KUALA LUMPUR: Keputusan mengenai tarikh baharu peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) yang melibatkan 428 pelajar dari 32 sekolah di Sarawak yang terjejas akibat COVID-19 akan dibincangkan dalam satu mesyuarat hari ini.
Menurut Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, Datuk Amar Michael Manyin Jawong, mesyuarat itu diadakan bersama Pengarah Jabatan Pendidikan Sarawak, Dr Norisah Suhaili serta beberapa pihak berkepentingan.
Tambah Manyin, kesemua calon yang terjejas ini adalah disebabkan mereka positif COVID-19 serta tinggal di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
“Perbincangan mengenai perkara ini akan diadakan hari ini untuk mengenal pasti langkah dan tindakan selanjutnya.
“Ketika ini jumlah pelajar yang tidak dapat menduduki peperiksaan SPM juga meningkat kerana pelaksanaan PKPD di Kampung Emperoh Jambu di Padawan susulan satu kluster baharu diumumkan di sana pada Isnin,” katanya.
BACA: COVID-19: 428 pelajar di Sarawak tidak dapat duduki SPM
Tambah Manyin, dapatan dan cadangan daripada mesyuarat itu akan diberikan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk tindakan lanjut.
Bukan itu sahaja, jelas beliau, sebarang cadangan dan penelitian akan mengambil kira pandangan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.
"Apa sahaja dapatan kita daripada mesyuarat ini akan kita rujuk kepada JPBN Sarawak kerana mereka adalah penyelaras COVID-19 di negeri ini.
"Malah, apa juga cadangan dan keputusan kita tidak boleh umumkan. Sebaliknya kita akan kemukakan kepada KPM sebelum mereka membuat keputusan," katanya.
Terdahulu, 35,312 pelajar di Sarawak dijadual menduduki peperiksaan SPM 2020 yang bermula 22 Februari hingga 25 Mac 2021.
Daripada jumlah itu, 33,064 pelajar atau 93.63 peratus merupakan calon sekolah aliran perdana dan 942 orang atau 2.67 peratus adalah calon sekolah swasta.
Manakala 361 orang atau 1.02 peratus pula merupakan calon sekolah di bawah agensi selain Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan 945 orang atau 2.68 peratus adalah calon persendirian.
Calon-calon berkenaan akan ditempatkan di 294 pusat peperiksaan dan diawasi 226 orang penyelia kawasan dan 2,566 pengawas peperiksaan.
Syafik Shukri Jalil
Tue Feb 23 2021

Tambahnya dapatan daripada mesyuarat ini juga akan dipanjangkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk tindakan seterusnya. FOTO: BERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

Mansuh prosedur enterSarawak, bukti keluhan anak Sarawak didengari
Kelonggaran kemasukan ke Sarawak dilihat memudahkan urusan anak-anak Sarawak untuk pulang mengundi jika Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12) dilaksanakan dalam waktu terdekat.

Kitak urang maok nangga wayang sik? Sabar dolok... dua hari gik
JPBN Sarawak bersetuju membenarkan panggung wayang untuk kembali beroperasi berkuatkuasa mulai 10 Oktober jam 12.01 pagi.

COVID-19: 1,503 kes positif di Sarawak, 19 kes kategori 3,4 dan 5
Sarawak kekal merekodkan kes harian COVID-19 tertinggi di seluruh negara dengan 1,503 kes dicatatkan pada Rabu.

COVID-19: 2,121 kes positif di Sarawak, 99.39 kes kategori 1 dan 2
Sarawak kekal merekodkan kes positif COVID-19 tertinggi dalam negara dengan 2,121 kes dilaporkan hari ini.

1,008 unit silinder oksigen dari Kuala Lumpur tiba di Sarawak
Peralatan perubatan yang diterima itu merupakan persediaan Sarawak untuk peningkatan kapasiti hospital dan mendepani penularan varian Delta.

COVID-19: 2,943 kes positif di Sarawak, sembilan kes kategori 3,4 dan 5
Sarawak sekali lagi melaporkan kes positif COVID-19 tertinggi di seluruh negara dengan 2,943 kes pada Ahad.

Projek pembinaan Hospital Petra Jaya disambung semula, dijangka dibuka 2024 - Khairy
Projek pembinaan semula Hospital Petra Jaya yang terbengkalai selama tiga tahun kini disambung semula setelah kontraktor penyelamat dilantik untuk mengambil alih projek sakit itu.

KKM akan percepat pembukaan Hospital Sri Aman - Khairy
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mempercepatkan pembukaan Hospital Sri Aman sekali gus menampung keperluan fasiliti perubatan yang dihadapi Hospital Umum Sarawak (HUS) di Kuching.

COVID-19: 2,712 kes positif di Sarawak, 99.82 peratus kategori 1 dan 2
Sarawak sekali lagi merekodkan kes positif COVID-19 harian tertinggi dengan 2,712 kes dilaporkan pada Sabtu.

Vaksin CanSino sedia digunakan di pedalaman Sarawak- Uggah
Bekalan vaksin dos tunggal jenis CanSino di Sarawak sudah bersedia untuk digunakan di kawasan luar bandar.