KUALA LUMPUR: Pemilihan MCA 2023 di peringkat cawangan dan bahagian akan diadakan di seluruh negara bermula April ini, kata Setiausaha Agungnya Datuk Chong Sin Woon.
Bagaimanapun, Chong berkata pemilihan di peringkat pusat akan diumumkan kemudian bagi mengelakkan kemungkinan pertindihan tarikh bagi beberapa Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan tahun ini.
"(Pemilihan ahli) peringkat pusat kalau tidak ada apa-apa perubahan (tarikh), ia (pemilihan) akan adakan pada bulan September," katanya pada sidang media di Wisma MCA di sini hari ini.
Menurut Chong proses penamaan calon di peringkat cawangan seluruh negara akan diadakan pada 20 April bermula 5 petang hingga 8 malam manakala pemilihan melibatkan sayap Pemuda dan Wanita ditetapkan selama dua hari bermula 29 April.
Bagi proses penamaan calon di peringkat bahagian termasuk Pemuda dan Wanita pula, Chong berkata ia akan diadakan pada 1 Jun manakala proses pemilihan pula ditetapkan selama dua hari bermula 10 Jun.
Menurut Chong proses pemilihan parti dibuat mengikut Perkara 167 Perlembagaan MCA yang memperuntukkan ia mesti diadakan dalam tempoh enam bulan selepas pilihan raya umum.
Chong berkata satu Jawatankuasa Pemandu Pemilihan MCA 2023 telah dibentuk bagi memastikan kelancaran proses penamaan dan pemilihan yang diketuai olehnya.
Katanya senarai ahli-ahli MCA yang layak mengundi akan diberikan kepada Pengerusi Perhubungan MCA di setiap negeri semasa Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-74 di Wisma MCA pada 4 Mac ini.
Chong berkata pada hari tersebut Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong akan turut melancarkan sebuah buku berjudul 'MCA dari Perikatan ke Barisan Nasional' terbitan Pusat Kajian Sosial dan Ekonomi Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 13 2023

Chong berkata pemilihan di peringkat pusat akan diumumkan kemudian bagi mengelakkan kemungkinan pertindihan tarikh bagi beberapa Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan tahun ini.- Gambar fail/Facebook

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Ling, Wong dipilih ketua pemuda dan wanita MCA yang baharu
Hari ini pula akan berlangsung pemilihan bagi jawatan utama parti membabitkan jawatan presiden, naib presiden dan AJK pusat.

Pemilihan MCA: Tiga naib presiden akan pertahan jawatan
Naib Presiden MCA Datuk Lim Ban Hong, Datuk Tan Teik Cheng dan Datuk Seri Ti Lian Ker akan mempertahankan jawatan masing-masing dalam pemilihan parti peringkat pusat pada 24 Sept ini.

Pemilihan MCA: Wee dicabar bekas ahli Jawatankuasa Pusat untuk jawatan presiden
Wee yang merupakan penyandang presiden MCA berkata, ia menunjukkan proses demokrasi kekal subur dalam parti itu.

Pemilihan MCA bermula April
Pemilihan MCA 2023 di peringkat cawangan dan bahagian akan diadakan di seluruh negara bermula April ini, kata Setiausaha Agungnya Datuk Chong Sin Woon.

Mana-mana ahli MCA boleh bertanding jawatan tertinggi - Liow
Liow berharap pemilihan MCA akan datang tidak akan melemahkan parti secara dalaman.