Penasihat DAP, Lim Kit Siang disifatkan pemimpin parti yang paling layak menjadi menteri.
Setiausaha Agung parti Lim Guan Eng berkata demikian ketika merujuk kepada perjuangan veteran parti itu yang disifatkannya paling berjasa dan banyak berkorban sepanjang berkhidmat lebih 50 tahun dalam DAP.
"Beliau (Kit Siang) berjuang bertahun-tahun untuk parti, menghadapi banyak pendakwaan dan penganiayaan, keluar masuk penjara dan sudah dua kali kena ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) kerana politik.
"Saya yakin semua ahli pun bersetuju, Lim Kit Siang merupakan orang paling layak jadi menteri kerana perjuangan beliau, tetapi sayang beliau tolak untuk beri laluan kepada pemimpin muda," katanya yang dipetik Bernama ketika berucap di Konvesyen DAP Selangor, di sini, pada Ahad.
Pada Mei lalu, Kit Siang dipetik sebagai berkata beliau tidak akan menyertai kabinet pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad kerana DAP mempunyai bakat secukupnya untuk berkhidmat dengan kerajaan pusat.
Guan Eng yang juga Menteri Kewangan turut menyeru anggota-anggota parti supaya tidak memainkan sentimen perkauman dan agama seperti mana yang dilakukan oleh parti-parti pembangkang.
"Kita perlu memberikan keutamaan kepada perpaduan parti, jika kita asyik memainkan sentimen kaum dan tidak bersatu-padu, maka kita akan terjerat dalam perangkap parti pembangkang dan mula melemahkan kita.
"Kita tidak mahu mencontohi parti-parti pembangkang yang suka memainkan sentimen perkauman yang akhirnya memperlihatkan mereka pecah-belah seperti mana sekarang," katanya.
Sementara itu, bercakap kepada pemberita, Guan Eng meluahkan rasa terkejut apabila ada pihak yang mahu Malaysia keluar daripada menjadi anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
"Sekiranya berlaku, Malaysia akan jadi satu-satunya negara yang tak jadi Ahli PBB... sedangkan Korea pun ahli PBB, saya tidak faham kenapa mereka (pembangkang) mainkan sentimen ini," katanya.
Semalam ketika berucap dalam himpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), pemimpin UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dilaporkan 'menyerang' PBB dengan mendakwa pertubuhan itu mempengaruhi hala tuju negara.
Dalam pada itu, Pengerusi DAP Selangor Tony Pua mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti yang diadakan pada hari ini.
Pemilihan itu menyaksikan 40 calon bertanding bagi 15 jawatan dalam jawatankuasa DAP Selangor.
Astro Awani
Sun Dec 09 2018
Kit Siang merupakan anggota veteran parti yang paling berjasa dan banyak berkorban sepanjang beliau berkhidmat lebih 50 tahun dalam DAP. -Gambar fail
Bayi perempuan 15 bulan maut tercampak ke dalam tali air
Seorang bayi perempuan berusia 15 bulan maut selepas tercampak ke dalam tali air dalam kejadian di Kampung Tok Belian, Pengkalan Petah di Bachok, semalam.
Bayi lemas terjatuh dalam tali air
Seorang bayi berusia 1 tahun 3 bulan di temukan lemas selepas terjatuh ke dalam tali air di Kampung Tok Belian, Pengkalan Petah, Bachok.
10 Berita Pilihan - (10 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dua mayat ditemui terapung di perairan Bohey Dulang
Dua mayat ditemui terapung di Perairan Bohey Dulang, Semporna dipercayai mangsa yang hilang akibat kejadian pelanggaran bot di perairan Pulau Sebangkat pada Isnin lalu.
Ulama Kedah Tuan Guru Haji Awang Lanai meninggal dunia
Ulama Kedah, Abdul Wahab Hassan, 86, atau lebih dikenali sebagai Tuan Guru Haji Awang Lanai meninggal dunia di rumahnya di Parit Panjang, kira-kira 3 petang tadi.
SPRM tahan pegawai penguat kuasa disyaki terima rasuah RM120,000
Menurut sumber, suspek lelaki berusia 30-an itu ditahan pada 4 petang dalam operasi yang dijalankan oleh SPRM di Pekan Keningau.
Serangan ke atas kemudahan PBB, infrastruktur awam mesti dihentikan - Ketua UNRWA
Philippe Lazzarini gesa semua pihak yang terlibat dalam konflik Gaza untuk memastikan keselamatan orang awam dan infrastruktur awam pada setiap masa.
"Gaya Yusuf Dikec" kini jadi trend kemenangan atlet di Sukan Olimpik
"Gaya Yusuf Dikec" kini menjadi trend terbaharu dalam kalangan atlet di Sukan Olimpik Paris 2024.
Ketua Hakim Negara Bangladesh letak jawatan
Ketua Hakim Bangladesh Obaidul Hassan telah menyerahkan peletakan jawatannya kepada Kementerian Undang-Undang berikutan tekanan daripada penunjuk perasaan pelajar.
AWANI Ringkas: Keldai akaun | PRK DUN Nenggiri | Liga Super
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Nenggiri: DAP sedia berkempen jika diminta, tidak anjur program sendiri
DAP bersedia membantu kempen Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Kelantan bulan depan sekiranya terdapat permintaan daripada mana-mana parti gab
UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli berkata, kenyataan dibuat hanya bertujuan mengurangkan risiko kehilangan ahli dan pengundi UMNO dalam PRN Johor nanti.
PRK Sungai Bakap: DAP akur pilihan pengundi, lakukan introspeksi - Nga
Menurut Nga, DAP komited dan berdedikasi untuk mengejar pencapaian politik dan mendapat kepercayaan rakyat sambil membuat persiapan bagi menghadapi PRU akan datang.
DAP mengalu-alukan kesediaan BN kerjasama dengan PH
DAP mengalu-alukan kesediaan Barisan Nasional (BN) bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi memperkukuhkan Kerajaan Perpaduan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
HerLead, platform DAP pilih calon wanita untuk PRU-16
Program HerLead iaitu program pendidikan kepimpinan anjuran Wanita DAP akan menjadi platform bagi memilih calon wanita parti itu bagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16.
[KOLUMNIS] Dari KKB ke Sungai Bakap
Atas kertas, sehingga kini, mood kemenangan diramalkan memberi kelebihan kepada PH.
Mahu DLP Matematik, Sains dilaksanakan tanpa syarat - Guan Eng
Tiada isu menentang penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, sebaliknya mahu Program Dwibahasa subjek Sains dan Matematik dilaksanakan tanpa syarat.
Tidak adil untuk gesa Hannah Yeoh letak jawatan - Nie Ching
Teo Nie Ching mempersoalkan tindakan Ramasamy yang tidak melakukan gesaan sama apabila bekas Setiausaha Agung yang kini Pengerusi DAP, Lim Guan Eng didakwa di mahkamah.
Polis siasat ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai ugutan terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim pada Ahad.
Kejayaan calon PH bukti semangat kekitaan yang erat dalam Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
"DAP banyak bantu calon BN dalam PRK sebelum ini, tidak salah jika UMNO membalas budi yang telah ditabur oleh mereka."