Barisan Nasional (BN) mencalonkan Pengerusi Perhubungan UMNO Perak Datuk Saarani Mohamad sebagai calon Menteri Besar Perak yang baharu.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan berkata, telah mengadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bagi menyembah maklum surat yang diutus Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
“Saya dititahkan mengadap Sultan, iaitu untuk saya persembahkan surat daripada Ahmad Zahid selaku Pengerusi BN kepada Sultan.
“Ia untuk memaklumkan BN bersetuju menubuhkan sebuah kerajaan bersama Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Perak.
“Kedua, dalam surat yang sama, Ahmad Zahid telah memaklumkan bahawa BN mencadangkan Pengerusi BN Perak dan ADUN Kota Tampan untuk dipertimbangkan oleh Tuanku sebagai Menteri Besar Perak,” ujar Saarani ketika ditemui media di pekarangan Istana Kinta di sini hari ini.
Beliau dilihat keluar dari Istana Kinta sekitar jam 10.55 pagi selepas terdahulu mengadap Sultan Perak, difahamkan dalam pertemuan yang mengambil masa kurang 30 minit.
BACA: Faizal Azumu letak jawatan MB, kerajaan Perak bubar serta merta
BACA: PH terkubur di Perak, 32 ADUN bentuk kerajaan baharu
Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Perak Razman Zakaria yang dilihat keluar sejurus selepas itu enggan mengulas panjang berkenaan cadangan calon Menteri Besar dari Pas.
“Tunggu (pengumuman) Tuanku. Saya serah pada Tuanku. (Siapa) calon pun, tunggu Tuanku. Insya-Allah,” jawabnya ringkas.
Sehingga kini, masih menjadi teka-teki siapakah yang bakal menduduki kerusi Menteri Besar Perak.
BACA: Mana Menteri Besar Perak? - Exco Negeri
BACA: Faizal Azumu masih MB Perak - Nizar Jamaluddin
Harits Asyraf Hasnan
Tue Mar 10 2020
Saarani dilihat keluar dari Istana Kinta sekitar jam 10.55 pagi selepas difahamkan mengadap Sultan Perak kurang 30 minit. - Foto Bernama
MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly
Kementerian Pertahanan akan mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) dan menambah baik aspek keselamatan serta komunikasi anggota tentera semasa melaksanakan penugasan di lapangan.
MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah
MAD menerima RM50,000 menerusi peruntukan menteri bagi terus memupuk minat dan penglibatan sukan berkenaan di peringkat akar umbi.
Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival
Persembahan Teater Hikayat Hang Tuah di Encore Melaka antara tarikan Melaka Heritage Festival 2024 yang dijadual diadakan di sekitar Banda Hilir pada 12 hingga 14 Julai ini.
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Sultan Nazrin berangkat ke majlis sambutan Aidilfitri ADUN Kota Tampan
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri ADUN Kota Tampan.
Saarani bentang Belanjawan Perak seminggu selepas dilantik
Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad hari ini membentangkan Belanjawan 2021 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 selepas genap tujuh hari dilantik jawatan itu.
Saarani angkat sumpah MB Perak ke-14
Saarani mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Perak dan Ahli Dewan Negara Perak di hadapan Sultan Nazrin Shah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.
Saarani: Bermula sebagai pendidik, kini menteri besar
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak sejak 2018 itu mendapat perkenaan Sultan Nazrin untuk dilantik sebagai menteri besar setelah pada pertimbangan baginda, beliau boleh mendapat kepercayaan.
Sultan Nazrin perkenan pelantikan Saarani sebagai MB Perak. Ini latar belakang Saarani
Perkara tersebut dimaklumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika ditemui pemberita di luar Istana Kinta.
MB Perak: BN calonkan Saarani, Pas kunci mulut
Saarani berkata beliau telah mengadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bagi menyembah maklum surat yang diutuskan dari Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.