KUALA LUMPUR:Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mengulangi ikrar mereka untuk menegakkan keadilan, membanteras amalan rasuah dan memperbaiki institusi termasuk badan kehakiman dalam usaha mengembalikan mandat rakyat.
Dalam satu kenyataan, Majlis Presiden PH menjelaskan iltizam dan komiten itu tetap menjadi keutamaan dan tidak boleh dikompromi dalam apa sahaja langkah yang diambil bagi mengembalikan mandat rakyat.
"Pakatan Harapan menegaskan bahawa walau apa sekalipun langkah yang diambil dalam mengembalikan mandat rakyat itu, iltizam dan komitmen terhadap perjuangan menegakkan keadilan, membanteras amalan rasuah, dan memperbaiki institusi termasuk badan kehakiman tidak boleh dikompromi," kata kenyataan yang ditandatangani Setiausaha Agung parti komponen PH.
Majlis Presiden PH dalam pada itu turut mendoakan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah sembuh daripada sebarang masalah kesihatan dan kekal di bawah lindungan Ilahi.
Seminggu yang lepas, Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau mempunyai majoriti sokongan daripada anggota Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.
Anwar menjelaskan beliau telah mendapat perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong namun terpaksa ditangguh kerana baginda menjalani rawatan di Institut Jantung Negara.
Astro Awani
Tue Sep 29 2020
Majlis Presiden PH menjelaskan iltizam dan komiten itu tetap menjadi keutamaan dan tidak boleh dikompromi dalam apa sahaja langkah yang diambil bagi mengembalikan mandat rakyat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PRK Nenggiri: Polis sahkan ada cubaan pengaruhi pengundi untuk tidak keluar mengundi
Polis mengesahkan bahawa ada pihak tertentu yang cuba mempengaruhi pengundi untuk tidak menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Sabtu ini.
Pasaran EV Malaysia berpotensi capai dua peratus menjelang akhir tahun - EON
EON mengunjurkan penembusan pasaran kenderaan elektrik (EV) Malaysia mencecah sehingga dua peratus menjelang akhir tahun, didorong oleh pelancaran model EV tambahan.
AADK sedia hadapi cabaran selepas RUU Akta Penagih Dadah 2024 diwartakan
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sudah bersiap sedia dalam segala aspek sejurus Rang Undang-Undang Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (Pindaan) 2024 diwartakan kelak.
MIDF unjur KDNK suku kedua 2024 Malaysia berkembang 6.1 peratus
MIDF Amanah Investment Bank Bhd mengunjurkan pertumbuhan KDNK Malaysia bagi suku kedua 2024 pada sekitar 6.1 peratus tahun ke tahun, disokong oleh pertumbuhan kukuh sektor perkhidmatan.
Malaysia dijangka tarik pelaburan baharu dalam sektor tenaga dari Singapura dan Vietnam - Fadillah
Malaysia dijangka menarik pelaburan baharu dalam sektor tenaga dari Singapura dan Vietnam, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
EU derma 215,000 vaksin cacar monyet ke Afrika - Suruhanjaya Eropah
Suruhanjaya Eropah mengumumkan bahawa pihaknya sedang menyelaraskan sumbangan lebih 215,000 dos vaksin cacar monyet kepada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (Africa CDC).
Keldai akaun: Penglibatan pelajar IPT secara tidak sengaja, ditipu sindiket - KPN
Polis tidak menolak kemungkinan pembabitan pelajar IPT sebagai pemilik keldai akaun disebabkan mereka turut menjadi mangsa penipuan sehingga akaun bank mereka digunakan sindiket.
PRK Nenggiri: Jentera BN perlu teruskan gerak kerja hingga kempen berakhir
Jentera Barisan Nasional (BN) diingatkan terus melaksanakan gerak kerja sehingga tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri berakhir 11.59 malam esok.
Kemajuan projek ECRL di empat negeri capai 70.13 peratus
Anthony Loke berkata pembinaan projek berkenaan berjalan lancar dan mengikut jadual ditetapkan.
PH Selangor sedia bincang cadangan UMNO diberi kerusi di Kota Raja
Pakatan Harapan (PH) Selangor sedia berbincang dan mempertimbangkan cadangan UMNO untuk diberikan sekurang-kurangnya satu kerusi di Bahagian Kota Raja pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Kerjasama akar umbi PH-BN terus diperkukuh - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi berkata meskipun menyedari perkara itu akan mengambil masa, namun ia tidak mustahil untuk dicapai.
Kerajaan sedia bincang pinda Akta Antilompat Parti baiki kelompangan
Kerajaan terbuka untuk mengadakan perbincangan bagi membaiki kelompangan yang wujud dalam Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 (Akta A1663) atau Akta Antilompat Parti.
PRK Sungai Bakap: Kerajaan ambil kira pandangan semua pihak - Fahmi
Langkah dasar penyasaran subsidi diesel merupakan gambaran manifestasi rakyat yang disuarakan melalui PRK Sungai Bakap adalah antara perkara yang akan diteliti dalam 'bedah siasat PRK itu.
PRU16: Kerjasama BN-PH diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi
Keputusan berkenaan kerjasama BN dengan PH pada PRU16 hanya akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi BN.
DAP mengalu-alukan kesediaan BN kerjasama dengan PH
DAP mengalu-alukan kesediaan Barisan Nasional (BN) bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi memperkukuhkan Kerajaan Perpaduan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
PRK Sungai Bakap: PN menang majoriti 4,267
Calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail sah diumumkan memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap dengan majoriti 4,267 undi.
PRK Sungai Bakap: Joohari yakin sokongan pengundi di kawasan 'hitam'
Joohari berharap lebih ramai pengundi dapat keluar awal menunaikan tanggungjawab mereka hari ini.
PRK Sungai Bakap: Tarik pengundi atas pagar jika mahu PH menang - Rafizi
Undi kumpulan atas pagar akan menjadi penentu kepada kemenangan calon bertanding dan boleh menyebabkan perubahan kerajaan, kata Rafizi.
PRK Sg Bakap: Undi calon kerajaan negeri, bawa suara lebih efektif - Mohamad
Pengundi di DUN Sungai Bakap digesa memberi sokongan kepada calon PH Dr Joohari Ariffin dan seterusnya memilih beliau sebagai wakil rakyat pada pengundian PRK kawasan itu Sabtu ini.