BATU PAHAT: Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong terus kekal menerajui kepimpinan negeri bagi penggal keempat berturut-turut menerusi pemilihan yang diadakan sempena Konvesyen Biasa DAP Johor 2021 hari ini.
Keputusan itu diumumkan oleh Speaker Konvensyen merangkap Ahli Parlimen Rasah Cha Kee Chin selepas selesai mesyuarat tertutup membabitkan 15 ahli jawatankuasa baharu yang dilantik.
Selain Liew, Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekok Dr S.Ramakrishnan turut mengekalkan jawatan masing-masing sebagai Timbalan Pengerusi dan Naib Pengerusi.
ADUN Paloh Sheikh Umar Bagharib Ali, sebelum ini Setiausaha Publisiti, dilantik sebagai Naib Pengerusi manakala ADUN Stulang Andrew Chen Kah Eng sebagai setiausaha baharu sekali gus mengetepikan ADUN Skudai Tan Hong Pin yang sebelum ini memegang jawatan tersebut, yang turut tidak tersenarai dalam barisan 15 ahli jawatankuasa baharu.
Mesyuarat sama juga menetapkan jawatan Bendahari disandang oleh ADUN Penggaram Gan Peck Cheng; Setiausaha Organisasi (Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi), Penolong Setiausaha Organisasi (Ho Bao Kheong), Setiausaha Publisiti ( ADUN Johor Jaya Liew Cai Tung), Penolong Setiausaha Publisiti (Marina Ibrahim) dan Pengarah Pendidikan Politik Negeri (ADUN Senai Alan Tee Boon Tsong).
Ahli Parlimen Bakri Yeo Bee Yin, bekas Pengerusi DAP Johor Boo Cheng Hau, Lim Eng Guan, ADUN Bentayan Ng Yak Howe, ADUN Pekan Nanas Yeo Tung Siong dan ADUN Jementah Tan Chen Choon dan M. Kannan pula dipilih sebagai ahli jawatankuasa biasa.
Selain itu, jawatankuasa bersetuju melantik Boon Sin Wei sebagai Setiausaha Kerja dan Ahli Parlimen Labis Pang Hok Liong sebagai Ketua Biro Guaman.
Pemilihan itu turut menyaksikan lima calon wanita berjaya memperoleh undi tinggi daripada 1,024 perwakilan yang hadir.
Keputusan itu sekali gus melayakkan kesemuanya terpilih ke dalam senarai barisan 15 jawatankuasa negeri baharu.
Mereka ialah Ahli Parlimen Bakri Yeo Bee Yin dengan 631 undi, Ahli Parlimen Pulai Teo Nie Ching (577), Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi (555), ADUN Johor Jaya Liow Cai Tung (553) dan ADUN Penggaram Gan Peck Cheng (539).
Astro Awani
Sun May 02 2021

Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong terus kekal menerajui kepimpinan negeri. - Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

PRK DUN Mahkota: DAP Johor bantu pastikan kemenangan calon BN
DAP Johor akan membantu calon Barisan Nasional (BN) untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

PRU15: Chin Tong sah ke Iskandar Puteri ganti Kit Siang
Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong sah akan bertanding di kerusi Parlimen Iskandar Puteri pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

PRN Johor: Masa depan karier politik Chin Tong mungkin dalam bahaya?
Liew Chin Tong dikatakan menambah 'musuh politik' dengan menggugurkan beberapa penyandang dari kerusi yang mereka menangi pada PRU14

DAP Johor terkejut dakwaan 'dipelawa' kerjasama PH-UMNO bentuk kerajaan negeri
DAP Johor mendakwa terkilan dengan kenyataan berkaitan pelawaan kerjasama Pakatan Harapan dan UMNO untuk membentuk sebuah kerajaan negeri sekiranya parti itu memutuskan untuk menarik diri daripada PN.

"Saya masuk DAP, digelar pengkhianat Melayu" - Marina Ibrahim
Setiausaha Publisiti Wanita DAP Johor itu berpendapat politik perkauman adalah lapuk, dan menghambat perjalanan negara untuk maju ke hadapan

Pasca PRK dan cabaran politik baru Pakatan Harapan
Keputusan dua PRK yang baru sahaja usai pastinya meninggalkan kesan mendalam terhadap penyokong serta pendokong Pakatan Harapan (PH).