IPOH:Teka-teki mengenai siapa yang bakal mengisi jawatan Menteri Besar Perak ke-14 setelah jawatan itu kosong sejak Sabtu lalu terjawab semalam apabila Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memberi perkenan kepada Datuk Saarani Mohamad untuk dilantik ke jawatan itu.
Saarani, 59, yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan, dijadual mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Nazrin pada 11 pagi ini di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak sejak 2018 itu mendapat perkenaan Sultan Nazrin untuk dilantik sebagai menteri besar setelah pada pertimbangan baginda, Saarani boleh mendapat kepercayaan sebahagian besar ADUN.
Saarani dipilih menggantikan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang meletak jawatan bersama seluruh barisan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (Exco) pada 5 Dis lepas setelah gagal mendapat sokongan menerusi usul 'keyakinan majoriti ahli Dewan terhadap menteri besar' pada Jumaat lalu.
Dilahirkan pada 13 Mac 1961 di Kampung Raban, Lenggong, Saarani memulakan kerjaya sebagai guru pada 1982 setelah menamatkan pengajian Diploma Sains serta Pendidikan (Fizik dan Matematik) di Universiti Teknologi Malaysia .
Pemegang Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian (Pengurusan Sumber Manusia) daripada Open University Malaysia (OUM) itu menyertai UMNO pada 1989 dan menjadi ADUN Lenggong dari 1999 hingga 2004.
Atas dedikasi dan komitmen sebagai wakil rakyat, ayah kepada lapan anak itu berjaya menjadikan DUN Kota Tampan sebagai kubu kuat UMNO sejak mula memenanginya pada 2004.
Ketika Pakatan Harapan (PH) memerintah Perak selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Saarani dilantik sebagai Ketua Pembangkang DUN Perak, namun 'status' itu tidak lama setelah PH tumbang dan menyaksikan Perikatan Nasional (PN) terdiri daripada ADUN UMNO, Bersatu dan PAS mengambil alih pemerintahan.
Saarani juga pernah menjadi menjadi Exco Kerajaan Negeri Perak dengan memegang beberapa portfolio antaranya Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Perladangan; Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Pembangunan Modal Insan, dan yang terakhir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna.
Pelantikan Saarani mengisi senarai Menteri Besar Perak bersama 11 yang lain iaitu Datuk Seri Abdul Wahab Toh Muda Abdul Aziz (1948-1957); Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi (1957-1960); Datuk Seri Shaari Shafie (1960-1964) dan Datuk Seri Ahmad Said (1964-1970).
Datuk Seri Kamaruddin Mohd Isa (1970-1974); sebelum Mohamed Ghazali sekali lagi dilantik selama empat tahun dari 1974 hingga 1977; Datuk Seri Wan Mohamed Wan Teh (1977-1983), Tan Sri Ramli Ngah Talib (1983-1999); Tan Sri Mohd Tajol Rosli Mohd Ghazali (1999-2008); Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (2008-2009) dan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (2009-2018).
Selepas PRU14 pada 2018, Ahmad Faizal yang merupakan Pengerusi PH Perak dilantik Menteri Besar Perak ke-12 sebelum meletak jawatan pada 9 Mac 2020 susulan penjajaran politik dan kemudian dilantik semula menjadi Menteri Besar Perak ke-13 dengan memimpin kerajaan PN sebelum meletak jawatan pada 5 Dis lalu.
DUN Perak mempunyai 59 kerusi dengan UMNO memiliki wakil terbanyak 25 kerusi, diikuti DAP (16), Amanah (5), Bersatu (5), PKR (3) dan PAS (3), manakala Gerakan dan Bebas masing-masing satu kerusi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 09 2020
Atas dedikasi dan komitmen sebagai wakil rakyat, Saarani, ayah kepada lapan anak, berjaya menjadikan DUN Kota Tampan kubu kuat UMNO sejak mula memenanginya pada 2004. --fotoBERNAMA/Fail
Mansuh peperiksaan di sekolah untuk kurangkan tekanan murid - Fadhlina
Keputusan Kementerian Pendidikan memansuhkan pembelajaran berorientasikan peperiksaan bertujuan mengurangkan tekanan murid sekolah.
Sidang Parlimen: Dasar tempoh kuarters kerajaan akan dikaji semula
Kerajaan sedang menilai cadangan dasar baharu berkaitan tempoh menduduki kuarters kerajaan untuk memastikan pengurusan lebih sistematik, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.
Dalam jawapan di Dewan Rakyat yang dibacakan oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, beliau menyatakan bahawa Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) sedang meneliti cadangan memperkenalkan dasar tempoh penghuni, termasuk kemungkinan pelaksanaan dasar exit policy.
Dalam jawapan di Dewan Rakyat yang dibacakan oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, beliau menyatakan bahawa Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) sedang meneliti cadangan memperkenalkan dasar tempoh penghuni, termasuk kemungkinan pelaksanaan dasar exit policy.
Sidang Parlimen: Skim MySalam dalam perancangan untuk dilanjutkan
Kerajaan merancang melanjutkan tempoh pelaksanaan skim MySalam selama dua tahun lagi, menjadikannya empat tahun dari tempoh asal, menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Beliau berkata langkah ini bertujuan memperluaskan perlindungan sosial bagi golongan berpendapatan rendah (B40) yang memerlukan.
Beliau berkata langkah ini bertujuan memperluaskan perlindungan sosial bagi golongan berpendapatan rendah (B40) yang memerlukan.
Sidang Parlimen: KPKM teliti pembekalan pertanian secara persaingan terbuka
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang meneliti cadangan bagi pelaksanaan pembekalan dan penghantaran input pertanian bersubsidi secara persaingan terbuka.
[TERKINI] Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku
Seorang pastor didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Selasa atas pertuduhan membunuhseterusnya menyimpan mayat ibunya dalam peti sejuk beku tiga tahun lalu.
Kerajaan kawal had pengambilan pekerja asing
Kerajaan sentiasa memastikan pengurusan pengambilan pekerja asing yang seimbang dengan keperluan negara.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Malaysia kini mempunyai 17.2 juta tenaga kerja aktif, dengan had maksimum pekerja asing ditetapkan pada 2.58 juta orang.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Malaysia kini mempunyai 17.2 juta tenaga kerja aktif, dengan had maksimum pekerja asing ditetapkan pada 2.58 juta orang.
Google Gemini bakal bawa ciri iOS ke Android
Pembangun bebas melakukan apa sahaja pada notifikasi yang dipaparkan, seperti meletakkan butang jeda, butang henti, butang merakam, akses pantas membalas mesej, dan pelbagai lagi.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Timbalan Menteri PETRA, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945,435,794.07.
Hyundai Motor umum pelaburan RM2.14 bil di Malaysia - Laporan
Hyundai Motor Co mengumumkan rancangan untuk melabur hampir AS$479 juta di Malaysia dalam tempoh lima tahun bermula 2025.
AWANI Ringkas: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Permohonan Pas menghadap sembah Sultan Perak diterima - Abdul Hadi
Abdul Hadi bagaimanapun tidak mendedahkan bila sembah menghadap itu akan dilakukan.
Politik Perak: KJ harap rundingan UMNO dengan Pas, Bersatu disegera
Khairy berkata UMNO hanya akan menubuhkan kerajaan di negeri Perak bersama rakan-rakan dalam PN.
Mesyuarat MKT UMNO setuju Saarani calon MB Perak
Ahli MKT UMNO, Datuk Seri Zahidi Zainul Abidin, berkata ia diputuskan sebulat suara dalam mesyuarat malam ini.
Mesyuarat MKT UMNO putuskan untuk pertahan kerajaan PN di Perak
Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini memutuskan agar kerajaan Perikatan Nasional (PN) Perak terus dipertahankan.
PH Perak tentukan keputusan, cadangan berhubung kemelut politik
Pemimpin Pakatan Harapan (PH) di Perak diberikan kuasa untuk memutuskan atau membuat sebarang cadangan berhubung kemelut yang berlaku di negeri tersebut.
PH Perak setuju kerjasama secara 'en bloc'
Ia bermakna jika ada mana-mana parti komponen PH tidak diterima, maka mereka tidak akan menyertai kerjasama baharu itu.
Pengerusi Amanah Perak tidak tolak kemungkinan kerjasama dengan parti lain
"Tiada yang mustahil" apabila tiba masanya untuk membentuk satu gabungan baharu, kata Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Perak Datuk Asmuni Awi hari ini.
Pas akan akan bincang kemelut politik di Perak
PAS akan mengadakan mesyuarat di peringkat parti itu bagi membincangkan kemelut politik yang berlaku di Perak.
Pas enggan campur urusan UMNO Perak jika mahu gabung dengan DAP, Amanah
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata itu adalah hak UMNO Perak.
Pemimpin PH menghadap Sultan Perak: Apa bakal jadi esok?
Perkenan itu dibuat Sultan Nazrin seiring duluan (precedent) sebelum ini termasuk sewaktu pembentukan Kerajaan Negeri Perak pada 2018 dan krisis politik awal tahun ini.