SIRI Call of Duty telah terjual lebih 500 juta unit sejak ia mula dihasilkan pada tahun 2003.

Activision Blizzard mengumumkan angka jualan terkini ini serentak dengan pelancaran Call of Duty: Black Ops 6 minggu ini yang turut mencatatkan jumlah pemain tertinggi pernah dicatatkan oleh siri itu.

Angka yang diumumkan hari ini tidak termasuk jualan Black Ops 6.

Sungguhpun begitu, ia masih berjaya meletakkan siri Call of Duty (COD) di tangga kedua siri permainan video dengan jualan tertinggi di belakang siri Mario yang terjual lebih 880 juta unit sejak 1981.

COD kini diekori oleh Tetris (495 juta), Pokemon (480 juta), GTA (430 juta), Minecraft (350 juta) dan FIFA (325 juta).

Rekod jualan dan jumlah pemain yang tinggi ini menjadi antara penyebab Microsoft mengambil alih Activision Blizzard pada tahun 2022 dengan harga $69 bilion.