KUALA LUMPUR: Keputusan Majlis Tertinggi UMNO semalam yang menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima reaksi yang bertentangan daripada parti komponen Barisan Nasional (BN).
Memetik laporan Free Malaysia Today (FMT), Presiden MCA, Chong Sin Woon berkata situasi itu tidak menjejaskan pendirian partinya untuk terus menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin.
"Melainkan jika ada keputusan rasmi yang baharu yang diputuskan BN, MCA akan terus menyokong PN sehingga pilihan raya berikutnya, seperti yang sudah diputuskan BN sebelum ini," katanya.
FMT turut memetik reaksi Presiden MIC, S Vigneswaran, yang juga senada dengan Chong.
"Semasa UMNO memerintah dahulu, banyak kali juga desakan oleh pembangkang supaya perdana menteri berundur, tetapi mereka tidak buat sebab mereka tahu itu hanya desakan," ujarnya.
Sebaliknya, Vigneswaran berpendapat, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi seharusnya meminta semua menteri parti itu meletakkan jawatan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) terlebih dahulu, sebelum mendesak Muhyiddin berundur.
Terdahulu, pada Rabu, Ahmad Zahid mengumumkan keputusan MKT untuk menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin sebagai perdana menteri, berkuat kuasa serta merta.
Agensi
Thu Jul 08 2021

Chong Sin Woon berkata, situasi itu tidak menjejaskan pendirian partinya untuk terus menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin. - Facebook/Chong Sin Woon
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tiada perbincangan MCA nak tinggalkan BN - Setiausaha Agung
MCA menafikan dakwaan bahawa terdapat tekanan kepada kepimpinan tertinggi parti itu untuk meninggalkan gabungan Barisan Nasional (BN) selepas 72 tahun bersama.

Peranan wanita MCA semakin penting dalam situasi politik semasa
Jawatankuasa Pusat Wanita MCA yang baharu perlu membantu parti itu mendapatkan semula sokongan pengundi Cina.

MCA tidak bertanding pada PRN, tumpu persediaan hadapi PRU16
MCA tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) melibatkan Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan bulan depan.

Zahid perlu utamakan komponen BN, bukan DAP - MCA
Chong berkata, Ahmad Zahid harus menjaga kepentingan dan mengutamakan parti komponen dalam BN, bukannya Pakatan Harapan, terutamanya DAP.

Pemilihan MCA pusat pada 24 Sept - Setiausaha Agung
Proses penamaan calon bagi kesemua jawatan termasuk kedua-dua sayap akan diadakan pada 11 Sept ini.

Pemilihan MCA bermula April
Pemilihan MCA 2023 di peringkat cawangan dan bahagian akan diadakan di seluruh negara bermula April ini, kata Setiausaha Agungnya Datuk Chong Sin Woon.

MCA adakan AGM secara tertutup tahun ini
MCA akan mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) ke-69 parti itu secara tertutup pada 17 dan 18 Dis ini.

PRU15: Ada sebab BN Pahang ketengah muka baharu di Parlimen Raub - Wan Rosdy
Menurut Wan Rosdy, calon PRU15 yang dikemukakan oleh MCA dan bertanding atas tiket BN di Parlimen Raub itu sudah pastinya terdiri daripada calon boleh menang sekali gus mampu memenangi hati pengundi.

Sambutan ulang tahun MCA ke-73 secara hibrid Jumaat ini
Acara dijadual bermula pada 11 pagi secara hibrid dengan kehadiran barisan kepimpinan MCA dan ahli-ahli parti.

Komponen BN tetap sokong PN sehingga pilihan raya berikutnya - Presiden MCA
Presiden MCA, Chong Sin Woon berkata situasi itu tidak menjejaskan pendirian partinya untuk terus menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin.