Manifesto Barisan Nasional (BN) merupakan akujanji yang jelas, rasional, penuh bertanggungjawab dan mengambil kira semua lapisan masyarakat.
Ketua Pemuda MIC Datuk C Sivarraajh berkata, ia bukan janji yang retorik seperti mana yang ditampilkan pembangkang sebelum ini yang tidak akan mampu untuk dilaksana mereka.
Jelasnya, paling penting isu pekerjaan dan perumahan untuk orang muda menjadi satu agenda besar dalam manifesto berkenaan.
"Menarik dalam isu pekerjaan ini ada dua elemen, pertama ada tiga juta peluang pekerjaan dan kalau di bawah 30 tahun, anak muda yang mempunyai ijazah ini akan mendapat pekerjaan atau ditawar peluang pekerjaan dalam masa enam bulan.
"Dalam masa sama, kajian mendapati isu orang muda adalah perumahan dan pekerjaan.
"Jadi kedua-duanya sudah diselesaikan, saya percaya manifesto ini mengambil berat isu golongan muda di negara ini," katanya ketika dihubungi di sini pada Sabtu.
TONTON: #MalaysiaMemilih: Majlis pelancaran Manifesto Barisan Nasional
BACA: Manifesto BN: Agenda ekonomi wanita terus diperkasa
Pada Sabtu, Najib melancarkan manifesto BN yang mengandungi 14 akujanji sebagai tawaran kepada rakyat negara ini, untuk terus memberi mandat kepada parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) ini.
Manifesto bertemakan "Bersama BN Hebatkan Negaraku" itu menyentuh semua aspek kesejahteraan hidup masyarakat dan menjamin tiada siapa yang akan dipinggirkan bagi menghadapi pelbagai cabaran, dengan mengambil kira keperluan semua negeri untuk tempoh lima tahun akan datang.
Dalam pada itu kata Sivarraajh, pengumuman penambahan lebuhraya dan tambahan kemajuan di dalam sistem pengangkutan akan membangunkan bandar-bandar kecil sepanjang jalan berkenaan.
Katanya, ia bakal membolehkan lebih banyak penduduk berniaga dan membuka peluang pekerjaan sekali gus meningkatkan ekonomi penduduk di lokasi berkenaan.
Dalam pada itu katanya, semua 14 teras inisiatif dan janji BN untuk tempoh lima tahun akan datang seperti yang diumumkan akan dilaksanakan sepenuhnya, berbekalkan rekod serta pencapaian yang cemerlang dalam manifesto sebelum ini (PRU-13).
"Janji BN ini mencakupi pelbagai inisiatif yang menyeluruh dan merangkumi segenap masyarakat serta peringkat usia.
"Di samping itu, ia menjana agihan ekonomi yang turut dirasai rakyat di luar bandar.
"Usaha BN untuk meningkatkan gaji minimum sebanyak RM1,500 jelas menunjukkan kesungguhan BN dalam membantu rakyat berdepan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat ketika ini," ujarnya.
Astro Awani
Sat Apr 07 2018
![Manifesto BN selesai isu perumahan dan pekerjaan - Sivaraajh Manifesto BN selesai isu perumahan dan pekerjaan - Sivaraajh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/81515708340_sivarrajhsivarrajh.jpg)
SIVARRAAJH: Kajian mendapati isu orang muda adalah perumahan dan pekerjaan, kedua-duanya sudah diselesaikan. - Gambar fail
![Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator' Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740002917_TBTrumpZelenskiy.jpg)
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![Sayap UMNO desak wakil rakyat pulangkan kerusi jika ingin keluar parti Sayap UMNO desak wakil rakyat pulangkan kerusi jika ingin keluar parti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/61538199876_TBDATUKDRNORAINI.jpg)
Sayap UMNO desak wakil rakyat pulangkan kerusi jika ingin keluar parti
Bagi mereka, wakil rakyat tersebut bertanding atas nama parti dan memanfaatkan jentera selain menggunakan wang parti itu tetapi telah menghancurkan kepercayaan parti dan mengkhianati amanah pengundi.
![Manifesto BN selesai isu perumahan dan pekerjaan - Sivaraajh Manifesto BN selesai isu perumahan dan pekerjaan - Sivaraajh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/81515708340_sivarrajhsivarrajh.jpg)
Manifesto BN selesai isu perumahan dan pekerjaan - Sivaraajh
Ketua Pemuda MIC Datuk C Sivarraajh berkata, ia bukan janji yang retorik seperti mana yang ditampilkan pembangkang sebelum ini yang tidak akan mampu untuk dilaksana mereka.
![16 peratus rumah mampu milik dalam akujanji BN berjaya disiapkan - Najib 16 peratus rumah mampu milik dalam akujanji BN berjaya disiapkan - Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/51448626531_DSNajibRazak.jpg)
16 peratus rumah mampu milik dalam akujanji BN berjaya disiapkan - Najib
Kerajaan komited meneruskan projek perumahan berkenaan kerana perkara itu dekat di hati rakyat walaupun menghadapi cabaran ekoran keadaan ekonomi tidak menentu.
![BN akan bentang kad laporan prestasi tahun ini - Najib BN akan bentang kad laporan prestasi tahun ini - Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/71441799961_PresidentUMNO.jpg)
BN akan bentang kad laporan prestasi tahun ini - Najib
Kad laporan prestasi Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan dibentang pada tahun ini sebagai memenuhi janji akauntabiliti kepada rakyat sejak pilihan raya umum (PRU) ke-13 yang lalu.
![Agensi cari jodoh: Ideologi politik penting sebelum temukan pasangan Agensi cari jodoh: Ideologi politik penting sebelum temukan pasangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/41439741204_CARIJODOH.jpg)
Agensi cari jodoh: Ideologi politik penting sebelum temukan pasangan
Bagi Zainuddin Md Jaafar, 50, seorang pengurus agensi cari jodoh, ideologi politik amat dititikberatkan sebelum mempertemukan pasangan yang benar-benar ingin mencari jodoh.
![Ada 'broker' dan 'barua' yang curi dua ADUN PAS - Hadi Ada 'broker' dan 'barua' yang curi dua ADUN PAS - Hadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-05/71400901281_295x200.jpg)
Ada 'broker' dan 'barua' yang curi dua ADUN PAS - Hadi
Abdul Hadi berkata pihak berkenaan memujuk ADUN Hulu Kelang Saari Sungib dan ADUN Morib Hasnol Baharuddin untuk menandatangani akuan bersumpah menyokong Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail
![Strategi perumahan BN mampu dilaksana - Penganalisis Strategi perumahan BN mampu dilaksana - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/41365406135_295x200.jpg)
Strategi perumahan BN mampu dilaksana - Penganalisis
Manifesto Barisan Nasional (BN) yang diumumkan oleh Perdana Menteri untuk menyediakan satu juta rumah mampu milik dalam masa lima tahun dan beberapa pendekatan lain diterima baik pakar ekonomi.