Pemimpin UMNO dinasihatkan untuk mendalami sejarah politik tanah air sebelum mengeluarkan kenyataan.
Presiden Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan, Razak Abas berkata, nasihat sama dituju kepada Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah kerana seakan lupa dengan peristiwa politik ketika beliau ‘merangkak’ cari PAS selepas menubuhkan Semangat 46.
Menurutnya, kerjasama Tengku Razaleigh dan PAS Kelantan bagi menubuhkan Kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah ketika itu menyebabkan UMNO hilang Kelantan.
“Namun Tengku Razaleigh memutuskan silaturahim dengan PAS menyebabkan penyokong menganggap beliau selaku Presiden Semangat 46 ketika itu sebagai tidak pernah ikhlas.
“Selepas pembubaran Semangat 46, penyokong UMNO mula berpecah dan memilih PAS, sejarah kembali berulang apabila penyokong dan pemimpin UMNO berlari mencari PAS selepas PRU14,” katanya.
Ujar beliau lagi, meskipun menyedari hakikat itu, kepimpinan dan ahli PAS tidak pernah menjemput UMNO untuk bekerjasama tetapi sekadar menguatkan barisan pembangkang di Parlimen.
Razak katanya, beliau tidak bersetuju jika gabungan politik dilakukan kerana Umno ialah parti yang membawa penyakit.
Beliau yang juga bekas Jawatankuasa Badan Perhubungan Semangat 46, menasihati Tengku Razaleigh supaya beliau mengundurkan diri daripada arena politik kerana kepimpinan UMNO mungkin tidak menyebelahi beliau, sebagaimana kekalahannya dalam pemilihan Presiden UMNO baru-baru ini.
Semalam Tengku Razaleigh mengeluarkan kenyataan UMNO tidak sewajarnya merangkak mencari PAS untuk memulihkan imejnya selepas kekalahan dalam PRU14, 9 Mei lalu.
Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, jalinan hubungan antara UMNO dan PAS tidak pernah dibincangkan secara rasmi dan menyeluruh.
Nasihat sama dituju kepada Tengku Razaleigh kerana seakan lupa dengan peristiwa politik ketika beliau mencari PAS selepas menubuhkan Semangat 46.
Sinar Harian
Mon Sep 24 2018
kerjasama Tengku Razaleigh dan PAS Kelantan bagi menubuhkan Kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah ketika itu menyebabkan UMNO hilang Kelantan. - Foto Sinar Harian
Peruntukan RM6.7 bilion pacu pembangunan Sabah
Cadangan peruntuk RM6.7 bilion untuk Sabah 2025 memadai untuk meneruskan projek pembangunan pada tahun akhgir Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
Perkhidmatan komuniti bergerak di Sabah, Sarawak diperluas
Tambahnya Bank Simpanan Nasional (BSN) bergerak ditambah empat lagi menjadikan 12 buah terutamanya untuk Sabah dan Sarawak bagi memudahkan penyaluran bantuan kerajaan.
Usaha memperkasa pembangunan ekonomi masyarakat luar bandar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata setiap pedesaan, miskin bandar, di kampung, pedalaman dan rumah panjang diberi peruntukan antara RM50,000 hingga RM100,000
Pembangunan fasiliti di Sabah, Sarawak terus jadi fokus kerajaan
Ini apabila sejumlah RM 253 juta diperuntukkan untuk projek pembesaran Lapangan Terbang Tawau dan Lapangan Terbang Miri. Selain itu, Kerajaan Persekutuan dan Sarawak bekerjasama membangunkan Pusat Kanser Sarawak yang dianggarkan 1 bilion ringgit.
Pemberian Khas Sabah, Sarawak dicadang dinaikan RM600 juta
Kerajaan bercadang menaikkan kadar Pemberian Khas Sarawak dan Sabah sekali ganda kepada RM600 juta.
Atur kemasukan warga asing, SPRM tahan dua pegawai penguat kuasa dan ejen
Mereka dipercayai terlibat mengatur kemasukan warga asing menerusi laluan kaunter khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).
Belanjawan 2025: Gred Turus tidak ambil kenaikan gaji tujuh peratus
Barisan Pengurusan Tertinggi penjawat awam Gred Utama iaitu Turus bersetuju untuk tidak menerima lagi kenaikan gaji sebanyak tujuh peratus dalam SSPA yang bermula 1 Disember depan.
[INFOGRAFIK] Kos sara hidup
Sejumlah RM1 bilion disediakan untuk menganjurkan ikhtiar menangani kos sara hidup dengan lebih meluas.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia meliputi Program Payung Rahmah yang ditingkatkan peruntukan kepada RM300 juta berbanding RM200 juta sebelum ini.
#Belanjawan25
#AWANInews
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia meliputi Program Payung Rahmah yang ditingkatkan peruntukan kepada RM300 juta berbanding RM200 juta sebelum ini.
#Belanjawan25
#AWANInews
[TERKINI] Lima individu hilang ketika latihan Regata Sarawak
Lima individu dilaporkan hilang selepas perahu lumba yang dinaiki mereka karam dan tenggelam berhampiran kawasan perindustrian Bintawa ketika menyertai latihan sempena Regata Sarawak
RM2.8 juta: Penyelenggaraan jalan yang tidak selamat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebanyak RM450 juta juga dikhaskan untuk kontraktor G1-G4, meningkat kepada 300 juta tahun ini
Polis mohon bantuan kesan Zuzina Abine, hilang sejak Jumaat
Polis sedang mengesan seorang wanita Orang Asli dari Kampung Bring Lama, Pos Pasik di sini yang hilang sejak Jumaat lepas.
250 jenis pekerjaan bakal wujud pascaprojek empangan Nenggiri
Sebanyak 250 peluang pekerjaan akan dibuka kepada warga tempatan dan juga masyarakat Orang Asli setelah selesainya pembinaan empangan Hidroelektrik Nenggiri di Gua Musang, Kelantan.
PRK Nenggiri: 71.87 peratus keluar mengundi setakat 4 petang
Enam daripada 20 pusat mengundi telah ditutup dan selebihnya akan ditutup 6 petang ini.
PRK Nenggiri: Tok Batin mengundi sambil gayakan pakaian tradisional suku kaum Mendriq
Suasana di pusat mengundi PRK DUN Nenggiri di SK Meranto hari ini diwarnai dengan keunikan pemakaian busana tradisional Orang Asli.
Tiga gajah jantan liar ditangkap Perhilitan Kelantan
Tiga gajah jantan liar berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di Kampung Lawar, Jeli dan Felda Chiku 3, Gua Musang kelmarin.
Kerajaan akan bina institusi TVET di Gua Musang - Ahmad Zahid
Kerajaan akan membina Institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Gua Musang.
Mangsa dihempap kayu balak ditidurkan semula
Kakaknya berkata, langkah itu terpaksa diambil selepas pernafasan Siti Norelyana laju akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Pekerja kilang papan mengaku rogol, cabul budak 5 tahun
Tertuduh, Lui Tien Peng, 54, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd Hamdy sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan.
Pemandu terbabit insiden dihempap kayu balak tiada lesen memandu - Polis
Pemandu lori terbabit dalam insiden penunggang motosikal dihempap kayu balak di Jalan Gua Musang-Kuala Krai didapati tidak memiliki lesen memandu.
Orang Asli di Gua Musang dijangka pindah ke penempatan baharu pada pertengahan 2026
Setakat ini, sejumlah 250 daripada 280 ketua isi rumah telah bersetuju dengan pakej pampasan dan penempatan semula manakala bakinya masih dalam proses rundingan.