SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) Selangor harus memberi peluang kepada muka baharu terutama golongan profesional yang berpotensi dalam usaha merampas kembali Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata golongan 'warlord' BN sebagai orang politik harus berjiwa besar untuk menerima kelompok profesional selain memulakan pencarian calon lain yang dapat membantu kemenangan gabungan itu.
"Orang-Orang lama bagilah peluang kepada orang-orang baharu, zaman kita jadi wakil rakyat merekalah yang bantu kita.
"Zaman kita telah lepas, kita pula yang harus bantu muka-muka baharu untuk mereka menang," katanya ketika berucap pada Majlis Penutup Konvensyen BN Selangor, di sini, malam tadi.
Beliau berkata kemenangan BN pada Pilihan Raya Negeri di Sabah, Melaka dan Johor tidak seharusnya dijadikan acuan bagi menghadapi PRU akan datang sebaliknya BN Selangor harus melakukan perubahan dengan mencari tokoh profesional dalam kalangan anak Selangor untuk dinamakan sebagai calon.
"Kita orang politik harus berjiwa besar kalau kita mahu kembalikan Selangor (kepada BN), cari orang-orang Selangor, lakukan pencarian bakat politik supaya mereka balik ke Selangor," katanya.
Ahmad Zahid juga berkata pelantikan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Bendahari BN Selangor adalah langkah permulaan untuk beliau 'terjun' ke bidang politik.
"Peluang itu adalah peluang yang terbaik kerana bukan sahaja beliau telah dikenali, tentu beliau mempunyai hasrat terlibat secara langsung dalam politik kerana beliau juga telah menjadi ahli UMNO Cawangan Jalan Travers (Bahagian Lembah Pantai)," katanya.
Tengku Zafrul pula menzahirkan ucapan terima kasih kepada BN Pusat dan Selangor atas kepercayaan melantik beliau sebagai Bendahari BN Selangor yang baharu.
Beliau berkata sama ada tercalon atau tidak pada pilihan raya akan datang, keutamaan yang diberikan adalah untuk memastikan BN dapat menawan kembali Selangor.
"Kita satu pasukan di Selangor. Pengerusi BN Selangor Tan Sri Noh Omar dan saya akan bekerjasama dengan semua pucuk kepimpinan BN di Selangor... untuk menawan kembali Selangor," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 31 2022
![Letak tokoh profesional sebagai calon BN, rampas semula Selangor - Zahid Hamidi Letak tokoh profesional sebagai calon BN, rampas semula Selangor - Zahid Hamidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51659287979_ZahidHamidi.jpg)
Ahmad Zahid berkata golongan 'warlord' BN harus berjiwa besar untuk menerima kelompok profesional. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![RUU berkaitan pekerja gig dijangka dibentang pada sesi Parlimen Oktober - Ahmad Zahid RUU berkaitan pekerja gig dijangka dibentang pada sesi Parlimen Oktober - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720076038_ZahidHamidi.jpg)
RUU berkaitan pekerja gig dijangka dibentang pada sesi Parlimen Oktober - Ahmad Zahid
Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia yang dipengerusikan beliau hari ini.
![PRK Sungai Bakap: Zahid janji bantu Joohari bangunkan Sungai Bakap PRK Sungai Bakap: Zahid janji bantu Joohari bangunkan Sungai Bakap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719301389_AhmadZahidHamidi.jpg)
PRK Sungai Bakap: Zahid janji bantu Joohari bangunkan Sungai Bakap
TPM berazam akan membantu kawasan Sungai Bakap yang dikategorikan sebagai luar bandar.
![Najib gagal dalam permohonan cabar kewujudan titah adendum jalani tahanan di rumah Najib gagal dalam permohonan cabar kewujudan titah adendum jalani tahanan di rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718808324_TBNajib.jpg)
Najib gagal dalam permohonan cabar kewujudan titah adendum jalani tahanan di rumah
Mahkamah Tinggi KL tolak permohonan Najib untuk dapatkan kebenaran mulakan semakan kehakiman bagi mencabar kewujudan Titah Adendum.
![BN guna lambang sendiri pada PRU16 - Ahmad Zahid BN guna lambang sendiri pada PRU16 - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719735298_TBzahidhamidi.jpg)
BN guna lambang sendiri pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan menggunakan lambang sendiri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) biarpun mengadakan kerjasama politik dengan Pakatan Harapan (PH).
![TVET diharap sentiasa jadi pilihan utama lanjut pelajaran - Ahmad Zahid TVET diharap sentiasa jadi pilihan utama lanjut pelajaran - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719671337_TBZahidHamidi.jpg)
TVET diharap sentiasa jadi pilihan utama lanjut pelajaran - Ahmad Zahid
TVET diharapkan sentiasa menjadi pilihan utama untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, terutama dalam kalangan pelajar yang tidak mendapat keputusan baik dalam SPM.
![‘Bantu UMNO perkuat, kembali kepercayaan ahli’ - Mohamad Sabu ‘Bantu UMNO perkuat, kembali kepercayaan ahli’ - Mohamad Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719659212_umno.jpg)
‘Bantu UMNO perkuat, kembali kepercayaan ahli’ - Mohamad Sabu
Bantu UMNO perkuat, kembali kepercayaan ahli - Mohamad Sabu
![Institusi TVET bakal terap silibus antirasuah seperti disyorkan SPRM Institusi TVET bakal terap silibus antirasuah seperti disyorkan SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61663745283_TBAZLANRAZALI.jpg)
Institusi TVET bakal terap silibus antirasuah seperti disyorkan SPRM
SPRM akan menyediakan tenaga pengajar Training of Trainers (TOT), dan pensyarah bagi modul-modul teknikal yang berkaitan dengan Akta SPRM 2009.
![Kerajaan buta warna dalam buka peluang untuk rakyat ikuti TVET- Ahmad Zahid Kerajaan buta warna dalam buka peluang untuk rakyat ikuti TVET- Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719303558_ZahidHamidi.jpg)
Kerajaan "buta warna" dalam buka peluang untuk rakyat ikuti TVET- Ahmad Zahid
Kerajaan mengambil pendirian 'buta warna' dalam memberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk mengikuti kursus TVET di negara ini.
![UiTM berperanan penting lahir golongan profesional, teknokrat Bumiputera - Ahmad Zahid UiTM berperanan penting lahir golongan profesional, teknokrat Bumiputera - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719265810_AhmadZahidHamidi.jpg)
UiTM berperanan penting lahir golongan profesional, teknokrat Bumiputera - Ahmad Zahid
Usaha itu perlu, memandangkan tidak ada satu bidang profesional dan teknikal yang Bumiputera telah mencapai kadar peratusan berkenaan.
![Jangan berunding ketika parti lemah - Ahmad Zahid Jangan berunding ketika parti lemah - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719119680_ahmadzahid.jpg)
Jangan berunding ketika parti lemah - Ahmad Zahid
Beliau berkata, soal bekerjasama dengan siapa tidak perlu diberi perhatian terlebih dahulu kerana hanya dengan kekuatan pihak lain barulah akan ada perundingan berlaku.