IPOH:Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima menghadap tiga pengerusi parti yang mewakili Pakatan Harapan (PH) esok susulan kemelut politik di negeri ini.
Menurut sumber kepada Astro AWANI, mereka yang diperkenan ialah Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming; Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dan Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi.
Kesemua mereka dijadual menghadap Sultan Nazrin di Istana Kinta di sini pukul 11 pagi esok (Sabtu).
Perkenan itu dibuat Sultan Nazrin seiring duluan (precedent) sebelum ini termasuk sewaktu pembentukan Kerajaan Negeri Perak pada 2018 dan krisis politik awal tahun ini.
Sultan Nazrin akan menerima menghadap pemimpin-pemimpin parti untuk menerima maklum berkait sokongan dan gabungan yang bakal dibentuk, sebelum baginda melantik seseorang menjawat jawatan Menteri Besar.
Buat masa ini, Ahmad Faizal masih kekal menjadi Menteri Besar bagi Kerajaan Negeri Perak sementara atau 'caretaker government'.
Menjadi persoalan ketika ini ialah bentuk gabungan yang bakal dibentuk bagi Kerajaan Negeri Perak yang baharu.
Pas menerusi Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata partinya tidak akan menyertai usaha pembentukan kerajaan Perak yang baharu.
"Selaras dengan keputusan ini, Pas Pusat membuat ketetapan tidak menyertai usaha pembentukan kerajaan negeri baharu.
"Pas akan terus berperanan sebagaimana biasa dalam masyarakat di peringkat negeri mahupun nasional," katanya.
Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas menyokong usul keyakinan majoriti Ahli Dewan terhadap Menteri Besar Perak yang berlangsung hari ini selaras pendirian dibuat oleh Lajnah Politik Pas Pusat.
Di pihak UMNO pula, parti itu menggesa agar Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Perak dikekalkan.
BACA: LAPOR LANGSUNG: Undi Percaya DUN Perak - Siapa MB baharu?
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berpendirian bahawa Bersatu dan Pas perlu terus bersama-sama untuk mendukung Kerajaan Perikatan Nasional di Perak.
“UMNO berpendirian bahawa Kerajaan PN di Perak mestilah dikekalkan. Semua Exco Kerajaan Negeri juga mesti diteruskan. UMNO juga berpendirian bahawa Bersatu dan Pas barus bersama mendukung Kerajaan PN Negeri Perak,” kata Ahmad.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pula menzahirkan rasa kesal berhubung situasi yang berlaku dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini.
"Biro Politik Bersatu dalam mesyuaratnya petang ini menzahirkan rasa amat kesal dengan apa yang berlaku dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Perak pada hari ini.
"Bersatu ambil maklum bahawa Usul Keyakinan Majoriti Ahli Dewan terhadap YAB Menteri Besar Perak telah ditolak oleh UMNO dan Pakatan Harapan," kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam satu kenyataan media.
Harits Asyraf Hasnan
Fri Dec 04 2020

Sultan Nazrin akan menerima menghadap pemimpin-pemimpin parti untuk menerima maklum berkait sokongan dan gabungan yang bakal dibentuk, sebelum baginda melantik seseorang menjawat jawatan Menteri Besar. - Gambar fail

Noraniza Idris buat laporan polis dakwa perniagaan muruku ditipu RM630,000
Penyanyi Noraniza Idris hari ini membuat laporan polis selepas perniagaan muruku miliknya mengalami kerugian hampir RM630,000.

Trump pertahan keputusan kenakan tarif ke atas barangan Mexico, Kanada
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kekal dengan pendiriannya untuk melaksanakan tarif terhadap barangan dari Mexico dan Kanada, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Kerajaan setuju lantik wakil pembangkang dalam Majlis Perkhidmatan Parlimen
Pelantikan akan dibuat oleh Jawatankuasa Pemilih esok, jika RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025 diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.

DBKL lapor polis pihak manipulasi lesen bazar Ramadan
Dr Zaliha Mustafa berkata agak mengecewakan apabila masih terdapat cubaan penjualan tapak yang dikesan melalui saluran WhatsApp.

Warga emas ditemui terbakar mati akibat hentakan objek tumpul, sedutan asap
Punca kematian wanita warga emas yang ditemui terbakar dipercayai dibunuh anaknya pada Ahad lalu, disebabkan oleh hentakan objek tumpul di kepala serta sedutan asap kebakaran.

Pusat latihan TVET di Gua Musang dijangka mula beroperasi suku ketiga 2025
Pusat latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Gua Musang dijangka mula beroperasi pada suku ketiga tahun ini, menurut Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Pelancaran komersial pertama roket Ariane 6 Eropah ditangguh lagi
Pelancaran komersial pertama roket baharu Eropah, Ariane 6 terpaksa dibatalkan pada saat akhir, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
[TERKINI] Astro Audio mohon maaf, trio Pagi Era direhatkan
Astro Audio memohon maaf atas insidne rakaman video melibatkan penyampainya, Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin. Trio Pagi Era itu juga akan direhatkan dari ke udara sehingga diberitahu kelak.

Nahas KM204: Syarikat lori mengaku tidak bersalah
Syarikat yang diwakili Pengurus Operasi Ng Chee Keong mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melanggar syarat lesen membawa muatan serbuk simen melebihi had berat yang dibenarkan.

Permohonan maaf Astro Audio
Astro Audio melahirkan kekesalan atas satu insiden rakaman video melibatkan penyampai kami, Nabil Ahmad, Azad Jasmin, dan Radin, yang telah dikongsi di platform media sosial ERA.

Perak kekal kerajaan campuran PH-BN meskipun Persekutuan mungkin berbeza - MB Perak
Kerajaan Perak yang terdiri daripada gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) tidak akan membuat sebarang penilitian semula berhubung kerjasama itu.

Menteri Besar Perak lancar Program Tuisyen Cikgu Saarani
Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad berkata sasaran utama program ini adalah untuk membantu pelajar yang akan menduduki peperiksaan utama.

Politik Perak: Tiga Presiden berjumpa, 99.9% krisis Perak diselesaikan hari ini - Ahmad Maslan
Muhyiddin, Zahid Hamidi dan Hadi Awang bertemu di Parlimen cari jalan penyelesaian krisis politik di Perak.

Pemimpin PH menghadap Sultan Perak: Apa bakal jadi esok?
Perkenan itu dibuat Sultan Nazrin seiring duluan (precedent) sebelum ini termasuk sewaktu pembentukan Kerajaan Negeri Perak pada 2018 dan krisis politik awal tahun ini.

Politik Perak: Mungkin usaha penjajaran politik baharu UMNO - Pakar
"Realiti politik kini adalah kerjasama politik itu tidak mustahil walaupun asasnya ada perbezaan,"

Faizal Azumu, Speaker DUN menghadap Sultan Perak petang ini
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dijadual menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah petang ini.

Tidak kecewa, ikrar jadi pembangkang bantu Kerajaan - Asmuni
Bekas Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak dari Pakatan Harapan (PH) tidak sesekali berasa kecewa atas peralihan kerajaan yang berlaku.

'Arshad Ayub - Menanam Pokok Tempat Berteduh'
Tidak ramai insan di dunia yang mencapai usia melebihi 90 tahun; dan bilangan yang kekal sihat, serta cergas secara fizikal, dan cerdas secara mental, ketika berada dalam usia tersebut.

Perak kaji hadkan operasi pusat hiburan sehingga 1 pagi
Kerajaan Perak akan mengkaji untuk memendekkan waktu operasi semua pusat hiburan di negeri ini kepada pukul 1 pagi setiap hari.