pesat teknologi AI, kerajaan menyokong dan menggalakkan usaha penyelidikan dan pembangunan berkaitan teknologi berkenaan.
"Kerajaan tidak mempunyai sebarang syarat khusus untuk pembangunan AI sama ada melalui teknologi AI sumber terbuka atau model tertutup seperti ChatGPT, Copilot dan Gemini bagi menggalakkan perkembangan teknologi dan pembangunan kemahiran dalam kalangan rakyat," katanya.
Menjawab soalan tambahan Young Syefura mengenai pelaksanaan Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam (PSPSA), Gobind berkata PSPSA 2021-2025 telah mencapai 67.71 peratus, manakala Teras 7 iaitu adaptasi kemunculan teknologi baharu relevan yang turut merangkumi AI telah mencapai 47.33 peratus.
"Tumpuan dua tahun berbaki sehingga 2025 dan merentasi 2025, Inisiatif AI akan menjadi salah satu teknologi yang digunakan dalam mendasari perkhidmatan pintar kerajaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 03 2024
Gobind berkata garis panduan itu sedang dibangunkan dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bagi menggalakkan penggunaan AI secara selamat, dipercayai dan beretika di Malaysia. - Gambar fail/Bernama
Majlis Hubungan Amerika-Islam tuntut siasatan, keadilan isu Khabib-Frontier
Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) memberikan sokongan penuh kepada bekas juara UFC, Khabib Nurmagomedov, yang dihalau keluar daripada Frontier Airlines.
Kereta terbakar dalam kemalangan di Gua Musang, lelaki maut
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang Penolong Kanan Penguasa Bomba Nor Azizi Che Noh berkata Mohd Basyir Che Ali, 36, yang menaiki kereta Proton Saga itu bersama isterinya Murni Md Nor, 37, dipercayai berlanggar dengan sebuah toyota hilux sebelum terbabas dan terbakar.
Lelaki meninggal dunia ketika daki Bukit Kledang
Seorang lelaki berusia 54 tahun meninggal dunia ketika mendaki Bukit Kledang, Pasir Puteh pada Isnin.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya dimaklumkan tentang keadaan mangsa yang dikatakan mengalami sesak nafas.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya dimaklumkan tentang keadaan mangsa yang dikatakan mengalami sesak nafas.
Bahaya mengundang, elak jadikan "content" media sosial
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus beri amaran supaya orang ramai tidak menjadikan fenomena air pasang besar dan hakisan di pantai sebagai "content" di media sosial bagi mengelakkan berlaku kejadian tidak diingini.
Tiada masalah keperluan bekalan di PPS
Bekalan keperluan mangsa di PPS Kota Tinggi bukan sahaja mencukupi, malah, proses pengagihannya berjalan lancar.
Peguam Los Angeles kemuka tuduhan terhadap sembilan suspek
Peguam Daerah Los Angeles County, Nathan Hochman mengemukakan tuduhan terhadap 9 suspek atas kesalahan pecah rumah serta seorang lagi atas tuduhan melakukan pembakaran dengan sengaja, ketika kebakaran hutan yang memusnahkan sebahagian besar kawasan di Los Angeles.
Kebakaran Los Angeles: Peguam kemuka tuduhan terhadap sembilan suspek
Peguam Daerah Los Angeles County, Nathan Hochman mengemukakan tuduhan terhadap sembilan suspek atas kesalahan pecah rumah serta seorang lagi atas tuduhan melakukan aktiviti pembakaran.
Kebakaran hutan: Angin lebih kencang dijangka melanda California
Pihak berkuasa memberi amaran angin lebih kencang akan berlaku di kawasan selatan California dan ia dijangka memburukkan lagi keadaan kebakaran.
Mogok seluruh negara ganggu kehidupan seharian di Belgium
Perkhidmatan pengangkutan awam, penerbangan, sekolah, dan perkhidmatan penting di seluruh Belgium terganggu pada Isnin berikutan mogok di seluruh negara bagi membantah cadangan reformasi pencen oleh gabungan yang membentuk kerajaan baharu persekutuan.
Jadual padat menanti Anwar, adakan pertemuan dengan PM UK
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK dan Ireland Utara, Datuk Zakri Jaafar berkata, semasa pertemuan tersebut, kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan dan menyentuh beberapa perkara termasuk kerjasama dua hala dalam bidang ekonomi seperti perdagangan dan pelaburan; pengajian tinggi; agrikomoditi; serta tenaga boleh baharu dan alam sekitar.
Perkeso bakal perkenal SKBBK, pinda dua akta perundangan tahun ini
Perkeso bakal memperkenalkan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) dan meminda dua akta pada tahun ini.
Sabah Electricity terima RM161.7 juta subsidi ICPT tahun ini - Madius
Pembayaran diterima pada Isnin lepas untuk menggantikan semula wang yang telah dibelanjakan Sabah Electricity bagi menampung kos ICPT.
Johari harap Malaysia jadi tuan rumah terbaik AIPA tahun depan
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berharap Malaysia dapat menjadi tuan rumah terbaik dalam menganjurkan beberapa mesyuarat berkaitan AIPA tahun depan.
MCMC ambil tindakan segera terhadap penipuan MyPR - Teo Nie Ching
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang mengambil tindakan segera dalam menangani penipuan melibatkan halaman permohonan MyPR (kad pengenalan merah) di Facebook.
Justin Trudeau dijangka hilang kuasa
Jagmeet Singh dijangka akan mengemukakan usul tidak percaya secara rasmi selepas Dewan Rakyat kembali bersidang pada 27 Januari.
RUU wajibkan pendidikan hingga sekolah menengah dibentang di Parlimen Februari 2025
Rang undang-undang (RUU) untuk meminda Akta Pendidikan 1996 bagi mewajibkan pendidikan hingga peringkat sekolah menengah dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada Februari 2025.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 18 Disember 2024.
Bacaan kali kedua RUU Majlis Media Malaysia dijangka Februari 2025
Ia membuktikan komitmen kerajaan untuk memperkukuhkan industri media melalui sokongan terhadap standard kewartawanan dan profesionalisme.
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Tan Li Pei
Sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588).
Dewan Rakyat selesai mesyuarat ketiga, lulus 26 RUU termasuk Belanjawan 2025
Selepas 35 hari bersidang, Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 menutup tirainya semalam, dengan 26 rang undang-undang termasuk Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025 dilulusk