MCA pada Ahad membidas kenyataan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz kerana melabel parti itu sebagai 'tidak lagi relevan' dan tiada arah.
Nazri membuat kenyataan tersebut selepas parti itu mengkritiknya atas sokongannya kepada kerajaan Pulau Pinang yang melarang warga asing menjadi tukang masak di warung sekitar negeri itu.
Sambil menyifatkan Nazri sebagai 'terlalu angkuh', Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon berkata kenyataan sedemikian tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang menteri.
"Pertama sekali, Nazri sebagai seorang menteri sememangnya terdedah kepada kritikan oleh sesiapa pun. Ya, kita akui MCA kalah (pada Pilihan Raya Umum ke-13) tetapi kita tidak pernah putus asa," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Katanya, MCA telah bekerja keras untuk mengembalikan sokongan rakyat Malaysia serta masyarakat Cina khususnya. Ujar beliau, Nazri tidak seharusnya berkata demikian kerana suatu hari nanti beliau mungkin memerlukan bantuan MCA.
Chong berkata, Nazri sepatutnya meneliti cadangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng itu terlebih dahulu sebelum menyokongnya secara buta tuli.
"Bukan bermakna kami menyokong warga asing menjadi tukang masak di Pulau Pinang, tetapi (Nazri) sepatutnya memahami isu itu terlebih dahulu," jelasnya.
Bagi Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Ti Lian Ker pula, beliau menyifatkan tindakan Nazri itu sebagai agak keterlaluan dan mengingatkan menteri kanan itu supaya lebih berhati-hati dengan kenyataannya.
"Nazri boleh menyuarakan pendapat tetapi sebagai seorang pemimpin yang baik beliau sepatutnya menahan diri dari membuat kenyataan sebegitu dan mendengar pandangan lain," katanya.
Katanya tidak sesuai seorang menteri kanan bertindak sedemikian terhadap sebuah parti komponen yang sedang mengalami masalah.
"UMNO juga pernah mengalami masalah semasa waktu Reformasi pada 1999, dan semasa parti itu diharamkan, tetapi MCA tidak pernah menghina UMNO. Sebaliknya kami sentiasa berdiri teguh bersama mereka sebagai tanda sokongan kepada rakan," katanya.
Mengulas tentang MCA itu sendiri, Ti berkata parti itu masih relevan dan sedang melalui beberapa perubahan bagi memenuhi kehendak pengundi-pengundi Cina.
Sementara itu, Ketua Pemuda MCA Bangsar, Chris Wong berkata kenyataan Nazri itu tidak mencerminkan semangat setiakawan.
"Dalam kehidupan, ada kalanya baik, ada kalanya buruk. Kenyataan sedemikian tidak seharusnya dikeluarkan oleh seorang menteri kanan," katanya.
Ujar beliau, permainan politik sedemikian sering dipraktikkan oleh parti pembangkang. Sebagai contoh, DAP telah mengecam PAS kerana tidak akur dengan keputusan PKR untuk menukar Menteri Besar Selangor.
"Kita lihat pada tahun 1999 dan ketika UMNO menghadapi krisis, MCA telah memainkan peranan menstabilkan Barisan Nasional (BN). Pada ketika itu, mantan Presiden MCA, Tun Dr Ling Leong Sik telah menjadi pengerusi sementara BN," jelas Wong.
Katanya sejak kebelakangan ini MCA telah mula mendapat kembali sokongan dari masyarakat Cina.
Menurut beliau, keadaan ini terbukti apabila parti itu berjaya mengurangkan majoriti PKR pada pilihan raya kecil Kajang, meskipun tewas.
Selain itu, katanya MCA juga telah memainkan peranan besar dalam membantu parti Gerakan memenangi pilihan raya kecil Teluk Intan.
"Jika kita lihat di Teluk Intan, memang ada perubahan angin daripada pengundi Cina terhadap BN. Dari situ kita dapat mengembalikan kepercayaan masyarakat Cina. Tanpa MCA, Datuk Mah Siew Keong tidak mungkin akan menang," ujar Wong.
Sokongan Nazri terhadap cadangan kerajaan negeri Pulau Pinang itu mendapat kritikan daripada Ketua Setiausaha Pemuda MCA, Leong Kim Soon.
Kata Leong, sokongan Nazri itu seolah-olah menggambarkan bahawa kerajaan Persekutuan bersetuju dengan idea tersebut. Jelasnya, isunya bukan sahaja tentang tukang masak warga asing, tetapi tentang kekurangan pekerja.
Bagaimanapun dalam laporan The Malaysian Insider pada Ahad, Nazri menepis kritikan MCA sambil berkata beliau tidak menghiraukannya kerana parti itu tidak lagi relevan selepas PRU13.
Menurut laporan itu lagi, Ahli Parlimen UMNO-Padang Rengas itu turut mempersoalkan mengapa MCA mempolitikkan isu tersebut serta secara tiba-tiba mengambil berat tentang pekerja asing berbanding pekerja tempatan.
Pada PRU13 lalu, MCA hanya memenangi tujuh daripada 37 kerusi Parlimen dan 11 daripada 90 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.
Keputusan tersebut lebih teruk berbanding PRU tahun 2008 di mana MCA memenangi 15 daripada 40 kerusi Parlimen dan 32 daripada 90 kerusi DUN.
Haider Yutim
Sun Aug 03 2014
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dibidas oleh MCA - Gambar fail
AWANI Pagi: Tangani isu doktor, pakar 'lari' daripada perkhidmatan kerajaan
Awani Pagi 8.30 pagi akan diskusi bersama Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid, Prof Ekonomi, Polisi dan Pengurusan Kesihatan, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, School of Medicine, University, mencari kaedah penyelesaian kepada isu kehilangan doktor pakar dari perkhidmatan kerajaan.
Undang Gus Azmi di Festival Darul Ehsan cetus perdebatan
Pendakwah muda itu terkenal dengan tabiat merokok serta berani merokok di atas pentas.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan.
Nahas ngeri di Ayer Keroh: Sambut hari lahir anak serentak sebelum pergi selamanya
Sebelum ini, mereka tidak pernah menyambut ulang tahun kelahiran ketiga-tiga anak mereka berusia tujuh, empat dan dua tahun.
Leading the Way: Malaysia's data centre rise & global impact
Malaysia has been ranked first among regional peers in Southeast Asia in Knight Frank’s SEA-5 Data Centre Opportunity Index for the second consecutive year with an annual take-up of 429 megawatts (MW). In its Data Centre Research Report 2024, the global property consultancy said growth is driven by strategic investments from tech giants like Microsoft, Amazon Web Services (AWS), Google, and Oracle, totalling 23.3 billion USD.
Spekulasi tinggalkan Old Trafford: Amorim salahkan penasihat Rashford
Rashford dalam satu temu bual seakan mahukan 'cabaran baru' selepas diketepikan daripada perlawanan awal bulan ini.
SIRIM: 50 tahun terajui transformasi teknologi dan inovasi
SIRIM, sejak penubuhannya pada 1975, telah menjadi peneraju dalam pembangunan teknologi dan penetapan piawaian. Temu bual ekslusif bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, SIRIM, Datuk Indera Ir. Dr Ahmad Sabirin Arshad, FASc berkongsi tentang pencapaian dan rancangan masa depan SIRIM dalam mengukuhkan ekosistem teknologi dan inovasi negara.
[Data & Statistik] Dividen Amanah Saham Bumiputera lebih tinggi?
Kadar dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 dijangka lebih tinggi. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, agihan dividen antara 5.1 dan 5.2 peratus bagi ASB dilihat agak munasabah berdasarkan iklim pelaburan semasa.
Suami tikam isteri marah tidak dapat pinjam duit
Kejadian tikaman berlaku semasa mangsa sedang memasak di dapur.
Tinjauan 2025: Keyakinan PMKS meningkat, landskap global jadi pemboleh ubah
Landskap geopolitik yang tidak menentu, cabaran harga bahan mentah dan pelbagai lagi menjadi cabaran utama kepada PMKS di negara ini. Bagaimana mereka harus mendepaninya? Ulasan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Usahawan Mikro, Abd Azharee Abdul Wahid.
Tiada perbincangan MCA nak tinggalkan BN - Setiausaha Agung
MCA menafikan dakwaan bahawa terdapat tekanan kepada kepimpinan tertinggi parti itu untuk meninggalkan gabungan Barisan Nasional (BN) selepas 72 tahun bersama.
Peranan wanita MCA semakin penting dalam situasi politik semasa
Jawatankuasa Pusat Wanita MCA yang baharu perlu membantu parti itu mendapatkan semula sokongan pengundi Cina.
MCA tidak bertanding pada PRN, tumpu persediaan hadapi PRU16
MCA tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) melibatkan Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan bulan depan.
Zahid perlu utamakan komponen BN, bukan DAP - MCA
Chong berkata, Ahmad Zahid harus menjaga kepentingan dan mengutamakan parti komponen dalam BN, bukannya Pakatan Harapan, terutamanya DAP.
Pemilihan MCA pusat pada 24 Sept - Setiausaha Agung
Proses penamaan calon bagi kesemua jawatan termasuk kedua-dua sayap akan diadakan pada 11 Sept ini.
Pemilihan MCA bermula April
Pemilihan MCA 2023 di peringkat cawangan dan bahagian akan diadakan di seluruh negara bermula April ini, kata Setiausaha Agungnya Datuk Chong Sin Woon.
MCA adakan AGM secara tertutup tahun ini
MCA akan mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) ke-69 parti itu secara tertutup pada 17 dan 18 Dis ini.
PRU15: Ada sebab BN Pahang ketengah muka baharu di Parlimen Raub - Wan Rosdy
Menurut Wan Rosdy, calon PRU15 yang dikemukakan oleh MCA dan bertanding atas tiket BN di Parlimen Raub itu sudah pastinya terdiri daripada calon boleh menang sekali gus mampu memenangi hati pengundi.
Sambutan ulang tahun MCA ke-73 secara hibrid Jumaat ini
Acara dijadual bermula pada 11 pagi secara hibrid dengan kehadiran barisan kepimpinan MCA dan ahli-ahli parti.
Komponen BN tetap sokong PN sehingga pilihan raya berikutnya - Presiden MCA
Presiden MCA, Chong Sin Woon berkata situasi itu tidak menjejaskan pendirian partinya untuk terus menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin.