GEORGE TOWN: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan mengadakan perjumpaan dengan kepimpinan Perikatan Nasional (PN) bagi membincangkan mengenai penyertaannya dalam gabungan politik tersebut.
Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau sudah menetapkan tarikh iaitu dalam minggu hadapan untuk perjumpaan tersebut diadakan.
"Saya sudah tetapkan tarikh dan rombongan beliau (Khairy) akan datang berjumpa dengan saya minggu depan.
"Kita harap beliau akan sertai (PN), bagaimanapun kita serahkan kepada beliau. Beliau sudah cukup bijak dan cerdik untuk membuat pilihan," katanya ketika ditemui selepas Konvensyen dan Pelancaran Jentera PN Pulau Pinang di Ibu Pejabat Gerakan Pulau Pinang di sini pada Sabtu.
Sebelum ini, media melaporkan Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menawarkan jawatan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) kepada Khairy.
Tawaran dikemukakan selepas Khairy dipecat daripada UMNO, mengambil kira kemampuan beliau memberi sumbangan bagi memperkukuhkan kedudukan Bersatu selain ketokohannya sebagai pemimpin politik muda.
Bagaimanapun, Khairy sehingga kini belum membuat sebarang kenyataan berhubung tawaran tersebut.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan baru-baru ini memaklumkan, Khairy masih belum memuktamadkan keputusannya untuk bersama PN.
Kemungkinan Khairy menyertai PN itu juga bagaimanapun kembali menjadi tanda-tanya apabila bekas Menteri Kesihatan itu dilaporkan mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta ahli ekonomi dan pakar industri pada Jumaat bagi membincangkan hala tuju ekonomi negara.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan peranan bekas Ahli Parlimen Rembau berkenaan dalam perjumpaan bersama Anwar tersebut yang turut dihadiri Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Ghani. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jun 17 2023
Muhyiddin (empat dari kanan) menyerahkan bendera kepada barisan pemimpin PN Pulau Pinang pada Konvensyen dan Pelancaran Jentera PN Pulau Pinang di Ibupejabat Gerakan Pulau Pinang pada Sabtu. - Foto Sinar Harian
Polis rampas syabu dan ekstasi bernilai RM2.6 juta, tahan penganggur
Polis menahan seorang lelaki dan merampas 50 kilogram (kg) syabu serta enam kg pil ekstasi bernilai RM2.6 juta dalam serbuan di Sabak Bernam, Khamis lepas.
Polis bongkar stor dadah berselindung di sebalik kedai ubat tradisional
Polis menahan dua lelaki termasuk seorang warga asing selepas menyerbu sebuah kedai menjual ubat tradisional dan menemukan 209.65 kilogram (kg) dadah di Taman Desa Petaling di sini dua hari lepas.
Dua pesawat digunakan cari dua lagi mangsa bot karam
Operasi mencari dan menyelamat (Op Carilamat) dua lagi mangsa bot karam yang masih hilang diteruskan pagi ini dengan bantuan dua pesawat udara di mana Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Ariffin Ghazali, berkata sektor pencarian memasuki hari kedua itu akan diperluas membabitkan kawasan seluas 67 batu nautika.
Ada anggota badan istiqomah belum ditemui
Polis masih mencari beberapa bahagian anggota badan Istiqomah Ahmad Rozi, yang dipercayai dikerat oleh bekas teman lelaki.
AWANI Borneo [12/08/2024] – Ladang kelapa sawit | Pengambilan khas | Ibu Kota Nusantara
AWANI Borneo 12 Ogos 2024 bersama Assim Hassan.
> Lelaki didakwa bunuh anak pemilik restoran terkenal.
> Lebih 15,000 permohonan guru khas diterima.
> Jokowi adakan mesyuarat kabinet pertama di Nusantara.
> Lelaki didakwa bunuh anak pemilik restoran terkenal.
> Lebih 15,000 permohonan guru khas diterima.
> Jokowi adakan mesyuarat kabinet pertama di Nusantara.
Rusia pindah penduduk Belgorod susulan ketegangan meningkat di sempadan Ukraine
Wilayah Belgorod di Rusia telah mula memindahkan penduduknya ke tempat yang lebih selamat berikutan peningkatan aktiviti ketenteraan berhampiran sempadan Ukraine.
MAHA 2024: Petani Sarawak wajar pamer teknologi baharu dalam pengeluaran padi, nanas
Mohamad berkata, penyertaan mereka kelak selari dengan kebangkitan dua jenis produk tani ini di Sarawak, yang dilihat semakin terkehadapan di negara ini.
Jokowi adakan Mesyuarat Kabinet pertama di Nusantara
Hampir semua 34 Menteri Kabinet menghadiri mesyuarat tersebut termasuk Menteri Pertahanan dan Presiden yang terpilih, Prabowo Subianto, yang akan dilantik pada 20 Oktober depan.
Kebakaran hutan paksa lebih 30,000 penduduk dipindahkan di Greece
Pihak berkuasa Greece pada Ahad mengarahkan lebih 30,000 penduduk di bandar Marathon di wilayah timur laut Attica dipindahkan berikutan kebakaran hutan yang merebak dengan cepat akibat cuaca panas.
Lelaki didakwa bunuh anak pemilik restoran terkenal
Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Sandakan, pada Isnin, kerana membunuh anak pemilik sebuah restoran terkenal di Sandakan pada Julai lalu.
Bagaimanapun tiada pengakuan diambil Mohammad Zulfaizzie Hanafi Mohd Firdaus, 23 tahun, kerana perlu menunggu laporan kimia dan bedah siasat mangsa.
Bagaimanapun tiada pengakuan diambil Mohammad Zulfaizzie Hanafi Mohd Firdaus, 23 tahun, kerana perlu menunggu laporan kimia dan bedah siasat mangsa.
Khairy selar tindakan Speaker gantung Wan Ahmad Fayshal
Khairy Jamaluddin menyelar tindakan kerajaan menggantung Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal selama enam bulan.
Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy
Khairy berkata terdapat juga laporan LKAN yang ditulis berjela-jela sehingga memberi persepsi seolah-olah sesuatu sumber itu dibazirkan.
IMD: Pertama kali di kedudukan lebih rendah berbanding Thailand, Indonesia
Khairy Jamaluddin berkata, pengumuman mengenai ranking itu merupakan satu berita kurang baik untuk negara dan kerajaan.
KJ minta Fahmi kekal di landasan sebagai jurucakap Kerajaan Perpaduan
Khairy Jamaluddin berkata, tindakan Fahmi menyebabkan pengumuman tersebut tidak mendapat respons baik, sebaliknya menjadi bahan ejekan.
KJ dilantik salah seorang pengarah di Fischer Medical Ventures Ltd
Khairy dilantik atas kapasiti Pengarah Bebas Syarikat untuk tempoh lima tahun bermula 4 Mei 2024.
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
KJ puas hati Lokman Adam minta maaf, setuju bayar pampasan
Dakwa plaintif, kenyataan fitnah dalam saman itu membawa maksud antaranya beliau menipu orang ramai dengan mendakwa telah diberi vaksin COVID-19.
Keluar Sekejap ambil alih podsiar Jugador TV, rancang terus perluas empayar
Keluar Sekejap mengumumkan pengambilalihan podsiar luar pertama, iaitu Jugador TV.
KJ akhirnya dapat isi PADU selepas identiti dicuri
Khairy Jamaluddin akhirnya berjaya mendaftar dalam sistem PADU selepas mendakwa akaunnya telah didaftarkan oleh individu yang tidak dikenali.