Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) mengumumkan enam teras pelan strategik yang berharap kerajaan negeri dapat melaksanakan untuk masyarakat Bidayuh bagi mencapai eknomi berpendapatan tinggi menjelang 2030.
Ketua Penasihatnya, Datuk Seri Michael Manyin Jawong berkata ia merupakan dokumen yang mengandungi cadangan untuk program dan projek bagi membantu masyarakat Bidayuh mempersiapkan diri dan mengambil bahagian dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
"Objektif utamanya ialah menyediakan rangka kerja bagi pembangunan komuniti Bidayuh jadi tiada siapa yang ketinggalan," katanya dalam ucapan aluan sempena perhimpunan tahun baru DBNA, di sini malam tadi yang dihadiri 1,000 orang melibatkan 21 cawangan DBNA termasuk dari Lembah Klang.
Turut hadir Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Presiden DBNA Datuk Ik Pahon Joyik
Enam teras pelan strategik 2020-2030 bagi komuniti Bidayuh itu ialah kemampanan organisasi, pendidikan dan kemahiran; pembangunan, budaya, bahasa dan warisan; dokumentasi tanah NCR dan pembangunan tanah NCR; program pembangunan usahawan; serta pembangunan masyarakat dan perkhidmatan kebajikan sosial.
Pelan strategik itu kemudiannya diserahkan kepada Abang Johari oleh Manyin selepas diumumkan pada malam ini.
Ia adalah pelan strategik kedua sejak perumusan yang pertama pada 2007.
Saranan itu adalah hasil daripada sesi bengkel yang diadakan pada November tahun lepas anjuran bersama DBNA dan Persatuan Graduan Bidayuh Sarawak (BGA) untuk mengenal pasti, menjelaskan dan menangani bidang-bidang keutamaan bagi pembangunan dan kemajuan masyarakat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 10 2020

MANYIN: Objektif utamanya ialah menyediakan rangka kerja bagi pembangunan komuniti Bidayuh jadi tiada siapa yang ketinggalan. - Gambar fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

'Dayung H'muai Semban' kini tinggal berempat
Jumaat lalu, Nyadi Dolah, 92 tahun, menghembuskan nafas terakhir di Kawasan Penempatan Semula Bengoh.

PRN Sarawak: Lapan kerusi Bidayuh harus dipertahan - Miro Simuh
Lapan kerusi tersebut masing-masing adalah Opar, Tasik Biru, Serembu, Mambong, Tarat, Tebedu, Kedup serta Bukit Semuja.

Hanya tiga wanita 'ring lady' dari Kampung Semban masih hidup
Hanya tiga orang wanita yang memakai gelang tembaga atau dikenali dengan nama jolokan ring lady dari Kampung Semban, Ulu Padawan, berusia lingkungan 69 dan 94 tahun yang masih hidup dan bukannya lima.

Masyarakat Bidayuh hebat 'macam cili padi' - Abang Jo
Abang Johari mengibaratkan masyarakat Bidayuh umpama cili padi. Kecil tapi berbahang kepedasannya.

Teruskan pelihara simbol komuniti Bidayuh - Abang Jo
Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata biarpun peratusan komuniti Bidayuh di Sarawak kecil, tetapi mereka mempunyai kelas yang tersendiri.

Terap elemen etnik, pelitup muka BORNEONATIVE cipta kelainan
Rekaan alat pelindung keselamatan itu tidak sama seperti dahulu. Kini, ia dipelbagaikan dengan hasilan kreatif yang tampak moden dan segar.

Kenali ucapan Hari Gawai mengikut etnik pribumi Sarawak
Menjelang sambutan Hari Gawai yang akan diraikan esok, lazimnya ucapan Selamat Hari Gawai Dayak Gayu Guru akan dizahirkan kepada masyarakat di Bumi Kenyalang yang menyambutnya.

DBNA umum enam pelan strategik capai ekonomi pendapatan tinggi 2030
DBNA mengumumkan enam teras pelan strategik untuk masyarakat Bidayuh bagi mencapai eknomi berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Ai Pengayu atau Tuak kewajipan pada Hari Gawai
Tuak mempunyai aroma tersendiri. Rata-rata masyarakat Dayak dapat mengetahui rasa tuak yang kuat dari menghidu aromanya sahaja.

Satu permulaan baharu bagi setiap yang dilakukan... Ini fakta sambutan Gawai Dayak
Lazimnya, sambutan Gawai ini disambut setelah musim menuai. Begawai dalam erti kata mudah sama seperti merayakan sesuatu.