SIBU: Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak Datuk Amar Michael Manyin Jawong berkata keputusan untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 adalah yang terbaik buat dirinya dan sudah tiba masanya untuk beliau bersara daripada politik.
Manyin yang merupakan penyandang bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebedu berkata beliau sudah lama menabur bakti sebagai pendidik dan ahli politik.
"Saya memulakan kerjaya dan saya bekerja sebagai guru selama 25 tahun dan selepas itu sebagai ahli politik untuk tempoh 25 tahun juga, jadi saya bekerja sudah setengah abad.
"Jadi ini lebih daripada mencukupi," katanya sambil menyatakan tiada kekesalan pada dirinya berbuat demikian.
Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian "International Sarawak Innovation Technology Exposition Malaysia" 2021 (i-SAINTEX 3.0) di Universiti Technology Sarawak (UTS) di sini semalam.
"Semalam saya melihat semua orang (calon-calon Gabungan Parti Sarawak (GPS)) dan Dr Annuar Rapaee (calon DUN Nangka) menerima surat watikah. Saya berkata kepada diri saya sendiri, saya tidak menyertai mereka dan ia adalah keputusan terbaik yang saya telah buat," katanya.
Manyin, 77, yang mewakili DUN Tebedu selama lima penggal sejak 1996 telah memaklumkan kepada Ketua Menteri yang juga Pengerusi GPS Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada bulan lepas untuk tidak mempertahankan kerusi itu pada PRN12.
Beliau menyatakan rasa bangga kerana telah terlibat dalam dunia pendidikan dan sebahagian daripada Kerajaan Sarawak untuk satu tempoh yang lama untuk berbakti kepada rakyat dan negeri ini.
Turut hadir pada majlis perasmian tersebut ialah Annuar yang juga Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak yang juga Pengerusi UTS dan Naib Canselor UTS Prof Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 04 2021

Manyin berkata, tiada kekesalan pada dirinya dalam mengambil keputusan untuk bersara daripada politik. - Gambar fail BERNAMA

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Bersara politik aktif, tetap setia bersama PBB - Manyin
Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Michael Manyin Jawong menyatakan pendirian akan terus memberi khidmat kepada parti itu sebagai ahli biasa.

Manyin mahu bersara, bangga dapat berbakti kepada Sarawak
Penyandang kerusi DUN Tebedu itu berkata, beliau sudah lama menabur bakti sebagai pendidik dan ahli politik.

PRN Sarawak: Abang Jo beri bayangan 'orang muda' ganti Manyin di Tebedu
Bagaimanapun, Abang Johari enggan mendedahkan 'calon muda' yang bakal dipertaruhkan di kawasan tersebut.

Keputusan tarikh SPM bagi pelajar terjejas di Sarawak dibincangkan hari ini - Manyin
Keputusan terhadap pelaksanaan peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) yang melibatkan 428 pelajar dari 32 sekolah di Sarawak akan dibincangkan dalam satu mesyuarat hari ini.

Mudah difahami dan interaktif, DBNA hasilkan video kesedaran COVID-19 dalam dialek Bidayuh
Video itu tersedia dalam empat versi dialek utama bahasa Bidayuh, antaranya, Bukar Sadong dan Biatah.

Murid SK Temong menang anugerah filem animasi di Brazil bakal terima insentif
Pemberian insentif adalah sebagai ganjaran atas pencapaian cemerlang mereka.

Sarawak sediakan pesawat 'sewa khas' pesawat bawa balik guru dari Semenanjung
Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi bersama Sarawak Volunteers akan bantu para guru dari semenanjung untuk kembali berkhidmat di Sarawak.

DBNA umum enam pelan strategik capai ekonomi pendapatan tinggi 2030
DBNA mengumumkan enam teras pelan strategik untuk masyarakat Bidayuh bagi mencapai eknomi berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Siapa mahu pastikan keselamatan murid ketika belajar berenang di hotel?
Cadangan untuk menjadikan kolam renang hotel sebagai tempat pembelajaran renang bagi murid dan pelajar sekolah merupakan satu perkara yang tidak selamat dan boleh diguna pakai di Sarawak.

Jadikan sekolah angkat bantu tingkatkan bahasa Inggeris
ADUN Sarawak diminta mengambil sekolah-sekolah di kawasan mereka sebagai sekolah angkat dan membantu menangani kemerosotan standard Bahasa Inggeris di kalangan pelajar