PADA pandangan saya, adalah mustahil untuk mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada hari yang sama dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri seperti yang membabitkan PRK Kuala Terengganu.
SPR menetapkan tarikh PRK Kuala Terengganu lebih awal, serentak dengan PRN kerana kekosongan sudah diketahui lebih awal dan pendirian parti calon terbabit, yang dibatalkan keputusan, iaitu Pas memutuskan untuk tidak merayu dan telah dimaklumkan lebih awal, dan sudah diketahui lebih awal.
Jadi SPR ada masa untuk menetapkan PRK Kuala Terengganu lebih awal dan Kuala Terengganu merupakan salah satu kerusi Parlimen yang terletak di Terengganu, yang merupakan salah satu negeri daripada enam negeri yang mengadakan PRN.
SPR menggunakan kesempatan PRN untuk mengadakan PRK serentak
Di bawah undang-undang pilihan raya, PRK boleh diadakan serentak dengan PRN. Tetapi SPR akan mengambil pelbagai faktor seperti masa dan sumber yang ada. Ini termasuklah sumber di pihak SPR untuk mengerahkan para petugas pilihan raya yang turut memerlukan latihan untuk mereka.
Di bawah undang-undang pilihan raya, SPR akan mengadakan mesyuarat penetapan tarikh pilihan raya kecil dalam tempoh 10 hari selepas berlaku kekosongan mengejut.
Di bawah undang-undang pilihan raya, writ dan notis pilihan raya akan dikeluarkan dalam masa minimum 10 hari dari tarikh kekosongan wujud.
Di bawah undang-undang pilihan raya, tarikh penaman calon pula tidak kurang daripada empat hari selepas writ dan notis pilihan raya dikeluarkan.
Tarikh membuang undi tidak kurang daripada 11 hari selepas penamaan calon diadakan.
Jika mengambil kriteria di atas, tidak mungkin PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada hari yang sama dengan PRN 12 Ogos.
Masa suntuk untuk SPR mengadakan PRK serentak
SPR perlu dan akan berlaku adil bagi semua pihak, dan tidak akan tergesa-gesa untuk mengadakan PRK di Johor.
Semua pemegang taruh perlukan masa untuk siap menghadapi PRK. Mereka perlu diberikan masa untuk bersiap sedia.
SPR kena buat persiapan dalam menyediakan petugas, latihan untuk mereka, cetak kertas undi, edar kertas undi untuk kepada pengundi awal dan pos.
* Dr G Manimaran merupakan perunding media dan komunikasi serta penganalisis pilihan raya
** Artikel ini merupakan pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI
G Manimaran
Wed Jul 26 2023
Di bawah undang-undang pilihan raya, SPR akan mengadakan mesyuarat penetapan tarikh pilihan raya kecil dalam tempoh 10 hari selepas berlaku kekosongan mengejut. - Gambar hiasan
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk
Perkara itu dimaklumkan pihak Aerotree Defence and Services Sdn Bhd iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.
Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas
Polis sedang berusaha mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang oleh keluarganya di Kuala Pilah sejak enam hari lepas.
[TERKINI] Sidang media khas FAM
FAM adakan satu sidang media khas petang nanti, difahamkan berkaitan rombakan. Kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
Penampilan pertama Trump di konvensyen GOP selepas terselamat cubaan bunuh
Donald Trump menghadiri Konvensyen Kebangsaan Republikan pada malam Isnin, penampilan umum pertamanya sejak terselamat daripada cubaan bunuh.
Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat
Wisma Putra melalui Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, Oman sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Ini antara pencapaian Pan-gon bersama Harimau Malaya
Kim Pan-gon memiliki rekod yang cukup baik bersama Malaysia, menjadi pengendali Harimau Malaya paling banyak mendapatkan keputusan yang positif sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa
Kementerian Komunikasi hari ini mengumumkan Pakej Rahmah Prabayar Siswa pada harga tidak melebihi RM30.
Messi harap cepat pulih daripada kecederaan
Kapten Argentina, Lionel Messi berharap agar beliau cepat pulih daripada kecederaan buku lali yang dialaminya perlawanan akhir Copa America.
MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid
MARA diminta untuk terus meneroka potensi antarabangsa dalam industri halal yang mempunyai prospek besar menerusi program Gate to Global (GTG).
MUDA, Urimai tidak bertanding PRK Sungai Bakap
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) tidak akan menghantar calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
PRK Sungai Bakap: Peluang sama rata bagi calon anak jati PKR, Pas
Dua gabungan politik terbesar negara mengatur strategi dengan mempertaruhkan anak jati tempatan dalam gelanggang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
PRK: PKR kekal bertanding di DUN Sungai Bakap
PRK: PKR kekal bertanding di DUN Sungai Bakap
Speaker Pulau Pinang serah notis kekosongan DUN Sungai Bakap kepada SPR
Speaker DUN Pulau Pinang menyerahkan notis kekosongan DUN Sungai Bakap kepada SPR berikutan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
PRK Kuala Kubu Baharu: PN muktamad calon esok, umum 25 April - Muhyiddin
PN memuktamadkan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu esok dan dijangka mengumumkan calon mereka pada 25 April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Wanita DAP punyai beberapa calon layak untuk diketengahkan
Wanita DAP mempunyai beberapa nama untuk diketengahkan sebagai calon mewakili Pakatan Harapan (PH), pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
Mesyuarat khas SPR PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 4 April
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor pada 4 April ini.
DAP belum bincang PRK, tumpu pengebumian Lee - Teo
DAP mahu tumpu urusan pengebumian mendiang Lee Kee Hiong sebagai penghormatan kepada penyandang kerusi DUN berkenaan.
Notis kekosongan DUN Kuala Kubu Baharu dimaklum dalam masa terdekat
Notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu dijangka dimaklumkan kepada Pejabat Speaker DUN Selangor pada Isnin depan.