KUALA LUMPUR: Ramai yang merasakan mereka boleh memerintah negara hanya melalui partinya sendiri tanpa kerjasama parti lain.
Pendapat itu diluahkan Felo Penyelidik Ilham Centre, Prof Madya Hamidin Abd Hamid yang melihat ia menjadi punca utama mengapa banyak keputusan tidak tepat dibuat sebelum ini sekaligus meletakkan rakyat sebagai mangsa keadaan.
"Hanya satu cara untuk kita bergerak ke hadapan, iaitu kerjasama. Tak mungkin satu parti yang didominasi atau mewakili satu kaum sahaja boleh menjadi pentadbir sedangkan setiap isi negara ini adalah kepelbagaian.
"Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh perdana menteri ke sembilan nanti ialah mendapatkan mandat rakyat. Memandangkan kita tidak boleh mengadakan pilihan raya, mandat boleh diperoleh secara demokrasi melalui Parlimen.
"Kedua, beliau perlu memulakan tugas membina kesepaduan dalam konteks Kabinet dan pengurusan kerajaan. Konteks politik baharu menekankan kepada lebih banyak kerjasama bi-partisan, terutama dalam menangani isu ekonomi dan pandemik," katanya kepada Astro AWANI.
Ujarnya, apa yang harus dilalui rakyat ketika ini adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini, dan itu sahaja sudah cukup untuk menyedarkan yang amalan politik lama harus dihapuskan.
"Pandemik beri ruang untuk kita buat sesuatu yang baharu, tetapi sayangnya amalan politik masih ikut tradisi lama yang akhirnya membawa kepada konflik ketika ini.
"Saya sebenarnya bimbang, dan ini memang boleh berlaku, di mana pembahagian Kabinet masih mengikut kepentingan parti, siapa yang sokong perdana menteri.
"Jika inilah asas pemilihan Kabinet, status quo akan terus berlaku dan kita tidak akan menyaksikan perubahan besar dalam politik," katanya lagi.
Tambah beliau, beberapa formula yang dicadangkan Perdana Menteri sementara, Tan Sri Muhyiddin Yassin minggu lalu seperti mewujudkan Akta Lompat Parti dan meminimumkan kuasa perdana menteri, boleh diterima pakai oleh kerajaan akan datang.
"Ketika beliau (Muhyiddin) membuat cadangan itu, masa dan tempatnya tidak kena. Tetapi jika dicadangkan oleh perdana menteri baharu, ia boleh menjadi titik tolak kepada permulaan amalan politik baharu di negara kita," ujarnya.
Madiha Abdullah
Wed Aug 18 2021
!['Masih ramai bermimpi di siang hari' - Penganalisis 'Masih ramai bermimpi di siang hari' - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/61604243046_merdekacovid.jpg)
Tidak mungkin satu parti yang mewakili satu kaum sahaja boleh menjadi pentadbir sedangkan setiap isi negara ini adalah kepelbagaian. - fotoBERNAMA
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![63.7 peratus sokong pembiayaan awam untuk parti politik - IDEAS 63.7 peratus sokong pembiayaan awam untuk parti politik - IDEAS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719408736_danapolitik.jpg)
63.7 peratus sokong pembiayaan awam untuk parti politik - IDEAS
63.7 peratus responden menyokong pembiayaan awam untuk parti politik.
![Jangan politikkan program penerangan kewarganegaraan - Saifuddin Nasution Jangan politikkan program penerangan kewarganegaraan - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716003768_SaifuddinNasutionI.jpg)
Jangan politikkan program penerangan kewarganegaraan - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution menggesa semua pihak supaya tidak mempolitikkan sebarang program taklimat dan penerangan berkaitan kewarganegaraan yang dianjurkan di pusat khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN).
![BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717854892_DatukOnnHafiz.jpg)
BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz
BN Johor bertekad untuk merampas kembali empat kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRN lepas selain memperkasa gerak kerja PRU16.
![Ongkili secara rasmi serah tanggungjawab Presiden PBS kepada Dr Joachim Gunsalam Ongkili secara rasmi serah tanggungjawab Presiden PBS kepada Dr Joachim Gunsalam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717255108_MaximusOngkili.jpg)
Ongkili secara rasmi serah tanggungjawab Presiden PBS kepada Dr Joachim Gunsalam
Ongkili berkata perasaan beliau agak bercampur-baur namun penyerahan tanggungjawab itu adalah perlu demi kepentingan parti.
![Pilihan raya Britain ditetap pada 4 Julai Pilihan raya Britain ditetap pada 4 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716398262_TBRISHI.jpg)
Pilihan raya Britain ditetap pada 4 Julai
Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu.
![Lebih ramai pemimpin, pengasas Bersatu dijangka sertai PKR - Muhammad Faiz Lebih ramai pemimpin, pengasas Bersatu dijangka sertai PKR - Muhammad Faiz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710250642_tbFaizNaaman.jpg)
Lebih ramai pemimpin, pengasas Bersatu dijangka sertai PKR - Muhammad Faiz
Bekas Ahli MPT Bersatu Dr Muhammad Faiz Na'aman menjangka lebih ramai pemimpin dan pengasas parti itu di semua peringkat akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
![Tanah Haram bukan tempat sebar slogan politik - Sheikh Sudais Tanah Haram bukan tempat sebar slogan politik - Sheikh Sudais](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41708953300_TBSheikhSudais.jpg)
Tanah Haram bukan tempat sebar slogan politik - Sheikh Sudais
Sheikh Sudais juga mengingatkan para jemaah untuk tidak membiarkan isu-isu lain menjejaskan tumpuan mereka beribadah.
![Thailand di kedudukan ke-63 Indeks Demokrasi EIU 2023 Thailand di kedudukan ke-63 Indeks Demokrasi EIU 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61693912699_ThailandsPM.jpg)
Thailand di kedudukan ke-63 Indeks Demokrasi EIU 2023
Indeks itu berdasarkan 5 kategori iaitu proses pilihan raya dan pluralisme, kebebasan sivil, fungsi kerajaan, penyertaan politik dan budaya politik.
![Penggabungan PDP-PSB ikut undang-undang - Tiong Penggabungan PDP-PSB ikut undang-undang - Tiong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81681444944_TiongKingSing.jpg)
Penggabungan PDP-PSB ikut undang-undang - Tiong
Tiong King Sing turut menegaskan penggabungan itu juga tidak akan menyebabkan pilihan raya kecil (PRK) di Sarawak.
![Tiada perang dingin Muhyiddin, Abdul Hadi - Syed Muhammad Imran Tiada perang dingin Muhyiddin, Abdul Hadi - Syed Muhammad Imran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41706792870_TBMuhyiddinAbdulH.jpg)
Tiada perang dingin Muhyiddin, Abdul Hadi - Syed Muhammad Imran
Syed Muhammad Imran turut menafikan hubungan antara Muhyiddin, dengan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam keadaan tidak baik.